Wednesday, November 25, 2009

Ujian Kecergasan Sukan Badminton

Tarikh : 7 & 8 Oktober 2009 (Kumpulan 1)
21 November 2009 (Kumpulan 2)
Tempat : Dewan Badminton Bukit Dumbar / Dewan Badminton Berapit, B.Mertajam
Anjuran : USPTN dengan kerjasama ISN Satelit PP
SESI KUMPULAN 1 :
Ujian Kecergasan di jalankan selama dua hari dan berjalan dengan lancar dibantu oleh 4 orang jurulatih Cawangan Pelapis dan 3 orang dari pihak ISNPP. Seramai 27 atlet menghadiri Ujian Kecergasan yang dijalankan pada hari tersebut. PPN (Fatimah Jamil) tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab kerja yang perlu diselesaikan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk menjayakan Program tersebut diatas. Hasil dari Ujian Kecergasan diatas, pihak ISNPP mendapati amatlah bagus. Kelemahan atlet adalah kekuatan otot. Pihak ISNPP menasihatkan atlet agar dapat memperbaiki kelemahan yang di maklumkan. Laporan yang lengkap telah diserahkan oleh pihak ISNPP kepada JPM En. Razlan untuk dimaklumkan kepada semua JSM Cawangan Pelapis tentang keputusan Ujian.
SESI KUMPULAN 2 :
Ujian Kecergasan diadakan satu hari sahaja dan berjalan dengan lancar dengan dibantu oleh 2 orang jurulatih Cawangan Pelapis dan PT Puan Shuhaila dengan kerjasama pihak ISNPP seramai 3 orang. Pada tarikh Ujian Kecergasan dijalankan PPN (Fatimah Jamil) berada di Kuala Lumpur untuk mengiringi Atlet Skuasy ke kejohanan Ong Beng Hee/Nicol David Trophy 2009. Laporan yang lengkap dari pihak ISNPP akan menyusuli kemudian. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program tersebut diatas. Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar yang telah diambil oleh JPM En. Razlan pada hari Ujian Kecergasan dijalankan. Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan oleh : Fatimah Jamil, PPN USPTN
Countermovement Jump

Broad Jump

Ready for Yo-Yo Endurance ..


Anthropometry (Weight and Standing Height)




0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved