Wednesday, July 26, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 23 Julai 2017 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air, Pulau Pinang (PKSA)

KEHADIRAN
1. Ahmad Shah Bin Ismail (JSM)
2. 6 Atlet 

LATIHAN
1. Streching
2. Reaching
3. Beating

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
Kekurangan bot latihan, memerlukan alat-alat ganti (tali, center board, tiang)

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Latihan berjalan mengikut jadual yang dietapkan oleh Jurulatih.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan.
3. Kelajuan angin 5-10 knot.
4. JSM memaklumkan bahawa beliau akan menjalani latihan di PKSA buat sementara waktu dan pusat latihan di Bagan Ajam akan dibantu oleh jurulatih dari persatuan.

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Tuesday, July 25, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MEMANAH

Tarikh : 23 Julai 2017 (Ahad)
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn - JSM

ATLET
1. 12 orang

LATIHAN

1. Warm Up & Streching
2. Latihan shooting mengikut jarak
3. Cooling Down

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Akan menyertai kejohanan Memanah antara Daerah didalam Pulau Pinang anjuran Majlis Sukan Daerah MSN PP pada 29 hingga 30 Julai 2017

KECEDERAAN
-Tiada

PERALATAN
1. Beberapa peralatan seperti target butt mengalami kerosakan teruk

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. Kehadiran kurang  memuaskan berikutan ada pelajar mengikut aktiviti keluarga
3. Berkenaan target butt, pihak persatuan telah dimaklumkan untuk membuat permohonan kepada pihak MSNPP.
4.Kejohanan Memanah Majlis Sukan Daerah anjuran MSNPP akan disertai oleh semua atlet dibawah program pelapis termasuk dibawah Program Latihan Daerah (PLD)

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Mohd Zainol Abidin 

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 22 Julai 2017 (Sabtu)
Masa : 3.00 pm – 6.00 pm
Tempat : Kelab Menembak Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1 .Galina Nikolova Stefanova - JLN MSNPP
2. Faizah Abdul Aziz – Jurulatih lantikan KMPP
3. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Menembak

ATLET
1. 10 orang atlet pembangunan

LATIHAN
1.Warm up & stretching
2.Air pistol
3.Air rifle
4.Cooling down

PERTANDINGAN
Baru selesai menyertai Kejohanan Menembak Kebangsaan pada 11 hingga 16 Julai 2017 di Kelab Menembak Subang

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Terdapat beberapa jaket dan kasut sudah tidak sesuai lagi digunakan.

PROGRAM BINAAN
Ujian kecergasan ksli ke-2 akan diadakan pada bulan Ogos.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran memuaskan berikutan pelajar mengikut keluarga bercuti
3.Jurulatih Galina Stefanova akan pulang bercuti ke Bulgaria selama sebulan, tugasan beliau akan digalas sementara oleh Cik Faizah
4. Secara keseluruhan, semuanya dalam keadaan baik.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TAEKWONDO

Tarikh : 23 Julai 2017 (Ahad)
Masa : 6.00 malam hingga 8.30 malam
Tempat : Dewan Ria Butterworth

KEHADIRAN
1. Master Rajendran A/L Rajoo - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 17 atlet

LATIHAN
1. Warm up
2. Side Kick (Double)
3. Choping Kick
4. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
- Beberapa peralatan telah mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan.
-Jurulatih ada memohon beberapa peralatan kecil seperti Kicking Target, Body Target, Punching Bag dan penimbang.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa rombakan atlet telah berlaku dimana beberapa atlet telah digugurkan atas sebab masalah displin, kehadiran latihan serta prestasi pertandingan. Senarai nama atlet akan dimasukkan ke dalam Fasa 2 (Julai - Disember 2017) 
3. 2 orang atlet akan menjalani latihan intensif di Korea selama 3 minggu. Atlet tersebut adalah Sharleen & Shangitha.
4. Pihak Unit masih belum menerima surat daripada Persatuan untuk menjalankan ujian kecergasan kepada atlet Pelapis. Hanya atlet dibawah skuad latihan Sukma telah menjalankan ujian kecergasan pada 22 Julai 2017 (Sabtu).
5. Satu kejohanan dalaman antara daerah akan dijalankan pada awal bulan Ogos 2017. Mesyuarat bersama Persatuan akan diadakan dalam masa terdekat.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BADMINTON

Tarikh : 22 Julai 2017 (Sabtu)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Dewan Badminton Berapit

KEHADIRAN
1. En Razlan Rajan - JPM (Lantikan BAM)
2. En Chew Keng - JPM (Lantikan BAM)

ATLET
1. 23 orang

LATIHAN
1. Drill
2. Game

UJIAN
-Tiada

PERTANDINGAN
- Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Akhir 2017 pada 27 hingga 29 Julai 2017 di Kuala Terengganu, Terengganu

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan.
2. Latihan berjalan lancar
3. Seramai 26 atlet layak untuk kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Akhir 2017 di Dewan Persatuan Badminton Terengganu pada 27 hingga 29 Julai 2017
4. Atlet-atlet dapat menerima arahan dan teguran dari jurulatih dengan baik.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved