Friday, May 26, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENIS

Tarikh : 25 Mei 2017 (Khamis)
Masa : 7.30 pm - 9.30 pm
Tempat : Gelanggang Tenis CRC

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Pang Ti Hin - JSM

ATLET
1. 11 Orang

LATIHAN
1. Serve / Return Forehand
2. Backhand Drills
3. Match Play

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Tertutup Tenis (senior) Pulau Pinang 2017 yang akan diadakan pada 21 hingga 23 Julai 2017
2. Kejohanan MSSM 2017 bagi sukan tenis akan diadakan pada 4 hingga 10 Ogos 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet agak memuaskan dan PPN turut memohon jurulatih memaklumkan sekiranya terdapat perubahan jadual pada bulan Ramadhan.
2. PPN turut membincangkan berkenaan atlet yang telah menyambung pelajaran di kolej Kuala Lumpur dimana jurulaqtih tidak dapat memantau waktu latihan mereka untuk menapis semula nama atlet terebut yang berada dalam program.
3. PPN turut menegaskan bahawa Ujian Kecergasan Bil 1/2017 wajib dijalankan pada bulan Jun dan telah menghubungi Presiden PLTA untuk menguruskan hal ini. Mohon jurulatih berbincang bersama persatuan dan atlet.
4. Pada kejohanan MSSPP Tenis 2017 yang lepas pasukan pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 2 Emas, 4 Perak dan 3 Gangsa dengan 21 penyertaan daripada skuad pelapis.
5. PPN turut memaklumkan kepada JSM supaya memaklumkan pergerakan jurulatih kerana seperti yang sediamaklum JSM tidak perlu mengisi borang dan sebagainya bagi pergerakan mereka. Sekurang- kurangnya semasa pemantauan dijalankan sekiranya jurulatih tiada pihak PPN sudah dimaklumkan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BOLING PADANG

Tarikh : 25 Mei 2017 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. 
Zakaria Bin Ahmad - JSM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 15 Orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Mini Game - Single & Pair
3. Cool Down

UJIAN

1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bowls untuk latihan tidak mencukupi atlet terpaksa menggunakan bowls yang telah tamat tempoh dan meminjam daripada kawan semasa menjalani latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet hari ini kurang memuaskan kerana beberapa orang atlet terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah.
2. Masalah penyewaan gelanggang boling padang oleh pihak MSNPP memberi sedikit masalah terhadap masa latihan pelapis negeri Pulau Pinang yang ingin menjalani latihan pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Oleh itu, pihak persatuan memohon kepada MPSP untuk menjalani latihan pelapis pada setiap malam Jumaat dengan menumpang latihan pasukan MPSP.
3.  Pada 5 Mei 2017 yang lepas telah dijalankan Mesyuarat JKK Sukan Malaysia XIX Perak 2018 dan hal penyewaan gelanggang ini telah dibangkitkan. Pihak MSNPP telah menempah gelanggang bermula tarikh 18 Mei 2017 hingga 30 Mei 2017.
4. Seramai 6 orang atlet Pelapis Pulau Pinang telah terpilih dalam skuad latihan Fasa Kedua Sukan Malaysia.
5.  PPN memohon pihak persatuan untuk mencari 3 sebut harga untuk pembelian peralatan kecil yang dimohon oleh pihak persatuan dengan kadar segera bagi memudahkan proses pembelian.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 25 Mei 2017 (Khamis)
Masa : 3.30 Petang hingga 5.30 Petang
Tempat : Kelab Menembak Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Galina Nikolova Stefanova  - JLN MSNPP
2. Faizah Abdul Aziz - Jurulatih lantikan KMPP
3. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Menembak

ATLET
1. 9 orang atlet pembangunan

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Dry Fire Air Pistol (Pengenalan kepada atlet baru )
3. Dry Fire Air Rifle (Pengenalan kepada atlet baru )
4. Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Terdapat beberapa jaket dan kasut sudah tidak sesuai lagi digunakan.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran kurang memuaskan berikutan terlibat aktiviti persekolahan dan tuisyen.
3. Sesi Pencarian Bakat ke – 2 akan diteruskan ke beberapa buah sekolah lagi.Program akan dijalankan setelah sesi persekolahan dibuka semula.
4. Beberapa kelengkapan yang rosak telah dimaklum kepada pihak kelab untuk memohon kepada pihak MSN PP untuk proses pembelian kelengkapan baru.
5.Perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan telah diatur bersama pihak kelab. PLN Perak antara pilihan untuk sesi perlawanan persahabatan. Program akan bermula pada bulan Ogos dan berlanjutan sehingga tahun hadapan.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Thursday, May 25, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 25 Mei 2017 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Chinese Swimming Club (CSC), Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Lim Jun Ting - JSM
2. Ho Heen Ming - Jurulatih Chinese Swimming Club (CSC)
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 5 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Butterfly
3. Freestyle
4. Kicking Speed

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa mengikut program jurulatih.
2. Kehadiran atlet pada sebelah pagi tidak memuaskan berikutan atlet lain bersekolah pagi.
3. Pihak Unit masih belum menerima senarai jawatankuasa Persatuan yang baru.
4. PPN masih menunggu senarai nama atlet yang baru untuk pendaftaran Jun – Disember 2017.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 24 Mei 2017 (Rabu)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Gymnasium MSN Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM USPTN
2. Mohd Azizi Bin Shafie - ISN Pulau Pinang
3. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN

ATLET
1. 16 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Plank and side plank
3. Leg raise
4. Sit up & sit up twist
5. Walking lunges
6. Arm raise
7. Cooling down

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Kejohanan Tenpin Bowling 49th Singapore International Tenpin Bowling Championship 2017 pada 3 hingga 11 Jun 2017 di Singapore Bowling and Rifle Range

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
- Menggunakan peralatan di gymnasium MSN Pulau Pinang

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan berjalan seperti biasa.
2. Seramai 6 orang atlet akan menyertai Kejohanan Tenpin Bowling 49th Singapore International Tenpin Bowling Championship 2017 pada 3 hingga 12 Jun 2017 di Singapore Bowling and Rifle Range.
3. Pada 11 hingga 14 Mei 2017, pasukan Pulau Pinang telah menyertai Kejohanan Sport Excel NSC-MILO-MTBC National Junior Circuit 2017 - Melaka di Melak International Bowling Centre (MIBC), MITC Ayer Keroh, Melaka. Pencapaian atlet adalah seperti berikut :-

Boys Open
1. Muhammad Shafiy Zaim - Tempat ke 5
2. Megat Zaqrul Haikal - Tempat ke 9
3. Muhammad Al Faiz - Tempat ke 27 (Round 1)
4. Muhammad Hariz Adlan - Tempat ke 31 (Round 1)
5. Justin Phoon - Tempat ke 32 (Round 1)
6. Muhammad Akif Afif - Tempat ke 34 (Round 1)
7. Muhammad Aiman - Tempat ke 36 (Round 1)

Boys Graded
1. Muhammad Syafuddin - Tempat ke 29
2. Brandan Lau - Tempat ke 32
3. Arif Ahmad - Tempat ke 36 (Round 1)
4. Muhammad Irfan Danial - Tempat ke 39 (Round 1)
5. Tay Weng Lim - Tempat ke 128 (Round 1)

Girls Graded 
1. Kelly Lau - Tempat ke 23
2. Melissa Khong - Tempat ke 47 (Round 1)
3. Auni Mardhiah - Tempat ke 56 (Round 1)

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved