Thursday, December 8, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 6 Disember 2016 (Selasa)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Zhang Jiquan - JLN MSNPP
2. Foong Kok Seng - JPM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 10 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Non acrobatic elements
3. Strength and hold elements

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 2/2016 yang dicadangkan akan berlangsung pada 9 Disember 2016 jam 8.00 malam untuk MAG. 

PERTANDINGAN

1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Lampu - Masih dalam proses pembaikan 

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. JPM MSNPP memaklumkan pada tahun hadapan JLN MSNPP akan diberhentikan dan hanya tinggal beliau untuk menjalani latihan bagi atlet pembangunan. Oleh itu beliau ingin memohon jasa baik pihak USPTN untuk melantik seorang JSM bagi membantu beliau menjalani latihan.
2. Kehadiran atalet agak memuaskan namun ada beberapa orang atlet telah pergi bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung.
3. Keadaan lampu di gimnasium masih dalam proses pembaikan dan PPN memaklumkan kepada jurulatih sekiranya ada proses pembaikan mohon memberhentikan latihan bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini.
4. PPN dan Unit Sukan JPNPP telah berbincang sekiranya SSM memerlukan atlet dari negeri boleh berbincang dengan jurulatih dan pengurus dari pihak JPN. Ms Foo Lily telah memaklumkan 3 orang atlet MAG telah dipilih ke SSM pada Januari 2017. Mereka adalah:
i, Soon Khye Ze - Sekolah Sukan Malaysia Pahang
ii. Desmond Chung Chun Hao - Sekolah Sukan Malaysia Pahang
iii. Yap Zi Yi - Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
5. Pada kejohanan yang lepas, prestasi atlet agak memberangsangkan walaupun hanya menjalani latihan beberapa hari selepas pemasanagn bumbung di gimnasium lengkap. Jurulatih memaklumkan beliau berpuas hati kerana latihan yang amat singkat namun atlet masih dapat menunujukkan prestasi yang baik. Namun begitu beliau memaklumkan masih banyak perlu diperbaiki. Berikut merupakan keputusan kejohanan yang disertai oelh MAG Pulau Pinang (Pasukan Pelapis) :

Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016, Melaka (B-8 Tahun) 30/11-3/12/2016 (MAG)

TEAM EVENT - EMAS
Liew Kai Jack
Anson Tan Yu Hang
Tan Yi Han
Adam Khalish
Reeve Chong
Adam Ieman

RINGS - EMAS
Liew Kai Jack

INDIVIDUAL ALL AROUND - PERAK
Liew Kai Jack

RINGS - PERAK
Tan Yi Han

Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Siri 2/2016- 2-4/12/2016 (MAG)

MAG - CLASS 2 (9-10 Tahun) - EMAS
Wilson Yeoh Wei Sin 

MAG - CLASS 3 (11-13 Tahun) - PERAK
Max Ho Kai Zhen
Desmond Chung Chun Hao
Soon Khye Ze
Yap Zi Yi

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 5 Disember 2016 (Isnin)
Masa : 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Tactical Draw
2. Accuracy and weight control
3. Mini Games

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Boling Padang Siri 2/2016

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Piala Mutiara Open 2016, yang akan berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2016 dikelola oleh Persatuan Lawn Bowls Pulau Pinang

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Satu quotation untuk pembelian bowls telah diterima dan dalam proses pembelian.
2. Pihak MPSP telah memberi maklumbalas kepada MSNPP berkenaan kos yang diperlukan untuk membaiki green lawn bowls sebanyak RM12,000.00. Namun pihak MPSP masih tidak mengambil apa-apa tindakan disebabkan kekangan bajet yang perlu dikeluarkan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. PPN memberi peringatan kepada jurulatih Mesyuarat JKK BIL 2/2016 Sukan Boling Padang akan berlangsung pada 7/12/2016 (Rabu) jam 3.00 petang di MSNPP.

2. Kehadiran atlet memuaskan memandang kejohanan piala mutiara yang semakin dekat.
3. Pembelian peralatan kecil bagi sukan boling padang akan diserahkan pada bulan Disember 2016.
4. PPN memaklumkan kepada jurulatih bahawa ujian kecergasan siri 2/2016 perlu dijalankan bagi melihat perbandingan norms dan prestasi atlet yang boleh dikaitkan dengan ujian dijalankan oleh pihak ISN.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Wednesday, December 7, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 6 Disember 2016 (Selasa)
Masa : 4.00 petang - 7.00 petang
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn - JSM
2. Shamani a/p Ganesen - JSM
3. Salina Putriana Erierpius - JPM Negeri
4. Mariani Binti Sanawi - Ketua Unit ISNPP
5. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 20 orang

LATIHAN

1. Warm Up & Streching
2. Program Latihan Fizikal
3. Cooling Down

UJIAN
- Ujian Kecergasan akan dijalankan pada 9 Disember 2016 (Jumaat) di Perkarangan MSNPP dengan bantuan pihak ISNPP.

PERTANDINGAN
- Jurulatih dan atlet akan menyertai kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2016 pada 16 hingga 19 Disember 2016 di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. PPN memaklumkan bahawa peralatan akan diterima daripada pihak Bahagian Atlet dalam masa terdekat.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS

1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. Latihan fizikal (gym) akan dijalankan di pusat latihan memandangkan gimnasium MSNPP dalam proses penambahbaikan sehingga selesai.
3. Mesyuarat JKK Bil 2/2016 akan dijalankan pada 7 Disember 2016 (Rabu) pada jam 9.00 pagi. Kehadiran telah dimaklumkan kepada MSNPP, ISNPP, Persatuan dan Jurulatih.
4. Jurulatih dan atlet baru selesai menyertai Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 di Melaka bermula 30 November hingga 3 Disember 2016. Pencapaian pasukan Pulau Pinang tidak membawa balik pingat akan tetapi prestasi scoring meningkat pada setiap atlet.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, December 5, 2016

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN TINJU KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016

TarikH : 30 Nov – 3 Dis 2016
Tempat : Melaka Mall,Melaka

Pada 30 Nov hingga 3 Dis 2016 yang lalu telah diadakan Kejohanan Karnival Bakat Remaja Kebangsaan Siri 3/2016. Kejohanan bermula pada hari Rabu sehingga Sabtu. Pulau Pinang telah menghantar seramai 17 petinju pada kejohanan ini. Bermula dengan sesi timbang berat dan pemeriksaan kesihatan bagi semua petinju seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira 10.00 pagi pada hari pertama diikuti hari-hari berikutnya. Proses undian dijalankan pada hari pertama. Acara bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 10 malam.

Secara keseluruhan, pasukan Pulau Pinang memperoleh 2 Emas, 6 Perak, 3 Gangsa mengikut kategori masing-masing. Berikut pencapaian petinju-petinju Pulau Pinang mengikut kategori masing-masing.


KATEGORI 12 - 13 TAHUN.

30 - 33 kg.
1) Najmuddin Bin Abdul Rahman (PP)
2) Muhd Amirul Zikri Bin Mohd Zoher (Insta)
3) Adzhan Mu Minin (Sel)
3) Muhamad Hakeem Bin Azha (TunTuah)

33 - 36 kg
1) Muhd Hafizul Fizly Bin Zainuddin (PP)
2) Muhd Adlan Bin Mohd Yusof (NS)
3) Muhd Adam bin Mazlan (Insta)
3) Mohd Alif Bin Mohd Akmal ( Sel)

39 - 42 kg
1) Jorzan Farel Jirawi (Swk)
2) Muhammad Aliff (PP)
3) Nurul Adzmi (NS)
3) Muhd Danial Bin Yulizan ( Johor)

42 - 45 kg
1) Mohd Faiz Bin Rokhamizazli (Kelantan)
2) Muhammad Saifiy Daniel ( PP)
3) Muhammad Zulfahmi (Kedah)
3) Muhammad Hafizal ( Melaka)

45 - 48 kg
1)Muhammad Ramadhan Roslan ( Ter)
2) Muhd Hafizuddin Bin Fazli (PP)
3) Muhammad Hamizan (Insta)
3) Muhd Aizat Naqiuddin Bin Mohd Azali (NS)

Kategori 14 - 15 tahun.

44-46 kg.
1) Mohd Firuz Yee (sabah)
2) Mohd Hafizhan Khuzairi bin Sobri (pp)
3) Akmal Hakimi Bin Mohd Dzulrahimin (NS)
3) Ruban Al Jayarahman (KL)

48-50 kg
1) Muhammad Amar Rabbani ( Kedah)
2) Kuberan (insta)
3) Abdul Halim Bin Abdul Rahman (Johor)
3) Irfan Naqiuddin ( KL)

63-66 kg
1) Muhamad Ariff Zulkofli (NS)
2) Muhamad Iqbal Naim (Perak)
3) Muhamad Shahqirin Omar (Melaka)
3) Avinash Al Sithambaram (Insta)

Sekian, Terima Kasih

Read more...

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016

Kejohanan : Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016
Sukan : Sepaktakraw
Tempat : Dewan MSN Ayer Keroh Melaka
Tarikh : 1 hingga 3 Disember 2016

LATAR BELAKANG
Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 ini diadakan untuk memberikan kejohanan pendedahan di peringkat umur bawah 15 tahun bagi atlet yang tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan.  Kejohanan ini  melibatkan 9 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Gimnastik Artistik, Olahraga Memanah, Menembak, Sepaktakraw, Tinju, Akuatik Terjun dan Gimrama.  Kejohanan ini juga merupakan salah satu kaedah untuk mencari bakat baru bagi sukan-sukan yang dipertandingkan.

KANDUNGAN
Kejohanan Karnival Bakat ini telah melibatkan 3 siri iaitu siri pertama di negeri Terengganu pada 12 hingga 15 Mei 2016, siri kedua di Pulau Pinang pada 15 hingga 18 Ogos 2016 dan siri ketiga pada 30 November hingga 3 Disember 2016.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan keseluruhan seramai 1816 orang yang terdiri daripada 1536 orang atlet dan 280 orang pegawai dan jurulatih.  Sebanyak 9 jenis sukan dipertandingkan melibatkan peringkat  umur dari 7 hingga 15 tahun. 

PENYERTAAN
Pasukan Pulau Pinang telah menghantar penyertaan bagi sukan Sepaktakraw yang melibatkan regu 13 tahun, regu 14 tahun dan regu 15 tahun. Pasukan Pulau Pinang tidak menghantar regu 12 tahun pada karnival kali ini. Penyertaan keseluruhan telah melibatkan semua 14 negeri pada karnival terakhir ini.

KEPUTUSAN PENUH
KATEGORI BAWAH 12 TAHUN


Johan : Terengganu
Naib Johan : Johor
Ketiga bersama : Kelantan & Pahang

KATEGORI BAWAH 13 TAHUN

Johan : Selangor
Naib Johan : Negeri Sembilan
Ketiga bersama : Terengganu & Johor

KATEGORI BAWAH 14 TAHUN

Johan : Selangor
Naib Johan : Negeri Sembilan 
Ketiga bersama : Melaka A & Perlis B

KATEGORI BAWAH 15 TAHUN

Johan : Johor
Naib Johan : Pulau Pinang A
Ketiga bersama : Pulau Pinang B & Selangor

PENUTUP
Secara keseluruhan pasukan Pulau Pinang telah membawa balik 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa . Satu pencapaian yang membanggakan dan memuaskan kepada semua atlet-atlet yang telah menyertai pada kejohanan kali ini. Para atlet juga telah menunjukkan prestasi yang di luar jangkaan pada setiap permainan. Pihak Unit mengucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang dan yang  tidak berjaya jangan berputus asa. Kejohanan kali ini adalah sebagai medan untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih

Laporan dari Ayer Keroh Melaka

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved