Friday, April 22, 2016

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SPORTEXCEL MILO-NSC-MILO TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2016 - PAHANG LEG

Tarikh : 21 April 2016 (Khamis)
Tempat : Kuantan Megalanes, Kuantan, Pahang
Masa : 2.30 petang hingga 11.00 malam

Hari pertama Kejohanan Sportexcel Tenpin Bowling Junior Circuit 2016 - Pahang Leg membuka tirai secara rasminya dimana Pahang lokasi kedua sebagai tuan rumah bagi tahun 2016. Kejohanan ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 21 April 2016 dan berakhir 24 april 2016. Penyertaan kali ini melibatkan atlet seramai 474 orang (300 lelaki & 174 wanita) dengan 6 kategori dipertandingkan iaitu Boys Open, Girls Open, Boys Graded, Girls Graded, Boys U12 dan Girls U12. 

Bagi kejohanan kali ini skuad Pelapis Pulau Pinang telah menyertai semua kategori dengan penglibatan atlet seramai 18 orang (8 lelaki dan 10 wanita). Untuk hari pertama hanya kategori Boy Graded dipertandingkan yang melibatkan 5 orang atlet Pelapis Pulau Pinang pada jam 7.00 malam.

Berikut disertakan keputusan hari pertama yang melibatkan skuad Pelapis Pulau Pinang.

BOYS GRADED (ROUND 1)
1. Mohamed Al-Faiz Bin Zainal Abidin - 1677 jatuhan pin (avg 209.63)
2. Megat Zaqrul Haiqal Bin Megat Zairudin - 1603 jatuhan pin (avg 200.38)
3. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 1598 jatuhan pin (avg 199.75)
4. Muhammad Syauqi Iman Bin Shamsul Rijal - 1497 jatuhan pin (avg 187.13)
5. Brandon Lau - 1350 jatuhan pin (avg 168.15)

Pertandingan tamat pada jam 11.00 malam dan akan bersambung pada keesokan hari (22 april 2016) dengan acara Girls Graded (10.00 pagi), Girls Open (2.30 petang), dan Boys Graded (6.30 petang).

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 20 April 2016 (Rabu)
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Gimnasium MSNPP

KEHADIRAN
1. Misheelan A/L Ganesan (JSM)
2. 7 Atlet 

LATIHAN
1. Bench Press
2. Leg Press
3. Lunges Overhead
4. Leg Curl

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Berbasikal (Trek) Siri 2/2016 U15 - U16 di Velodrom Cheras, Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
- Attachment Jurulatih bersama jurulatih Kebangsaan.

ULASAN
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana atlet terlibat dengan aktiviti sekolah.
2. 11 Atlet akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek pada 29 April hingga 1 Mei 2016 di Velodrom Cheras, Kuala Lumpur.
3. JSM juga memohon untuk membuat attachment latihan di luar Pulau Pinang dan pihak USPTN memaklumkan perlu memaklumkan kepada pihak persatuan untuk memohon peruntukan untuk membuat attachment tersebut.
4. Atlet-atlet menjalani latihan dengan baik dan melakukan segala program latihan yang ditetapkan oleh pihak ISNPP.

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Wednesday, April 20, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 19 April 2016 (Selasa)
Masa : 8.30 petang - 10.00 petang
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 14 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Gred 4 - Practice clubs routine
3. Under 10 - Practice hoop routine
4. Gred 1 - Practice rope routine

UJIAN
1.Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimrama SportExcel Sirkit 1, pada 22 hingga 23.04.2016 di Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
1.Tiada

PERALATAN
1. Bumbung gimnasium bocor dan "floor" di bahagian "warm up" telah dimakan anai-anai dan menjadi rapuh.
2. Bumbung mempunyai ruang udara yang terbuka dan menyebabkan air hujan mudah memasuki gimnasium.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet amat memberangsangkan kerana sebahagian atlet akan menyertai Kejohanan Sportexcel Sirkit 1/2016 pada minggu ini.
2. Jurulatih memaklumkan pihak persatuan telah mendapat kepastian daripada Puan Petrina berkenaan jenis gred yang dapat menyertai kejohanan pada kali ini ialah Gred 4 dan Under 10. Oleh itu, seramai 5 orang atlet pelapis akan menyertai kejohanan kali ini.
3. Keadaan bumbung yang bocor dan floor exercise di bahagian warm up telah rapuh dimakan oleh anai-anai. masih menunggu pihak MSNPP untuk membaiki. 

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 19 April 2016 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 39 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Drill Rejaman
3. Latihan Kawalan Bola Individu
4. Latihan Kawalan Bola Berpasangan
5. Permainan Kecil (5 vs 5)
6. Cooling down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Baru selesai menyertai Kejohanan Remaja Kebangsaan PSM/MSN Sirkit 2/2106 pada 14 hingga 17 April 2016 di Kompleks Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, jaring, punching bag.
2. Bola untuk latihan kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan dan semua atlet menjalani latihan mengikut perancangan jurulatih.
2. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.
3. Jurulatih telah menyerahkan borang pendaftaran Karnival Bakat Siri 1/2016. Sebanyak 4 regu berdaftar pada karnival kali ini.
4. PPN memaklumkan bahawa senarai nama atlet ke Karnival perlu dihantar sebelum 27 April 2016.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 19 April 2016 (Selasa)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Machang Bubok, Bukit Mertajam

KEHADIRAN
1. Arshad Bin Abu Seman (JSM)
2. Atlet 8 orang

LATIHAN
1. Clean Pull
2. Jerk Press
3. Front Squat

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
-  Kejohanan Angkat Berat PRA SUKMA dan Sirkit Remaja U17 di Sarawak pada bulan Mei 2016.

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
1. Mohon Table Jerk untuk latihan
2. Platform

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Kehadiran memuaskan kerana terdapat beberapa atlet yang menjalani latihan pada sebelah petang.
2. Jurulatih masih lagi memohon untuk mendapatkan table jerk dan pull blok untuk latihan yang lebih baik.
3. Jurulatih memohon untuk menjalani latihan bersama ISN di pusat gimnasium MSNPP 2 kali sebulan.
4. Terdapat 3 atlet yang akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Sirkit Remaja 1/2016 di UiTM Kota Samarahan Sarawak
5. Keseluruhan pemantauan, atlet-atlet bersunguh-sungguh menjalani latihan dan terdapat ibu bapa yang datang untuk melihat anak-anak menjalani latihan.

Sekian, terima kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved