Wednesday, February 27, 2013

LAWATAN KE SMK PAYA KELADI - CADANGAN PLN OLAHRAGA 2013


Tarikh : 26 February 2013
Masa : 11.00am
Tempat : SMK Paya Keladi, Kepala Batas

Satu perjumpaan telah dijalankan bersama Ketua Unit dan jurulatih yang akan dilantik oleh pihak USPTN Pulau Pinang bagi sukan olahraga di SMK Paya Keladi. Dari perbincangan yang telah dibuat jurulatih tersebut iaitu Encik Nadri Mahmud, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi telah bersetuju untuk menjadi Jurulatih Sambilan (JSM) Program Pelapis bagi Sukan Olahraga. Beliau akan menjalankan latihan di sekolah tempat beliau mengajar dan sekolah tersebut akan menjadi pusat latihan di bawah Program Pelapis. Beliau juga adalah bekas atlet olahraga yang telah mewakili Negara dalam acara 400m, 800m.

Di sekolah tersebut terdapat kemudahan tempat latihan seperti padang dan dewan serta terdapat stor untuk penyimpanan peralatan dan beberapa peralatan untuk menjalani latihan.
Encik Nadri juga memaklumkan terdapat pelajar-pelajar yang berpotensi dari sekolah tersebut serta sekolah-sekolah yang berdekatan dan telah pun menjalani latihan bersama beliau.  

Laporan Oleh : Akmal Hashim






Read more...

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 DI MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG

Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang kini sedang menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1 dibawah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) 2013.

Seramai 57 orang peserta yang terdiri daripada penggiat-penggiat sukan di peringkat negeri & bekas-bekas atlet dilihat menyertai kursus pada kali ini. Antara Instruktur yang terlibat pada kali ini adalah Tuan Syed Ahmad Ezahar, En. Soma Sundram, En. Junaidy Mohamad Hashim, En. Adenan Ahmad, Em. Kanaisan Kanapathy, En. Hishamuddin Ahmad, Tuan Syed Idrus Syed Mudayah & Tuan Syed Shahbudin Syed Omar.

Kursus yang bermula pada 25 February ini akan tamat pada 01 Mac 2013. 








Read more...

Monday, February 25, 2013

LAWATAN PENGARAH MSN PULAU PINANG KE AKADEMI SERANTAU MSN

Tarikh : 26 February 2013
Masa : 10.30 am
Venue : Akademi Serantau MSN, B.Mertajam

Satu tinjauan ringkas Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Mr. Frederick Tan & Pegawai ke Akademi Serantau MSN di Bukit Mertajam telah diadakan pagi tadi bagi melihat secara dekat lokasi serta keaadaan terkini Asrama Akademi di tempat yang baharu.

Penerangan tentang maklumat berkaitan Sukan, Atlet, Jurulatih, Pusat Latihan serta Jadual Latihan di Akademi ini telah diberikan semasa lawatan tadi. Turut dimaklumkan tentang beberapa perancangan baru, antaranya penambahan Sukan Tinju di Akademi ini.






Read more...

Wednesday, February 20, 2013

JAWATAN KOSONG - PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN (S27) DI USPTN PULAU PINANG


SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia @ kelayakan yang diiktiraf setaraf  oleh kerajaan; atau

    (ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan @ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Dan

d) lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia @ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia & sukan) 


Sila hantar resume anda kepada ;
Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
d/a Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban
Pulau Pinang

Tarikh Tutup : 27 February 2013





  

Read more...

Monday, February 18, 2013

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON

Tarikh        :    15 February 2013
Masa         :    9.00 pagi hingga 10.15 pagi
Tempat      :    Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang
Program    :    Latihan Bersama

Kehadiran
1. 
Presiden Persatuan Badminton Pulau Pinang

2.  Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang
3.  Razlan Rajan Bin Abdullah - Jurulatih
4.  Ernita - Jurulatih
5.  Deng Lei - Jurulatih
6.  Loo Lean Hiong - Pegawai Pusat Satelit ISN Pulau Pinang (Bahagian Pemakanan)
7.  Atlet - 23 Lelaki, 21 Wanita

Latihan
1.  Warming up dan Streching
2.  Latihan Bersama

Ujian
Tiada

Pertandingan
1.  Kejohanan Remaja Kebangsaan (Zon A) Peringkat Pertama 2013 di Kangar, Perlis pada 27 Feb - 3 Mac 2013


Kecederaan
Tiada


Peralatan
Tiada


Program Binaan
Tiada


Ulasan

1.  Ke pusat latihan bersama Pegawai dari Satelit ISN Pulau Pinang untuk memperkenalkan beliau kepada Jurulatih dan tempat pusat latihan yang dijalankan di Pulau Pinang.

2.  Program dimulakan dengan taklimat dari Setiausaha Persatuan Badminton Pulau Pinang, En. Tony Tan Gim Hin dan diikuti dengan Presiden Persatuan Badminton Pulau Pinang, En. Koay Ban Hing.

3.  Latihan dimulakan dengan "Warming Up dan Streching"  di kelolakan oleh Atlet Senior dan di Pantau oleh Jurulatih-Jurulatih, diikuti dengan Latihan Bersama.

4.  Tujuan Latihan Bersama ini adalah sebagai persiapan untuk ke Kejohanan Remaja Kebangsaan (Zon A) Peringkat Pertama yang akan diadakan di Kangar, Perlis.  

5.  SDO mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Kehormat PBA dan Jurulatih untuk mendapatkan senarai nama atlet Pelapis Negeri bagi Program 2013 mengikut Jurulatih yang telah ditetapkan oleh pihak PBA.  

6.  Diakhir perbincangan Setiausaha Kehormat memohon agar pihak ISN dapat mengadakan Program Sesi Motivasi untuk atlet-atlet yang akan kejohanan ke Kangar, Perlis.  SDO telah membincangkan perkara tersebut bersama Pegawai ISN yang hadir semasa pemantauan.

7.  Seperti biasa sebelum meninggalkan pusat latihan SDO telah berjumpa dengan atlet dan keluarga yang hadir.

Fatimah Jamil











Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved