Thursday, July 7, 2011

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS SIRKIT 2/2011



Pasukan menembak bawah 16 Pulau Pinang bertolak dari stesyen sg nibong pada 6/7/11 jam 9.30 pg dan tiba di lapang sasar Batu Pahat jam 7 mlm.

Pasukan kali ini terdiri drpd 7 atlet sahaja iaitu 4 lelaki dan 3 perempuan dan menginap di hotel Pelican. Atlet Cheryll Ann yg merupakan juara acara air pistol pada kejohanan yg lepas tidak dapat mengikuti pasukan kali ini kerana beliau bersama keluarga kini berada di India.

Acara yg akan digalas oleh pasukan P.Pinang pada kali ini adalah air rifle wanita individu dan pasukan,air rifle lelaki individu dan pasukan dan juga air pistol lelaki individu

Ivarn Shazwan
Jurulatih Menembak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Thursday, June 30, 2011

2011 WORLD JUNIOR WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIP






Tarikh : 29 Jun 2011
Masa : 12.30 pm
Venue : Penang International Sports Arena (PISA)

Hari ini merupakan hari pertama kejohanan berlangsung. Sekarang sedang berlangsung acara Men 56kg Group B yang mana dua atlet Malaysia mengambil bahagian iaitu ;

1. Zulhemi Mohd Fisol
2. Mohd Anas Malek

Untuk makluman juga disebelah pagi tadi berlangsung Women 48kg Group B. Seorang atlet Malaysia mengambil bahagian dalam acara ini iaitu Azizah Fadzil.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Wednesday, June 29, 2011

2011 WORLD JUNIOR WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIP - PENANG


Tarikh Kejohanan : 29 Jun - 07 Julai 2011
Venue : Penang International Sports Arena (PISA)


Datanglah beramai-ramai bagi sama-sama menyaksikan kehebatan 'badang-badang remaja dunia' beraksi di Pulau Pinang. Untuk makluman lanjut tentang kejohanan ini sila layari http://www.2011wjwc.com/













Read more...

Tuesday, June 28, 2011

PEMANTAUAN IMPLEMENTASI PROGRAM PERIODISASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG - SKUASY

Tarikh : 24hb Jun 2011 [Jumaat]
Masa Pemantauan : 5.00 petang - 7.00 malam
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicold David, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
Kehadiran : 8 [Lelaki], 7 [Perempuan], JSM Matthew Wong dan JL MSNPP Aaron

Laporan ringkas :

Sementara menunggu kehadiran pihak ISN kesempatan waktu diambil untuk memantau latihan atlet, berjumpa dengan JSM, JL MSNPP dan atlet yang hadir untuk bertanyakan khabar.
Memberikan penerangan ringkas kepada pihak ISN tentang Waktu dan Pusat Latihan untuk Atlet Pelapis bagi sukan di bawah selian saya seperti Sukan Tenpin Boling, Badminton, Skuasy dan Tinju.

Memperkenalkan JL MSNPP Aaron kepada pihak ISN sebelum meninggalkan Pusat Latihan untuk meneruskan tugas sebagai urusetia di Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan Berpasukan Antara Negeri 2011 yang bertempat di Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar, Penang yang terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Skuasy.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil




















Read more...

Monday, June 27, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN IMPLEMENTASI PROGRAM PERIODISASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG OLEH ISN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 26 Jun 2011
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Masa : 10.30 pagi
Atlet : 8 atlet lelaki dan 5 atlet wanita
Jurulatih : En Ivarn Syazwan dan En Ahmad Fahmie

Kehadiran Atlet : 13 orang

Sesi pemantauan ISN ke PLN Menembak diketua oleh En Thung Jin Seng, En. Lim Ming Lip, En Ahmad Asmadi dan Ketua Unit ISNPP En Cheah Boon Chong. Untuk sesi latihan hari ini, satu pertandingan dalaman bulanan diadakan untuk ranking dan pemilihan ke Kejohanan Menembak Pelapis Negeri sirkit 2/2011 yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Julai 2011 di Batu Pahat Johor.

Team ISN yang diketuai oleh En. Thung mengadakan perbincangan dengan jurulatih (En. Ivarn) mengenai program latihan yang dijalankan pada masa ini. Pihak ISN lebih menumpukan kepada pemerhatian dan perbincangan mengenai program latihan yang dijalankan oleh jurulatih bagi mengkaji dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan dalam program latihan jurulatih untuk penambahbaikan semasa pembentangan pada Bengkel Periodisasi Siri 2/2011 yang akan diadakan pada 16 dan 17 Julai 2011.

Sesi soal jawab pihak ISN dan atlet juga didakan di hujung sesi ini untuk memberi peluang kepada atlet bertanya tentang latihan fizikal yang sesuai dengan sukan menembak.

Hamidi Lokman
























Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved