Friday, March 18, 2011

KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS SIRKIT 1/2011 - updated

Tarikh : 17 Mac 2010
Acara yang dipertandingkan hari ini ialah air rifle men dan air pistol women, Acara air rifle men Pulau Pinang diwakili oleh Yee Tianle, Kenny Cheah dan Mohawad Jajes. Acara air pistol women pula diwakili oleh Cheryll Ann. Pertandingan bermula pada pukul 9.00 pagi.

Pulau Pinang telah berjaya memenangi emas acara air pistol individu wanita melalui Cheryll Ann dengan kutipan mata 365 + 97.6, Nur Ain dari pahang di tempat ke-2 372+90.0 dan Nur Hidayah dari Selangor ketiga 368+91.8.

Bagi acara air rifle men pula, pulau pinang gagal memungut sebarang pingat, Yee Tian Lee tempat ke-5 551+95.8, Kenny Cheah tempat ke-17 530 mata dan Mohamad Jajes ke-23 498. Cheryll Ann muncul Penembak terbaik wanita daripada 53 peserta wanita.
Laporan Oleh : Hamidi Lokman












Read more...

KEJOHANAN 24TH INTERSTATE BOWLING 2011 - Day 3

PADA 16HB MAC 2011, PASUKAN PULAU PINANG TELAH MEMENANGI 1 EMAS DARI ACARA PERSEORANGAN REMAJA LELAKI MELALUI MOHD NAZMI BIN MOHD MAZLI. PENAMBAHAN PINGAT BAGI PASUKAN NEGERI PULAU PINANG, 1 EMAS DAN 1 GANGSA PADA 17HB MAC 2011 MELALUI ACARA TERSEBUT DIBAWAH.


ACARA BERGU LELAKI SERAMAI 28 PASANGAN
1. AARON KONG DAN ADRIAN ANG - JUARA [JATUHAN PIN 2587]
2. ADRIAN CHARLES DRAGON DAN KHOO BENG KHAI - KE TIGA BELAS [JATUHAN PIN 2272]

ACARA BERGU WANITA SERAMAI 28 PASANGAN

1. NUR ASYFAREENA DAN DIYANA ZUHAILI - KE DUA PULOH DUA [JATUHAN PIN 1893]
2. NOORIANI DAN SYAZWANI - KE DUA PULOH ENAM [JATUHAN PIN 1765]

ACARA BERGU REMAJA LELAKI SERAMAI 27 PASANGAN
1. ALIFF IMRAN DAN MUHD AFIQ WAFIY - KE LAPAN [JATUHAN PIN 2270]
2. EUGENE OH DAN MOHD NAZMI - KE SEMBILAN BELAS [JATUHAN PIN 2196]

ACARA BERGU REMAJA PEREMPUAN SERAMAI 25 PASANGAN
1. NUR AMIRAH AUNI DAN FATIN HAZWANI - KE TIGA [JATUHAN PIN 2300]
2. IZZATI ZUHAILI DAN AMANDA KHONG - KE ENAM BELAS [JATUHAN PIN 2091]

Pukul 11.40 pagi hingga 12.15 tengahari menghadiri mesyuarat Pengurus Pasukan, SDO dan Wakil Persatuan Negeri yang di kelolakan oleh Mr. George Tan [MTBC] membincangkan perkara berikut :

1. Kejohanan Sportexcel-Milo-NSC-MTBC Malaysian Junior Circuit 2011 [Kedah/Penang Leg] akan diadakan di Negeri Pulau Pinang pada 1hb - 3hb April 2011 di Pusat Boling Premium Lane, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.

2. Penangguhan tarikh Sportexcel-Milo-NSC-MTBC Malaysian Junior Circuit 2011 [Perak Leg] dari 15hb - 17hb April 2011 kepada satu tarikh yang lain kerana tarikh tersebut bertindih dengan Kejohanan MSSM yang akan dia adakan di Melaka. Tarikh baru Kejohanan untuk Perak Leg akan dimaklumkan oleh pihak MTBC kemudian.

3. Hal-hal lain bersangkutan dengan Penganjuran Kejohanan Sportexcel dari negeri-negeri lain.

Program hari ini diakhiri dengan Majlis Penyampian Hadiah kepada pemenang-pemenang.


SETIAUSAHA KEHORMAT PERSATUAN TENPIN BOLING PULAU PINANG, MR. CHEAH BAN CHENG TELAH MERAIKAN KEMENANGAN PASUKAN PULAU PINANG DENGAN MENGADAKAN MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM "MAKANAN LAUT - STEAMBOAT" KEPADA PASUKAN PULAU PINANG DAN KELUARGA YANG HADIR. HARAPAN BELIAU PASUKAN PULAU PINANG AKAN MERAIH KEMENANGAN DALAM ACARA BERPASUKAN DAN ALL EVENTS PADA 18HB MAC 2011.

Majlis Jamuan Makan Malam diakhiri dengan taklimat Mr. Larry dan Albert Yeoh untuk program 18hb Mac 2011 dan ucapan terima kasih dari Pasukan Pulau Pinang dan Keluarga kepada Mr. BC Cheah.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

--
FATIMAH BINTI JAMIL



















Read more...

Thursday, March 17, 2011

'LATIHAN BERSAMA' ATLET BADMINTON PELAPIS

Tarikh : 17 Mac 2010
Masa : 9.00 am – 12.00 pm

Sempena cuti sekolah ini, kesempatan diambil oleh jurulatih dan persatuan untuk mengadakan latihan secara bersama kesemua atlet badminton di bawah Program Pelapis yang mana melibatkan keseluruhan 55 orang atlet.

Latihan bermula pada jam 9.00 pagi dengan dipantau oleh kesemua jurulatih program. Latihan secara bersama seumpama ini dirancang akan diadakan lagi sebelum kejohanan di Ipoh nanti.

Kepada semua ibubapa yang turut hadir, terima kasih diucapkan atas sokongan yang telah diberikan. TQ ..

















Read more...

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN 24TH INTERSTATE BOWLING 2011

Kejohanan ini merupakan kejohanan antara Negeri-Negeri di Malaysia dan merupakan acara tahuanan anjuran MTBC. Acara yang dipertandingkan adalah Perseorangan, Bergu dan Berpasukan dalam katergori Remaja Lelaki, Remaja Perempuan, Lelaki dan Wanita. Perbelanjaan ke kejohanan diatas di biayai oleh Majlis Sukan Negeri, Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang dan Atlet sendiri.

Program Hari Pertama [15hb Mac 2011] :

Menghadiri Majlis Perasmian "Kejohanan Peter Yap's Memorial Cup Bowling Finals 2011" untuk umur bawah 14 tahun.

Hanya dua atlet dari Pelapis Negeri/Skuad Latihan SUKMA XV [Nur Amirah Auni dan Yair-Azraei] telah mengambil bahagian dengan keputusan tempat ke tujuh. Segala perbelanjaan dibiayai oleh Atlet sendiri.


Program Hari Kedua [16hb Mac 2011] - Acara Perseorangan [6 permainan].

Katergori Remaja Lelaki - seramai 54 peserta. Peserta dari Pulau Pinang dan keputusan :

1. Mohd Nazmi - Johan [Avg. 205.7] : Atlet Pelapis/Skuad Latihan SUKMA XV 2012
2. Eugene Oh - Tempat ke sembilan [Avg. 191.2] : Atlet Pelapis/Skuad Latihan SUKMA XV 2012
3. Aliff Imran - Tempat ke tiga puloh lapan [Avg. 169.0] : Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012
4. Muhd Afiq Wafiy - [Avg. 167.2] : Atlet Pelapis/Skuad Latihan SUKMA XV 2012


Katergori Remaja Perempuan - seramai 50 peserta. Peserta dari Pulau Pinang dan keputusan :

1. Nur Amirah Auni - Tempat ke sebelas [Avg. 185.2] : Atlet Pelapis/Skuad Latihan SUKMA XV 2012
2. Fatin Hazwani - Tempat ke dua belas [Avg. 184.3] : Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012
3. Izzati Zuhaili - Tempat ke dua puloh enam [Avg. 171.5] : Atlet Pelapis/Skuad Latihan SUKMA XV 2012
4. Amanda Khong - Tempat ke tiga puloh tujuh [Avg. 162.5] : Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012

Katergori Wanita - seramai 56 peserta. Peserta dari Pulau Pinang dan keputusan :

1. Diyana Zuhaili - Tempat ke dua puloh tiga [Avg. 171.5]
2. Nur Asyfareena - Tempat ke tiga puloh lima [Avg. 161.8] : Atlet Pelapis/Skuad Latihan SUKMA XV 2012
3. Syazwani - Tempat ke empat puloh tiga [Avg. 155.8] : Atlet Pelapis/Skuad Latihan SUKMA XV 2012
4. Nooriani - Tempat ke lima puloh empat [Avg. 135.5]


Katergori Lelaki - seramai 56 peserta. Peserta dari Pulau Pinang dan keputusan :

1. Adrian Ang - Tempat ke empat [Avg. 206.3]
2. Aaron Kong - Tempat ke enam [Avg. 200.3]
3. Adrian Charles Dragon - Tempat ke empat puloh satu [Avg. 168.3]
4. Khoo Beng Khai - Tempat ke empat puloh tiga [Avg. 167.5] - Atlet Elit Negeri Pulau Pinang.


Program hari ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Acara Perseorangan. Kepada yang berjaya TAHNIAH!!!!! dan yang tidak berjaya cuba dalam katergori Bergu dan Berpasukan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL



















Read more...

Wednesday, March 16, 2011

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS SIRKIT 1/2011

Tarikh : 16 Mac 2011

Acara yang dipertandingkan hari ini ialah air rifle women dan air pistol men, Acara air rifle women Pulau Pinang diwakili oleh Nur Dayana, Gladys Fong dan Syaza Amirah. Acara air pistol men pula diwakili oleh Shankar. Pertandingan bermula pada pukul 9.30 pagi. Pulau Pinang telah berjaya memenangi emas acara air rifle berpasukan wanita dengan kutipan mata 1135. Nur dayana 384, gladys 376 dan syaza 375.
8 orang mata tertinggi layak ke pertandingan akhir individu petang ini. Ketiga-tiga peserta wanita Pulau Pinang layak ke peringkat akhir. Bagi acara air pistol men pula, shankar telah menduduki tempat ke 21 dengan mata 468. Final acara air pistol women pula, pulau pinang gagal memungut sebarang pingat, gladys fong tempat ke-4, nur dayana tempat ke-5 dan syaza ke-6.

Laporan Oleh ; Hamidi Lokman











Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved