Monday, May 17, 2010

TID SUKAN MENEMBAK

Program : TID Sukan Menembak
Tarikh : 16 Mei 2010
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Seramai 10 orang pelajar-pelajar yang dijemput khas untuk sesi TID ini. Ianya terdiri daripada 3 Lelaki & 7 Wanita. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jurulatih En. Ivarn Shazwan yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.oo t/hari. Atlet yang dipilih kelak akan diserap ke Program Pelapis Negeri.








Read more...

Saturday, May 15, 2010

KEM MOTIVASI ATLET MENEMBAK

Tarikh : 15 May 2010
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tg. Bungah

Seramai 17 orang atlet menembak Pelapis dan SUKMA berkumpul pada hari ini di Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bungah untuk Kem Motivasi ini. Program sehari ini dipenuhnkan dengan sesi ‘team building, ‘self confidence’ serta aktiviti-aktiviti yang memerlukan kerjasama secara berkumpulan. Ini bagi menerapkan semangat sepasukan dikalangan atlet-atlet ini.

Semua aktiviti laut (kayak) yang dijalankan dipantau sepenuhnya oleh dua (2) orang staff PKSA yang mahir dalam aktiviti berkenaan. Keselamatan atlet amat diutamakan.

Atlet-atlet dilihat santai dan gembira dengan penganjuran kem sehari ini yang mana dapat melupakan seketika ‘tekanan’ dilapangsasar menembak. Kem seumpama ini akan diteruskan lagi untuk sukan-sukan lain pada masa akan datang.















Read more...

Wednesday, May 12, 2010

PERJUMPAAN YB EXCO, JAWATANKUASA PENGURUS & MAJLIS SUKAN NEGERI BERSAMA ATLET ELIT NEGERI DI BUKIT JALIL

Tarikh : 08 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 12.00 T/Hari
Tempat : Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan diketuai YB Exco Belia & Sukan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurus bersama Pengarah dan Pegawai-Pegawai telah mengadakan satu perjumpaan bersama atlet-atlet Elit Negeri yang kini berada di Bukit Jalil.
Perjumpaan ini adalah untuk memberi semangat serta merapatkan lagi hubungan diantara MSNegeri bersama atlet-atlet yang kini menjalani latihan di MSN Bukit Jalil. Sumbangan atlet-atlet ini amat diperlukan bagi memastikan Pulau Pinang berjaya di Sukan Malaysia XIII 2010 Melaka nanti. Majlis dimulakan dengan perjumpaan semua atlet di Dewan Komenwel dan diakhiri dengan Makan Tengahari di Kafe Atlet.
Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perjumpaan ini, jutaan terima kasih diucapkan.








Read more...

Tuesday, May 11, 2010

KEJOHANAN SKUASY - CIMB RAISING STAR NATIONAL JUNIOR CIRCUIT 2010 (3RD LEG)

Tarikh : 5 - 10 Mei 2010
Tempat : Gelanggang Skuasy Majlis Sukan Pahang, Kuantan, Pahang.
Atlet : 14 orang [5 lelaki - 2 Caw. Pelapis dan 9 wanita - 3 Caw. Pelapis]
Jurulatih : Khoo Teng Hin dan Keshmindaer Singh

5hb Mei 2010 - 9.00 pagi bertolak dari Majlis Sukan Negeri dengan menaiki Coaster MSNPP dan sampai di Hotel Grand Continental 5.45 petang. Selepas makan malam, pada 10.30 malam Pengurus Pasukan [Khoo Teng Hin] & Jurulatih [Keshmindaer Singh] mengadakan mesyuarat untuk membincangkan program keesokan harinya. Mesyuarat ini merupakan rutin setiap malam untuk pengurus pasukan dan jurulatih membincangkan program keesokan hari dan atlet-atlet membentangkan prestasi mereka setiap hari sepanjang kejohanan.

6hb Mei 2010 - 1.30 tengahari berangkat ketempat pertandingan. Kejohanan bermula dari pukul 2.30 petang dan tamat pada 9.00 malam.

7hb Mei 2010 - 7.30 pagi telah berangkat ketempat pertandingan. Kejohanan bermula dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

8hb Mei 2010 - 7.30 pagi telah berangkat ketempat pertandingan. Kejohanan bermula dari 8.00 pagi hingga 10.30 malam.

9hb Mei 2010 - 7.30 pagi telah berangkat ketempat pertandingan dan kejohanan bermula 8.00 pagi. Pada sebelah petang menghadapi masalah gangguan letrik dan beberapa pertandingan terpaksa dibatalkan kerana negeri-negeri yang terlibat terpaksa balik menaiki bas express mengikut masa yang telah ditetapkan pukul 3.00 petang . Pasukan Pulau Pinang bertolak dari tempat pertandingan terus balik ke Pulau Pinang dari 3.30 petang dan sampai pukul 12.00 tengah malam. Menguruskan atlet sehingga 12.30 malam.

10hb Mei 2010 - 1.30 pagi baru sampai di Seberang Jaya, Seberang Perai kesesakan jalan atas jambatan.

Kategori yang di pertandingkan bawah umur 9, 11 dan 13 tahun lelaki dan wanita. Atlet Cawangan Pelapis hanya mengambil bahagian untuk kategori bawah 11 tahun wanita dan bawah 13 tahun lelaki dan wanita.

Jumlah keseluruhan peserta :

Bawah umur 11 tahun wanita : 44 peserta
Bawah umur 13 tahun lelaki : 59 peserta
Bawah umur 13 tahun wanita : 45 peserta

Keputusan Atlet Cawangan Pelapis :

Kategori Bawah 11 Tahun Wanita :

1. Nur Natasha Nabila [PL Tin Club] - Tempat Kelima

Kategori Bawah 13 Tahun Lelaki :

1. Ong Sze Kuan [PLN Bukit Dumbar, PP] - Tempat Ke Tiga Belas
2. Amitaesh Thevananthan [PLN Bukit Dumbar, PP] - Tempat Ke Dua Puloh

Kategori Bawah 13 tahun Wanita :

1. Sara Chew [PLN Bukit Dumbar, PP] - Tempat Ke Sebelas
2. Nur Aliah [PLN Bukit Dumbar, PP] - Tempat Ke Lima Belas


Bersama-sama ini di lampitkan gambar-gambar yang sempat di ambil. Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil












Read more...

KEJOHANAN SPORTEXCEL NSC/MILO/MTBC MALAYSIAN TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2010

Tarikh : 29hb April - 2hb Mei 2010
Tempat : Mega Lanes Kuala Lumpur, Endah Parade Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Pengurus : Larry Chelvan
Jurulatih : Albert Yeoh, Nooriani dan Kim Jung Eun
Atlet : 20 orang [10 Wanita dan 10 Lelaki]
Pegawai : Fatimah Binti Jamil

29hb April 2010 - 9.00 pagi berangkat ke Kuala Lumpur dengan menaiki Bas SUK dan tempat berkumpul di Perkarangan Jabatan Belia Dan Sukan bagi yang tinggal di Pulau Pinang dan Mega Lane Prai bagi yang tinggal di Seberang Perai. Tiba di Hotel 3K Subang Jaya, Selangor pada 4.10 petang. Kelewatan tiba disebabkan terdapat kerosakan kepada pintu Bas SUK. Berjumpa dan berbincang dengan Pengarah Kejurulatihan Tenpin Boling [En. Tony Lim] tentang Tenpin Boling sementara menanti Atlet menjalani latihan dari 9.00 malam hinggan 10.00 malam.

Keputusan [Kesemua 20 Atlet dalam Program Cawangan Pelapis] :

Kategori Bawah 12 Tahun Wanita : Seramai 27 peserta

1. Anis Shahzlin - Tempat 9 - Finals [Avg : 144]

Kategori "Boys Open" : Seramai 53 peserta

1. Mohd Afiq Wafiy - Tempat : 34 - Stage 1 [184.3] - Skuad Sukan Malaysia

Kategori "Girls Open" : Seramai 23 peserta

1. Siti Nur Nadia - Tempat 18 - Stage 1 [Avg : 176.3] - Skuad Sukan Malaysia

Kategori "Boys Grade" seramai : 165 peserta

1. Mohd Nazmi - Tempat 2 - Finals [Avg : 194.3] - Skuad Sukan Malaysia
2. Eugene Oh - Tempat 19 - Stage 2 [Avg : 189.9] - Skuad Sukan Malaysia
3. Mohd Danial - Tempat 22 - Stage 2 [Avg : 188.8] - Skuad Sukan Malaysia
4. Tan Wooi Seong - Tempat 51 - Stage 1 [Avg : 179.3] - Skuad Sukan Malaysia
5. Aiman Faiz - Tempat 90 - Stage 1 [Avg : 167.5] - Skuad Sukan Malaysia
6. Kelvin Tan Chun Shin - Tempat 118 - Stage 1 [Avg : 159.5]
7. Muhd Aidiel Albakri - Tempat 124 - Stage 1 [Avg : 157.1]
8. Wan Zuhairi Izlan - Tempat 115 - Stage 1 [Avg : 160.5]
9. Ashvin - Tempat 141 - Stage 1 [Avg : 149.3]



Kategori "Girls Graded" seramai : 76 peserta

1. Nur Amirah Auni - Tempat 13 - Stage 2 [Avg : 171.8] - Skuad Sukan Malaysia
2. Amanda Khong Xia Ling - Tempat 25 - Stage 2 [Avg : 163.8] - Skuad Sukan Malaysia
3. Aimi Fatin - Tempat 28 - Stage 2 [Avg : 157.1] - Skuad Sukan Malaysia
4. Nurul Amelia Hani - Tempat 36 - Stage 1 [Avg : 158.7]
5. Syazwani - Tempat 43 - Stage 1 [Avg : 155.3]
6. Vinny Tan Shin Yeen - Tempat 48 - Stage 1 [Avg : 152.0]
7. Izzati Zuhaili - Tempat 49 - Stage 1 [Avg : 151.8] - Skuad Sukan Malaysia
8. Nur Aysfareena - Tempat 67 - Stage 1 [Avg : 138.1]


2hb Mei 2010 - Pertandingan Akhir dan penyampian hadiah. Pukul 3.00 petang berangkat balik ke Pulau Pinang dan sampai di Pulau Pinang pukul 11.21 malam.

Bersama-sama ini dilampirkan gambar-gambar yang sempat diambil. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil
















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved