Friday, April 14, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 13 April 2017 (Khamis)
Masa : 3.30 ptg - 6.30 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 45 orang

LATIHAN
1. Streching
2. Latihan penyesuaian regu
3. warm down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Seramai 15 atlet akan menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017 pada 20 hingga 23 April 2017 di Kangar Perlis.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Memerlukan beberapa peralatan seperti bola dan jaring
2. Jurulatih memohon bumbung tepi untuk menutup gelanggang supaya tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan berjalan seperti biasa.
2. Kehadiran atlet memuaskan.
3. Atlet baru selesai menyertai Kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2017 pada 6 hingga 9 April 2017 di Kompleks MSN Keramat Kuala Lumpur. Pasukan Pulau Pinang telah menduduki tempat ke-6 secara keseluruhan selepas selesai sirkit 1.
4. Kejohanan Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2017 akan berlangsung pada 4 hingga 7 Mei 2017 di Kompleks Sukan Azman Hashim USM Pulau Pinang.
5. Pihak Persatuan juga telah memberi surat permohonan bajet untuk kejohanan sirkit 2 di Pulau Pinang.
Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 13 April 2017 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : SMK Perempuan Sri Mutiara Pulau Pinang
Kehadiran : 2 Pegawai, 2 Jurulatih, 1 Atlet

Program pencarian bakat baru (TID) sukan menembak telah dijalankan pada 13 April 2017. Seramai 70 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid tingkatan 1 wanita. Program hari ini dimulakan dengan penerangan program sukan menembak di bawah USPTN. Pelajar-pelajar diberitahu bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan memulakan penerangan latar belakang sukan menembak. Taklimat merangkumi pencapaian atlit, jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi atlet negeri.

Objektif TID dibuat untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan menembak bagi menambahkan lagi saingan sesama sendiri ketika menjalani latihan. Beberapa ujian telah dijalankan antaranya Ujian mata,triggering,balance & time reaction,pernafasan & push up. Data atlit berkenaan akan dianalisa oleh jurulatih sebelum memutuskan siapa yang layak untuk ke fasa seterusnya. 

Di akhir program,satu sesi perbincangan bersama Puan pengetua berkenaan hala tuju atlit.selain itu juga pihak USPTN mencadangkan pihak sekolah untuk menubuhkan kelab menembak. Dengan tertubuhnya kelab ini,secara tidak lansung dapat membekalkan atlet kepada PulauPinang.Program pencarian bakat baru (TID) sukan menembak akan diteruskan sepanjang bulan April ke beberapa buah sekolah khusus didalam pulau.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Thursday, April 13, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TAEKWONDO

Tarikh : 12 April 2017 (Rabu)
Masa : 7.30 mlm – 9.30 mlm
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN

1. Master Gunasegaran a/l Manivelloo – JPM Negeri
2. Master Rajaderan a/l Rengasamy – JSM
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET

1. 9 atlet

LATIHAN
1. Warming Up
2. Foot Work
3. Double Turning kick
4. Choping Kick

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Seramai 15 atlet akan menyertai Kejohanan Sportexcel NSC-MILO-TM National Junior & Senior Championships – 1st Leg pada 14 hingga 16 April 2017 di Dewan Millenium, Kepala Batas.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih.
2. Setiap atlet dapat menjalani latihan bersama skuad latihan Sukma XIX Perak 2018. Jurulatih akan menjalani latihan bersama 2 kali seminggu.
3.
Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang masih belum menghantar permohonan bajet bagi penyertaan di Kejohanan Sportexcel NSC-MILO-TM National Junior & Senior Championships – 2nd Leg pada 4 hingga 7 Mei 2017 di Educity Sport Complex, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
4. Jurulatih memaklumkan bahawa semua atlet akan dirombak berasaskan displin, kehadiran latihan dan prestasi pencapaian.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Tuesday, April 11, 2017

LAPORAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW REMAJA KEBANGSAAN PSM/MSN/KPM 2017 - SIRKIT 1

Tarikh : 6 hingga 9 April 2017
Tempat : Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Kuala Lumpur

Hari pertama Kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2017 membuka tirai secara rasminya dimana Wilayah Persekutuan sebagai tuan rumah bagi tahun 2017. Kejohanan ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 6 April 2017 dan berakhir 9 April 2017 dimana Persatuan Sepaktakraw Malaysia sebagai penganjur dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyertaan kali ini melibatkan seramai 168 orang dengan 2 peringkat umur dipertandingkan iaitu bawah 17 tahun & 20 tahun. Semua negeri telah menghantar penyertaan termasuk Pelapis Kebangsaan tang diwakili dari SSBJ & SSTMI. Hanya 2 negeri tidak menghantar penyertaan iaitu Sabah dan Sarawak.

Objektif kejohanan ini diadakan bertujuan untuk menyahut seruan YB Menteri Belia & Sukan agar Persatuan Sukan Malaysia dapat memperbanyakkan kejohanan di kalangan remaja/belia. Ia juga dapat mengasah bakat-bakat baru di usia muda agar suatu hari nanti Negara tidak ketandusan atlet dan dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Bagi kejohanan kali ini skuad Pelapis Pulau Pinang telah menyertai semua kategori umur dengan penglibatan atlet seramai 12 orang atlet, 1 pengurus pasukan & 3 jurulatih.  Kejohanan ini akan dijalankan sebanyak 3 sirkit iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang & Wilayah Persekutuan menjadi tuan rumah pada tahun ini. Sebanyak 8 pasukan akan layak ke peringkat akhir yang dijangka akan berlangsung pada Julai ini.

Berikut disertakan keputusan penuh sepanjang kejohanan berlangsung :-

KEPUTUSAN PERLAWANAN
07HB APRIL 2017

0900
1 - MSN PERLIS LWN PK-SSBJ (0-2)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (14-21, 16-21)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (19-21, 19-21)

2 - MSN KEDAH LWN PK-SSTMI (0-2)
Regu A (Bawah 17), 1-2 (13-21, 21-17, 15-21)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (11-21, 11-21)

3 - P. PINANG LWN W. PERSEKUTUAN (1-1)
Regu A (Bawah 17), 2-1 (19-21, 21-17, 21-14)
Regu B (Bawah 20), 1-2 (18-21, 21-14, 14-21)

4 - PERAK LWN TERENGGANU (1-1)
Regu A (Bawah 17), 2-1 (18-21, 21-19, 21-11)
Regu B (Bawah 20), 1-2 (21-16, 21-23, 9-21)

1530
5 - SELANGOR LWN KELANTAN (1-1)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (18-21, 16-21)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (12-21, 21-14, 21-13)

6 - MELAKA LWN PAHANG (2-0)
Regu A (Bawah 17), 2-0 (21-19, 21-19)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (21-14, 21-14)

7 - JOHOR LWN N.SEMBILAN (2-0)
Regu A (Bawah 17), 2-0 (21-15, 21-17)
Regu B (Bawah 20), 2-1 (18-21, 21-16, 21-19)

8 - MSN KEDAH LWN PK-SSBJ (0-2)
Regu A (Bawah 17), 1-2 (21-17, 13-21, 11-21)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (17-21, 18-21)

2000
9 - P.PINANG LWN PK-SSTMI (1-1)
Regu A (Bawah 17), 2-0 (21-15, 21-10)
Regu B (Bawah 20), 1-2 (19-21, 25-24, 11-21)

10 - PERAK LWN W.PERSEKUTUAN (2-0)
Regu A (Bawah 17), 2-0 (21-9, 21-10)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (17-21, 21-15, 23-21)

11 - SELANGOR LWN TERENGGANU (0-2)
Regu A (Bawah 17), 1-2 (21-13, 19-21, 14-21)
Regu B (Bawah 20), 1-2 (21-19, 14-21, 12-21)

12 - MELAKA LWN KELANTAN (1-1)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (16-21, 15-21)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (21-15, 21-17)

KEPUTUSAN PERLAWANAN
08HB APRIL 2017

0900
13 - MSN PERLIS LWN PK-SSTMI (0-2)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (14-21, 14-21)
Regu B (Bawah 20), 1-2 (10-21, 21-16, 18-21)

14 - PULAU PINANG LWN TERENGGANU (1-1)
Regu A (Bawah 17), 2-0 (21-17, 21-9)
Regu B (Bawah 20), 1-2 (21-13, 13-21, 11-21)

15 - SELANGOR LWN PAHANG (1-1)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (23-25, 19-21)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (21-15, 21-11)

16 - MELAKA LWN NEGERI SEMBILAN (1-1)
Regu A (Bawah 17), 2-0 (21-13, 21-15)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (19-21, 20-22)

1200
17 - JOHOR LWN PAHANG (2-0)
Regu A (Bawah 17), 2-1 (18-21, 21-15, 21-12)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (21-13, 21-10)

18 - PERAK LWN KELANTAN (1-1)
Regu A (Bawah 17), 2-1 (22-20, 16-21, 21-16)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (18-21, 18-21)

19 - MSN KEDAH LWN W.PERSEKUTUAN (1-1)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (17-21, 19-21)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (21-13, 21-11)

20 - PULAU PINANG LWN PK-SSBJ (1-1)
Regu A (Bawah 17), 2-1 (21-15, 19-21, 23-21)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (13-21, 20-22)

1500
21- PERAK LWN PK-SSTMI (0-2)
Regu A (Bawah 17), 1-2 (20-22, 21-17, 17-21)
Regu B (Bawah 20), 1-2 (21-16, 18-21, 18-21)

22 - SELANGOR LWN W.PERSEKUTUAN (2-0)
Regu A (Bawah 17), 2-0 (21-18, 21-16)
Regu B (Bawah 20), 2-1 (21-8, 15-21, 21-13)

23 - MELAKA LWN TERENGGANU (2-0)
Regu A (Bawah 17), 1-2 (21-15, 7-21, 16-21)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (9-21, 17-21)

24 - JOHOR LWN KELANTAN (0-2)
Regu A (Bawah 17), 1-2 (16-21, 15-21)
Regu B (Bawah 20), 1-2 (21-23, 21-17, 15-21)

2000
25 - NEGERI SEMBILAN LWN PAHANG (2-0)
Regu A (Bawah 17), 2-0 (24-22, 21-15)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (21-13, 21-15)

26 - MSN PERLIS LWN MSN KEDAH (0-2)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (17-21, 12-21)
Regu B (Bawah 20), 1-2 (18-21, 21-11, 22-24)

27 - PK-SSTMI LWN PK-SSBJ (2-0)
Regu A (Bawah 17), 2-0 (21-19, 21-17)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (22-20, 21-13)

28 - SELANGOR LWN MELAKA (0-2)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (21-23 14-21)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (17-21, 19-21)

KEPUTUSAN PERLAWANAN
09HB APRIL 2017

0900
29 - MSN PERLIS LWN W.PERSEKUTUAN (0-2)
Regu A (Bawah 17), 1-2 (21-16, 17-21, 20-22)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (16-21, 12-21)

30 -KEDAH LWN TERENGGANU (0-2)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (16-21, 18-21)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (15-21, 24-25)

31 - P.PINANG LWN KELANTAN (2-0)
Regu A (Bawah 17), 2-1 (21-10, 18-21, 21-11)
Regu B (Bawah 20), 2-1 (21-19, 16-21, 21-16)

32 - PERAK LWN PAHANG  (2-0)
Regu A (Bawah 17), 2-0 (21-3, 21-11)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (21-15, 21-13)

1200
33 - SELANGOR LWN N.SEMBILAN (1-1)
Regu A (Bawah 17), 1-2 (21-19, 19-21, 14-21)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (21-18, 21-19)

34 - MSN PERLIS LWN JOHOR (0-2)
Regu A (Bawah 17), 2-1 (16-21, 21-19, 8-21)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (17-21, 10-21)

35 - PAHANG LWN PK-SSTMI (0-2)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (12-21, 19-21)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (17-21, 12-21)

36 - W.PERSEKUTUAN LWN PK-SSBJ (2-0)
Regu A (Bawah 17), 2-1 (13-21, 22-20, 21-17)
Regu B (Bawah 20), 2-0 (21-18, 21-15)

1500
37 - MELAKA LWN JOHOR (0-2)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (11-21, 11-21)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (13-21, 19-21)

38 - N.SEMBILAN LWN PK-SSBJ (0-2)
Regu A (Bawah 17), 0-2 (11-21, 20-22)
Regu B (Bawah 20), 0-2 (13-21, 19-21)

Lokasi sirkti kedua kejohanan akan berlangsung di Pulau Pinang pada 4 hingga 7 Mei 2017 di Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved