Wednesday, January 18, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 17 Januari 2017 (Selasa)
Masa : 3.30 ptg - 6.30 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan

KEHADIRAN
1. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 45 orang

LATIHAN
1. Perlawanan persabahatan antara skuad wanita Malaysia dengan atlet pelapis negeri.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
- USPTN akan menjalankan Bengkel Periodisasi 2017 pada 21 Januari 2017 (Sabtu) di MSNPP.

ULASAN RINGKAS

1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan awal jurulatih.
2. Semasa pemantauan, satu perlawanan persahabatan sedang berlangsung di antara skuad wanita Malaysia dengan atlet pelapis negeri. Perlawanan kedua akan diadakan sekali lagi pada 20 Januari 2017 (Jumaat).
3. PPN memaklumkan bahawa takwim kejohanan tahun ini ada perubahan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
4. PPN juga mengingatkan kepada jurulatih berkenaan Mesyuarat JKK Pelapis Negeri Bil 1/2017 pada 2 Februari 2017 (Khamis) di MSNPP.
5. Jurulatih Rahimi tidak hadir sesi latihan atas urusan keluarga.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, January 16, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 10 Januari 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 10 Orang

LATIHAN
1. Leaps, Pivot & Flexibility
2. Ball
3. Clubs
4. Rope

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Gimrama SUKMA Bil 1/2017 pada 5 Febuari 2017 jam 7.30 pagi

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Jurulatih JSM MSNPP memaklumkan beliau akan menamatkan kontrak pada bila-bila masa sahaja kerana kekangan masa dam masalah pada kerja hakiki yang tidak dapat dielakkan.
2. Persatuan juga ingin memohon kerjasama Majlis Sukan Negara untuk mencari seorang JLN atau JPM kepada Pulau Pinang. PPN sekali lagi memaklumkan pada tahun 2017 penumpuan sepenuhnya diberikan kepada Sukan SEA 2017 dan tiada penambahan jurulatih.
3. Beberapa atlet pelapis Pulau Pinang akan menyertai pasukan SUKMA 2018 namun begitu masih banyak teknik yang perlu diperbaiki dan dengan adanya JSM masih tidak mencukupi atlet memerlukan latihan sepenuh masa bagi mendapat latihan yang baik.
4. Pihak persatuan akan membantu MSNPP dalam menggantikan board yang telah dimakan oleh anai-anai dan dalam proses semakan dan pembelian.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Thursday, January 12, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 11 Januari 2017 (Rabu)
Masa : 3.30 ptg - 6.30 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 50 orang

LATIHAN
1. Warm Up & Streching
2. Permainan Double
3. Permainan Regu
4. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan bagi tahun 2017 baru bermula mengikut sesi persekolahan.
2. PPN memohon beberapa perkara yang perlu diambil tindakan oleh jurulatih iaitu :-
- Surat penyambungan kontrak 2017
- Borang maklumat atlet baru beserta gambar terkini
- Jumlah atlet yang akan berdaftar bagi penggal Januari - Julai 2017
- Jadual latihan tahun 2017
3. PPN juga telah menghantar email rasmi bertarikh 11 Januari 2017 kepada Persatuan dan jurulatih berkenaan jemputan panggilan Mesyuarat JKK Pelapis Bil 1/2017.
4. PPN memaklumkan kepada jurulatih bahawa kuota pertandingan akan berkurangan memandangkan bantuan lebih tertumpu kepada penyediaan penganjuran Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Tuesday, January 10, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 9 Januari 2016 (Isnin)
Masa : 4.00 pm hingga 6.00 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Yeap Boon Hui (JSM)
3. Aaron Soyza (JSM MSNPP)
4. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 19 orang

LATIHAN
1. Technical training
2. Tactical training
3. General Strength

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. SAP Challenge 1/2016 yang dijangkan akan berlangsung pada 23 hingga 26 Januari 2016 di NDISC, Penang.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. PPN berjumpa bersama jurulatih dan atlet memaklumkan pada tahun 2017 berlaku rombakan sukan dan memperkenalkan diri selaku PPN yang baru.
2. Kehadiran atlet amat memberangsang dan atlet menunjukkan semangat yang baru untuk menjalani latihan.
3. PPN memohon jurulatih untuk memberikan takwim tahunan bagi memudahkan proses rujukan dan selanjutnya.
4. PPN juga memohon jurulatih untuk memberikan jadual latihan 2017 yang baru sekiranya mempunyai perubahan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, January 9, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 7 Januari 2017 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tgh hari
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

KEHADIRAN
1 .Galina Nikolova Stefanova - JLN MSNPP
2. Faizah Abdul Aziz – Jurulatih lantikan KMPP
3. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Menembak

ATLET
1. 10  orang atlet pembangunan

LATIHAN
1.Warm up & stretching
2.Air Pistol
3.Air Rifle
4.Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
- Semua dalam keadaan baik

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan lancar.
2. Telah diadakan perjumpaan bersama pihak ibu bapa untuk membincangkan hala tju program 2017. Ibu bapa diberi tahu objektif serta target pencapaian yang kelab mahukan untuk 2017. Selain itu juga turut di maklumkan berkenaan kriteria yang wajib dipenuhi untuk melayakkan seseorang itu mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan peringkat kebangsaan.
3. Turut diadakan perbincangan program pencarian bakat (TID) bagi sukan Menembak.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved