Friday, April 8, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO

Tarikh : 6 April 2016 (Rabu)
Masa : 7.30 hingga 9.30 malam
Tempat : Dewan Silat MSNPP

KEHADIRAN
1. Master Gunasegaran a/l Manivelloo
2. Cik Nor Aleeya Lee – Pengurus Sukan Taekwondo MSNM
3. Hamidi Bin Lokman - Ketua Unit USPTNPP
4. Mohamad Suhairi Bin Othman -PPN
5. Atlet : 11 Orang atlet

LATIHAN
1. Warm Up
2. Footwork training
3. Kicking training
4. Movement Training

UJIAN KECERGASAN
Ujian kecergasan bil. 2/2016 akan dijalankan pada bulan pertengahan atau hujung bulan april ini.

PERTANDINGAN
Tiada
  
ULASAN RINGKAS
1. Pemantauan pada kali ini dihadiri oleh Pengurus Sukan Taekwondo Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara Malaysia iaitu Cik Nor Aleeya. Pemantauan ini dijalankan pada sebelah malam. Manakala sebelah petang beliau telah memantau Program Pelapis Serantau di Akademi Serantau, Bukit Mertajam.
2. Pihak USPTN telah selesai menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Bil. 1/2016 pada 29 Mac 2016 (Selasa) di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
3. Tiada kejohanan yang akan disertai pada bulan April dan jurulatih menumpukan kepada latihan atlet.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Thursday, April 7, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 5 April 2016 (Selasa)
Masa : 3.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan
2. En. Syed Roslan Syed Khalid
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh

ATLET
1. 40 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Taknikal - Ketepatan servis, umpanan & rejaman
3. Permainan gelanggang
4. Cooling down

UJIAN
-Ujian 

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, jaring, punching bag.
2. Bola untuk latihan kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan dan semua atlet menjalani latihan mengikut perancangan jurulatih.
2. Seramai 18 atlet baru sahaja selesai menyertai kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan PSM/MSN Sirkit 1/2016 pada 31 Mac hingga 3 April 2016 di Kompleks Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.
4. Dari pemantauan, jurulatih banyak menegur serta memperbetulkan teknik-teknik untuk pelajar baru.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, April 6, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 5 April 2016 (Selasa)
Masa : 5.30 Petang
Tempat : SMK Permatang Tok Labu, Penaga

KEHADIRAN
1. Jamil Bin Hashim (JSM)
2. Atlet 17 orang

LATIHAN
1. Teknik Snacth
2. Clean Pull
3. Teknik Clean & Jerk

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Kekurangan Set Bar lelaki dan Set Bar wanita

PROGRAM BINAAN
- Tiada -

ULASAN
1. Kehadiran atlet menjalani latihan memuaskan.
2. Program latihan kurang lancar kerana kekurangan peralatan latihan. Atlet-atlet terpaksa menunggu giliran terlalu lama untuk latihan yang seterusnya.
3. Hasil dari program TID yang dijalankan oleh jurulatih bilangan atlet bertambah dan memerlukan peralatan latihan seperti Set Bar Lelaki dan wanita.
4. Atlet-atlet baru sahaja selesai menyertai kejohanan dalaman pada 2 april yang lepas. Atlet-atlet dari Pusat Latihan SMK Permatang Tok Labu dan Machang Bubok menunjukkan prestasi yang baik kerana kebanyakkan atlet yang memenangi pingat adalah dibawah program Pelapis.
5. Jurulatih memaklumkan, untuk atlet-atlet baru latihan diberi tumpuan kepada teknik terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN TENIS

Tarikh : 5 April 2016 (Selasa)
Masa : 5.00 Petang hingga 7.00 Petang
Tempat : Gymnasium MSN Pulau Pinang & Gelanggang Tenis Jabatan Belia & Sukan (JBS) Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Francis Su Kok Eng - JSM
2. 6 Orang atlet Pelapis

LATIHAN
1. Latihan Suaian Fizikal di Gym
2. On Court Drills
3. Serve training
4. Match play

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai kejohanan Hat Yai International Championship 2016 di Hat Yai Thailand pada 7-10 April 2016

PERALATAN
1. Hak milik persendirian atlet.
2. Memohon bantuan peralatan seperti bola & jaring

ULASAN RINGKAS
1. Perjumpaan bersama ibu bapa atlet bersama Presiden,setiausaha dan jurulatih.Perbincangan lebih menjurus kepada atlit-atlit di bawah program yang terpilih ke SUKMA Sarawak.
2. Memohon pembelian peralatan seperti bola dan jaring.
3. Seorang atlet Pulau Pinang sedang menjalani latihan pemilihan untuk skuad bawah 14 tahun Negara.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT DALAMAN DAERAH PULAU PINANG

Tarikh : 2 April 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Dewan Gimnasium Angkat Berat, Majlis Sukan Pulau Pinang
               
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Daerah (MSD) dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Kejohanan Angkat Berat Antara Daerah Negeri Pulau Pinang Siri 1/2016. Pertandingan ini berlangsung pada 2 April 2016 (Sabtu) bertempat di Dewan Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Pulau Pinang. Kejohanan ini disertai oleh atlet-atlet di bawah program Majlis Sukan Daerah dan Pusat Latihan USPTNPP. Sebanyak lima pasukan bersaing iaitu MSD Seberang Perai Utara, MSD Seberang Perai Tengah, MSD Seberang Perai Selatan, MSD Timur Laut dan MSD Barat Daya. Kejohanan ini dijadikan pendedahan kepada atlet-atlet di bawah 16 tahun dan kategori yang dipertandingkan serta keputusan kejohanan adalah seperti berikut dan keputusan :

Berikut adalah Kategori dan keputusan Kejohanan Dalaman Antara Daerah :

1. Kategori bawah 12 tahun (wanita) open
    i. Khairul Elismalia Bt Arshad - SN : 17kg (E), CJ : 22kg(E) 

2. Kategori bawah 16 tahun (wanita) open
     i. Nurul Husna Bt Abdul Wahab - SN : 20kg (E), CJ : 30kg (E)

3. Kategori bawah 12 tahun 35 kg kebawah 
     i. Mohd Amirul Bin Ismanizam - SN : 40kg (E), CJ : 40kg (E)
     ii. Mohd Alif Bin Ridzuan - SN : 27kg (P), CJ : 37kg (P)
     iii. Muhammad Shaharil Bin Zainol - SN : 17kg (G), CJ : 25kg (G)

4. Kategori bawah 16 tahun 45 kg kebawah
     i. Mohd Arif Zikri - SN : 55kg (E), CJ : 70kg (E)
    ii. Mohd Syafaris Bin Ismail - SN : 50kg (P), CJ : 60kg (P)
    iii. Mohd Zulshah Bin Abdullah - SN : 40kg (G), CJ : 40kg (G)

5. Kategori bawah 16 tahun 56 kg kebawah
    i. Mohd Faiz Bin Che Pi - SN : 45kg (E), CJ : 57kg (E)
    ii. Suria - SN : 37kg (P), CJ : 47kg (G)
    iii. Kiraan Raj - SN : 35kg (G), CJ : 50kg (P)

6. Kategori bawah 16 tahun 77 kg kebawah
    i. Rozaili Mohamad Alkhashah Bin Che Sub - SN : 80kg (E), CJ : Tiada Angkatan
    ii. Mohd Kamarul Zamani - SN : 60kg (P), CJ : 70kg (E)
    iii. Mohamad Aidil Fitri - SN : 57kg (G), CJ : 70kg (P)
    v. Mohamad Nabil Yunus - SN : Tiada Angkatan, CJ : 35kg (G)

7.Kategori bawah 16 tahun 78 kg keatas
    i. Mohd Hazwan Bin Abdul Wahab - SN : 80kg (E), CJ : 100kg (E)
    ii. Muhammad Azri Syafiq - SN : 70kg (P), CJ : 90kg (P)
    iii. Mohammad Najmi Hakim - SN : 69kg (G), CJ : 85kg (G)

Seramai 29 atlet yang menyertai kejohanan ini dan 24 atlet adalah dari Pusat Latihan SMK Permatang Tok Labu dan Pusat Latihan Machang Bubok dan kebanyakkan atlet yang memenangi pingat pada kejohanan ini adalah atlet-atlet dibawah seliaan Encik Arshad dan Encik Jamil iaitu Jurulatih USPTNPP.

Majlis Penyampaian hadiah turut dihadiri oleh Ketua Unit USPTNPP Encik Hamidi Bin Lokman dan Ketua Unit MSD Negeri Pulau Pinang Encik Firdaus Bin Yusof.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved