Tuesday, April 5, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh   : 04 April 2016 (Isnin)
Masa    : 9.00 pm - 11.00 pm
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
3. Abd Malek Bin Md Isa 
4. Zakaria Bin Ahmad

ATLET
1. 8 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Singles
3. Triples
4. Cooling Down

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Boling Padang Singles dan MixPairs U25, 2016 pada 21-25 April 2016 yang akan berlangsung di Kompleks Gong Badak, Terengganu.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Masih menunggu pembelian set bowls.
2. Green yang rosak dan merekah menggangu latihan atlet, jurulatih telah memohon kepada pemilik pusat latihan iaitu MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Prai) tetapi mendapat maklumbalas bahawa mereka tidak mempunyai bajet untuk proses penyelenggaraan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memberangsangkan kerana masih ada yangs edang menghadapi peperiksaan selepas cuti sekolah dan kelas tambahan yang perlu dihadiri.
2. PPN dan jurulatih membincangkan tentang kemudahan perjalanan yang akan digunakan oleh pasukan pelapis Pulau Pinang ke kejohanan pada bulan ini di Terengganu.
3. Jurulatih masih menunggu set bowls yang telah diminta kerana bowls tamat tempoh masih diguna dan menganggu latihan atlet.
4. Pihak Persatuan Boling Padang memohon bantuan daripada pihak MSNPP berkenaan green yang rosak dan merekah dan masih menunggu maklumbalas.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 4 April 2016 (Isnin)
Masa : 4.30 Petang
Tempat : NDISC Penang

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Yeap Boon Hoi (JSM)

LATIHAN
1. Taktikal & teknikal
2. Sparring partner
3. General strength

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
- Atlet-atlet menggunakan peralatan sendiri untuk latihan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan.
2. Encik Jalil (JSM) menjalani latihan di Tin Club di Butterworth.
3. Setelah selesai latihan jurulatih memberi sedikit taklimat berkaitan dengan latihan dan memperbetulkan permainan atlet.
4. Jurulatih memaklumkan terdapat beberpa atlet telah berhenti menjalani latihan kerana menyambung pelajaran ke IPT/IPTS.
5. PPN memohon untuk jurulatih mengemaskini maklumat atlet terbaru untuk tahun 2016.

Sekian terima kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Monday, April 4, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BADMINTON

Tarikh : 3 April 2016 (Ahad)
Masa : 4.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. En Razlan Rajan Bin Abdullah - JPM (Lantikan BAM)
2. Cik Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 35 orang

LATIHAN
-Tiada-

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Kejohanan yang sedang berlansung PBA-GOSEN U10, U14 & U18 pada 1 hingga 6 April 2016 di Dewan Badminton Bukit Dumbar, Pulau Pinang

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Semasa Pemantauan atlet-atlet bawah 16 tahun sedang berentap untuk melayakkan diri ke suku akhir pada malam ini.
2. Penyertaan kali ini amat memberangsangkan kerana jumlah penyertaan dari sekolah dan kelab mahupun atlet Pelapis meningkat.
3. Sebanyak 3 kategori dipertandingkan iaitu Under 10, Under 14, dan Under 18 yang telah dibahagikan kepada acara lelaki dan wanita.
4. PPN mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet pelapis Pulau Pinang yang cuba melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PERTANDINGAN TAEKWONDO ANTARA DAERAH NEGERI PULAU PINANG 2016

Tarikh : 3 April 2016 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Silat, Majlis Silat Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang
               
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Daerah (MSD) dengan kerjasama Taekwondo Negeri Pulau Pinang (TNPP) telah menganjurkan Pertandingan Taekwondo Antara Daerah Negeri Pulau Pinang Siri 1/2016. Pertandingan ini berlangsung pada 3 April 2016 (Ahad) bertempat di Dewan Silat, Majlis Silat Pulau Pinang. Atlet-atlet yang berdaftar di bawah program Majlis Sukan Daerah masing-masing seramai 113 orang atlet telah mengambil bahagian. Sebanyak lima pasukan bersaing iaitu MSD Seberang Perai Utara, MSD Seberang Perai Tengah, MSD Seberang Perai Selatan, MSD Timur Laut dan MSD Barat Daya. Pertandingan ini dijadikan pendedahan awal pertandingan kepada atlet-atlet baru dan hanya mempertandingkan 2 kategori umur iaitu :-

1) Super Cadet (9 – 11 Years)
2) Cadet (12 – 14 Years)
  
Berikut adalah keputusan pasukan yang mengambil bahagian :-

1) MSD Barat Daya - 11 Emas, 15 Perak, 14 Gangsa
2) MSD Seberang  Perai Tengah - 11 Emas, 7 Perak, 4 Gangsa
3) MSD Timur Laut - 4 Emas, 3 Perak, 4 Gangsa
4) MSD Seberang Perai Utara - 3 Emas, 2 Perak, 5 Gangsa
5) MSD Seberang Perai Selatan - 2 Emas, 3  Perak, 2 Gangsa

Majlis Penyampaian hadiah turut dihadiri Presiden Taekwondo Negeri Pulau Pinang (TNPP) En. Mohamed Sabib Bin Abdullah, Timbalan Presiden En. Rajendran A/L Rajoo, Pengerusi Teknikal En. Rajaderan A/L Rengasamy, En.Ahmad Firdaus Bin Yusuf iaitu Ketua Unit Majlis Sukan Daerah (MSD) Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. 

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 3 April 2016 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown

KEHADIRAN
1. Shamani a/p Ganesan - JSM
2. Salina Putriana Erierpius - JPM Negeri
3. Fatin Nor Fatehah Mat Salleh
4. Mon Redee Sut Txi
5. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 17 orang

LATIHAN
- Warm up & Streching
- Free Shooting
- 50 & 70 Meter Shooting
- Checking Equipment
- Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa dan kehadiran atlet memuaskan.
2. Semasa pemantauan dibuat, kehadiran jurulatih Mon Redee dan pemanah negara Fatin Nor Fatehah ada bersama dengan skuad latihan (pembangunan & skuad sukma). Kehadiran beliau untuk menguji dan menilai tahap prestasi atlet yang akan menghadapi Sukan Malaysia XVIII Sarawak 2016.
3. Sepanjang 2 hari, atlet dapat menimba banyak ilmu dan menjadi pembakar semangat untuk menjelmakan kejayaan pada kejohanan-kejohanan akan datang.
4. Selingan dari latihan, ada beberapa atlet memohon bantuan jurulatih Mon Redee untuk membuat tali serta tuning bow.
5. PPN juga memaklumkan kepada jurulatih bahawa masih belum menerima Peraturan Am Karnival Bakat Siri 1/2016.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved