Friday, December 4, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN 2015

Tarikh : 4 Disember 2015 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Gimnasium 3, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil

Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimnastik Artistik Kebangsaan 2015 pada  4 hingga 6 Disember 2015 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Gimnasium 3, Institut Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimnastik dijalankan pada 4 Disember 2015 bermula jam 6.00 petang dan pertandingan bermula pada keesokan hari MAG Class 1 dan WAG Level 1 & 2. Atlet pelapis gimnastik Pulau Pinang menjalankan latihan pada pukul 3.30 petang hingga 6.00 petang.

Sebanyak 10 negeri telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perlis, Kelantan, Selangor, Terengganu, Sarawak, Pahang, Perak dan Kedah.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori MAG Tahap 1 dan Tahap 2 untuk acara senam lantai, kekuda berpelana, gelang, melombol, palang sejajar dan palang tunggal manakala untuk WAG pasukan pelapis Pulau Pinang telah mengambil bahagian untuk Tahap 2 dan Tahap 3 bagi acara senam lantai, melombol, palang bertingkat dan batang titian.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Thursday, December 3, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 2 Disember 2015 (Rabu)
Masa : 5.00 petang- 7.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 28 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Draw
3. Game
4. Cooling down

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Boling Padang Triples Open Pulau Mutiara Pulau Pinang 2015, 11 - 13 Disember 2015.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Mohon untuk mendapatkan bowls sebanyak 2 set kerana bowls pelapis yang ada sekarang akan tamat tempoh pada Disember 2015.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa dan kehadiran atlit sangat memuaskan kerana cuti sekolah dan pertandingan yang akan datang.
2. Pada kejohanan yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 11-13 Disember 2015 semua atlet dan jurulatih terbabit pada kejohanan tersebut.
3. Jurulatih menekankan sekali lagi bahawa pembelian bola perlu disegerakan kerana akan luput pada Disember 2015.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Wednesday, December 2, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 2 Disember 2015 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown

KEHADIRAN
1. Cik Shamani a/p Ganesan - JSM
2. Cik Salina Putriana - JPM Negeri
3. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 25 orang

LATIHAN
1. Warming Up
2. Scoring - Double 70 & 50 meter
3. Cooling Down

UJIAN
1. Atlet baru selesai pemilihan 1 Fasa 2 untuk pemilihan Skuad Latihan Sukma Sarawak 2016 pada 28 & 29 November 2015 di SMK (P) St George, Georgetown.

PERTANDINGAN
- Akan menyertai kejohanan Memanah Sirkit 3 & Terbuka Selangor 2015 pada 15 hingga 21 Disember 2015 di Sek Keb Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih ada memaklumkan bahawa pembelian aksesori untuk atlet skuad Sukma Sarawak telah dibuat dan masih menunggu penghantaran peralatan daripada pembekal.
2. Bow seorang atlet (compound) mengalami keretakan dan berkemungkinan akan putus pada bila-bila masa. 

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan kerana ada sebahagian atlet yang baru juga turut serta menjalani latihan.
2. Permohonan budget ke kejohanan pada pertengahan bulan ini telah dibuat dan dihantar kepada pihak kewangan MSNPP untuk kelulusan.
3. Sesi pemilihan skuad latihan Sukma fasa 2 telah berlangsung pada 28 & 29 November 2015 di SMK (P) St George bermula dari pagi hingga petang dengan semua jarak.
4. Jurulatih Shamani telah menghadiri Kursus World Archery Level 1 Coaching pada 20 hingga 26 November 2015 di Kuala Lumpur.
5. Sesi latihan berjalan seperti biasa dan mengikut perancangan jadual jurulatih.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 1 Disember 2015 (Isnin)
Masa : 4.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Baharuddin A.Rahim - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 25 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Skill Drill Position
3. Permainan gelanggang
4. Cooling down

UJIAN
- Baru selesai menjalani latihan bersama SSN Perlis pada 17 hingga 20 November 2015 di SSN Perlis.

PERTANDINGAN
-Seramai 12 orang selesai menyertai kejohanan Remaja Kebangsaan PSM/MSN Sirkit 2/2015 pada 26 hingga 30 November 2015 di Kluang, Johor.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, kicking target, punching bag dan net.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet hanya tertumpu pada atlet yang akan mewakili Pulau Pinang ke kejohanan.
2. Pihak Persatuan telah menghantar permohonan aktiviti bagi kejohanan Remaja Kebangsaan dari sirkit 1 hingga pusingan akhir. Permohonan itu telah dipanjangkan ke pihak kewangan MSN.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah.
4. Dari pemantauan, jurulatih banyak menegur serta memperbetulkan teknik-teknik sebelum menghadapi kejohanan.
5. Jurulatih Encik Ahmad Rahimi telah menghadiri Kursus Kejurulatihan Spesifik Tahap 2 di Perlis.

Sekian,Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin  Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BADMINTON

Tarikh : 1 Disember 2015 (Selasa)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. Mr. Kah Kau Kiak - (Presiden PBPP)
2. Mr. Khaw Cheow Kheng - JSM (Lantikan BAM)
3. En. Asiking - JSM (Lantikan BAM)
4. Cik Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 6 orang

LATIHAN
1. Multi shuttle Drills
2. Drop Skills
3. Game

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Maybank-Gosen-PBA Penang Closed Individual Badminton Tournament 2015 mulai 27 November hingga 3 Disember 2015 di Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan mengikut masa yang ditetapkan dan berjalan lancar.
2. Pihak jurulatih memaklumkan bantuan ISN dalam fisiologi sangat baik dan memuaskan.
3. Latihan intensif telah diberikan kepada semua atlet yang hadir untuk memantapkan kemahiran dan ketahanan fizikal mereka.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved