Tuesday, August 11, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 11 Ogos 2015 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Baharuddin A.Rahim - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 23 orang

LATIHAN
1. Ice Bath Treatment (Recovery)

UJIAN
- Akan menjalankan Ujian Kecergasan pada 8 September 2015 (Selasa). Perbincangan bersama pihak ISNPP telah dibuat dan keputusan akan dimaklum kemudian.

PERTANDINGAN
- Baru selesai menyertai kejohanan 3 penjuru (Perak,Kuala Lumpur & Selangor) pada 7 hingga 9 Ogos 2015 di Sekolah Sukan Negeri. Prestasi atlet yang hadir telah menunjukkkan semangat juang yang tinggi.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, kicking target, punching bag.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Semasa pemantauan dibuat, jurulatih hanya menjalankan ice bath untuk recovery pada atlet.
2. Pihak Unit masih belum menerima sebarang takwim kejohanan dari Persatuan Kebangsaan.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah.
4. Perbincangan bersama jurulatih ada memaklumkan bahawa 4 orang dari PLN akan menyertai pemilihan skuad Pelapis Sepak Takraw pada 14 hingga 16 Ogos 2015 di SMK Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Sunday, August 9, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 8 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown

KEHADIRAN
1. Cik Shamani a/p Ganesan - JSM
2. Encik Kan Kar Inn - JSM
3. Cik Salina Putriana - JSM Negeri

ATLET
1. 20 orang

LATIHAN
1. Warming Up
2. Scoring - 90M & 70M (L), 70M & 60M (W)
3. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih ada memohon beberapa peralatan seperti target butt, target face, arrow & bow recurve.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Semasa pemantauan dibuat, satu ujian scoring untuk semua jarak sedang dijalankan. Ujian ini akan dijalankan selama 2 hari.
2. Sesi ujian ini juga bagi memilih atlet yang akan bertanding ke kejohanan Terbuka PKS Unisza Merdeka pada 25 hingga 31 Ogos 2015 di Gong Badak, Terengganu.
3. Jurulatih juga ada memaklumkan bahawa beberapa target butt di PLN JBSNPP jatuh ditiup angin kuat.
4. Jurulatih ada memohon peralatan untuk digunakan semasa latihan seperti arrow, target butt dan bow.
5. Sesi ujian berjalan lancar dan mengikut perancangan jadual jurulatih.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Friday, August 7, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 6 Ogos 2015 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Penang Bowl, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Cheah Teik Tatt - JSM
3. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. Randy Wong - JPM Negeri
5. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 23 lelaki & 10 wanita

LATIHAN
1. Warm Up
2. 1 step, 2 step & 5 step
3. Cooling down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Baru selesai menyertai Kejohanan Sportexcel NSC-MILO-MTBC Tenpin Bowling Junior Circuit 2015 - Johor Leg pada 30 Julai hingga 3 Ogos 2015 di Ampang Superbowl, Kluang, Johor. Skuad Pelapis membawa pulang 1 emas, 1 Perak & 2 gangsa.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet semasa pemantauan amat memuaskan dan ada sesetengah atlet menghadiri kelas tambahan.
2. Sesi latihan hari ini di Penang Bowl. Pertukaran sesi latihan disebabkan permasalahan alat ganti mesin masih belum sampai dan banyak lanes yang dalam pembaikan.
3. Monthly Roll Off Bulan Julai telah dapat dilaksanakan dengan baik dan direkodkan dalam laporan jurulatih.
4. Satu perjumpaan jurulatih bersama ibubapa telah dapat diadakan pada akhir sesi latihan.
5. PPN memaklumkan bahawa permohonan aktiviti kejohanan akan melalui kelulusan Pengarah MSNegeri.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, August 6, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 5 Ogos 2015 (Rabu)
Masa : 4.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Padang Memanah JBSN Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Encik Kan Kar Inn - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 7 orang

LATIHAN
1. Warming Up
2. Latihan shooting jarak dekat
3. Equipment Checking
4. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih ada memohon beberapa peralatan seperti target butt. Permohonan ini kerana target butt yang sedia ada mengalami kerosakan teruk untuk digunakan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana ada sebahagian atlet mengikuti kelas tambahan.
2. Sesi pemilihan atlet akan dijalankan pada 8 & 9 Ogos 2015 di SMK (P) St George. Sesi ini merupakan pemilihan atlet untuk ke kejohanan Terbuka PKS Unisza Merdeka di Terengganu.
3. PPN memaklumkan bahawa permohonan stor memanah (kontena) akan dimohon dalam kadar segera bagi memudahkan penyimpanan peralatan memanah.
4. Sesi latihan berjalan seperti biasa dan mengikut perancangan jadual jurulatih.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, August 5, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 4 Ogos 2015 (Selasa)
Masa : 3.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 40 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Latihan Tektikal dalam gelanggang (1-tekong,2-feeder & 3-killer)
3. Mini games (3 on 3)
4. Cooling down

UJIAN
-akan menjalankan Ujian Kecergasan pada 8 September 2015 (Selasa) bersama Pusat Satelit ISNPP.

PERTANDINGAN
-Seramai 16 orang akan menyertai kejohanan 3 penjuru (Perak,Kuala Lumpur & Selangor) pada 7 hingga 9 Ogos 2015 di Sekolah Sukan Negeri.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw,kicking target,skipping.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan dan semua atlet menjalani latihan mengikut perancangan jurulatih.
2. Pihak Unit masih belum menerima sebarang takwim kejohanan dari Persatuan Kebangsaan.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah.
4. Dari pemantauan, jurulatih banyak menegur serta memperbetulkan teknik-teknik dari segi rejaman,lambungan,imbangan bola dan sebagainya.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved