Friday, March 15, 2013

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh.     :   12 Mac 2013 (Selasa)
Masa.      :    6.00 ptg - 8.00mlm
Tempat.   :   Pusat Bowling Penang Bowl

Kehadiran :
1.  Cik Kim Eun Jung - Jurulatih
2.  Atlet   : 2 (Lelaki), 6 (Wanita)

Latihan
1.  Balingan Bola Pertama (1st Ball)
2.  Sasaran (Target)
3.  Permainan

Ujian
1.   Ujian Kecergasan yang dikelolakan oleh pihak ISNPP pada 16 Mac 2013 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Pertandingan
1.    Kejohanan MSSPP pada 1 - 5 April 2013 di Mega Bowling Center, Megamal Pinang Seberang Perai.
2.    Kejohanan ASTRO 37th Malaysian National and  26th Malaysian Interstate 2013 pada 13 - 20 April 2013 di Mega Lanes Bandar Sunway, Sunway Pyramid Selangor.
3.    Kejohanan Sportexcel-NSC-Milo-MTBC Malaysian Junior Circuit 2013 - KL Leg pada 26 - 28 April 2013 di Mega Lanes Endah Parade, Sri Petaling, Pulau Pinang.     

Kecederaan
Tiada

Peralatan
Kepunyaan Atlet sendiri

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Berjumpa dengan Ibu dan Atlet (Nur Amirah Auni) yang terpilih sebagai Atlet Remaja Kebangsaan yang lalu untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau menggekalkan sebagai Atlet Remaja Kebangsaan bagi tahun 2013. Beliau juga merupakan Atlet Elit bagi Negeri Pulau Pinang.

2. Mengadakan perjumpaan bersama Jurulatih dan Atlet untuk memaklum dan mengingatkan tentang Program Ujian Kecergasaan yang akan di jalankan pada 16 Mac 2013.

3. Pemantauan diakhiri dengan berjumpa dengan ahli keluarga atlet yang hadir.
Sekian terima kasih.

Fatimah Jamil







Read more...

PEJUMPAAN KUN BERSAMA ATLET BERBASIKAL AKADEMI SERANTAU MSN

Tarikh : 13 Mac 2013
Masa : 4.00pm
Tempat : Akademi Serantau MSN, B.Mertajam

Kesempatan berkunjung ke Akademi diambil seketika untuk berjumpa dengan atlet-atlet berbasikal Akademi Serantau. Atlet-atlet kelihatan bersedia & bersemangat untuk menjalani latihan. Di maklumkan oleh jurulatih En. Hatta, latihan kayuhan hari ini sejauh 60km menghala ke Kulim Kedah. Prestasi semasa atlet & tahap disiplin atlet adalah baik. All The Best!!





Read more...

Thursday, March 7, 2013

PERBINCANGAN PROGRAM TID SMK PONDOK UPEH BALIK PULAU

Tarikh : 07 Mac 2013
Tempat : SMK Pondok Upeh, Balik Pulau.
Kehadiran: Ketua Unit, PPN, PK KOKO.
Masa: 10.30 am

Satu perbincangan awal bersama Puan Rohaya PK KOKO SMK Pondok Upeh Balik Pulau berkenaan dengan program TID sukan Angkat Berat yang akan dijalankan oleh pihak USPTN dengan kerjasama MSNPP.

Hasil dari perbincangan tersebut :

1. Tarikh cadangan dari USPTN adalah pada 14 Mac 2013.

2. Pihak sekolah bersetuju dengan program tersebut akan tetapi pihak sekolah memohon untuk menukar tarikh kerana terdapat program sukan sekolah. Oleh itu pihak USPTN memohon daripada pihak sekolah untuk mendapatkan tarikh yang lain dari pihak sekolah secepat mungkin.

3. Setelah selesai perbincangan dengan pihak SMK Pondok Upeh, Pihak USPTN mengambil kesempatan untuk melihat Pusat Latihan Sukan Angkat Berat di SMK Seri kerana ia berdekatan dengan SMK Pondok Upeh.

4. Hasil dari pemerhatian yang dibuat peralatan latihan dan tempat latihan dalam keadaan baik. Pusat Latihan SMK Seri akan dikendalikan oleh JSM baru iaitu En. Norhidayat Bin Samat. SMK Seri juga tidak ketinggalan untuk pihak USPTN menjalankan TID disana. 

5. Untuk makluman terdapat sebuah sebuah sekolah rendah bersebelahan dengan SMK Seri iaitu SK Seri dimana pihak USPTN bercadang untuk mencari pelajar-pelajar bawah 12 tahun untuk diketengahkan kerana pusat latihan berdekatan dengan sekolah terbabit.

Sekian

Laporan Oleh : Akmal Hashim






Read more...

Monday, March 4, 2013

PEMANTAUAN PPN - LATIHAN GYM ATLET BERBASIKAL

Tarikh : 1 Mac 2013
Tempat : Gymnasium MSNPP
Masa : 5.30 petang

Kehadiran

Atlet : 7 atlet lelaki,  2 atlet wanita
Jurulatih :En Zahari Tahir, En Abd Shukor bin Darus & En Sheikh Omar bin Ibrahim (ISN)

Latihan

Latihan Kekuatan Fizikal dikendalikan oleh En. Sheikh Omar bin Ibrahim (ISNPP), dibantu oleh jurulatih MSNPP En Shukor dan JSM En Zahari. Latihan bermula pada pukul 5.00 hingga 7.00 petang. 

Disiplin

Disiplin atlet bertambah baik

Isu2 Berbangkit / Lain-Lain

Atlet-atlet yang menghadapi PMR dan SPM mengambil kelas tambahan, ini menjejaskan kehadiran mereka untuk latihan, Sebagai alternatif, mereka yang tidak dapat menyertai latihan di jalanraya akan datang ke Gym mengayuh Roller di bawah pengawasan En Sheikh Omar. 

Perbincangan bersama SU Persatuan telah dilakukan baru-baru ini bersama Pengarah MSNegeri tentang perancangan program latihan yang lebih baik & penambahan bilangan atlet sedia ada. 

Hamidi Lokman






Read more...

Friday, March 1, 2013

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN KEJOHANAN MEMANAH MSSPP 2013

Tarikh : 28 February 2013
Masa : 4.00pm
Venue : Penang Free School

Kejohanan Memanah MSSPP ini telah bermula pada 26 February yang lalu bertempat di Penang Free School dan akan berakhir pada hari ini (01 Mac 2013). Ketika pemantauan semalam, acara Olimpik Round bagi kategori Bwh 12, 15 & 18 (lelaki & wanita) sedang berlangsung.

Jurulatih-jurulatih dibawah Program Pelapis / Pembangunan MSNPP juga kelihatan di venue pertandingan ini bagi memantau prestasi atlet dibawah Pusat Latihan masing-masing. Ibu bapa juga turut hadir memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka yang bertanding. Keputusan keseluruhan kejohanan ini akan di upload dalam masa terdekat.














Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved