Monday, November 12, 2012

PEMANTAUAN PERLAWANAN PERSAHABATAN PP vs KEDAH

Tarikh      :   10hb November 2012 (Sabtu)
Masa       :   9.15 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat    :   Dewan Badminton Berapit Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah

Kehadiran :
1.   En. Choong Kah Tzun - Jurulatih
2.   En. Loh Bok Sheang - Jurulatih
3.   Cik Ernita - Jurulatih
4.   Atlet Pulau Pinang - 25 Lelaki, 14 Wanita
5.   Jurulatih Kedah - 4 Orang
6.   Atlet Kedah - 28 Lelaki, 18 Wanita

Program
1.   Latihan Bersama/Perlawanan Persahabatan bersama Atlet Negeri Kedah

Ulasan

Program ini dijalankan kepada Atlet Program Pelapis dan Pembangunan bawah 18 tahun  hasil perbincangan & perancangan jurulatih kedua-dua pasukan. Kehadiran atlet dari kedua-dua negeri amat memuaskan.

Diharap program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang untuk memberi pendedahan terutama Atlet-Atlet di Peringkat Pembangunan kepada suasana kejohanan.

Diakhir pemantauan berjumpa Jurulatih dan Atlet dari Negeri Pulau Pinang dan Negeri Kedah untuk mengucapkan terima kasih atas komitmen yang ditunjukan dengan harapan program sebegini dapat diteruskan. Tidak ketinggalan berjumpa dengan keluarga atllet yang hadir.

Fatimah Jamil







Read more...

LATIHAN ATLET PELAPIS TERUS DIPANTAU

Tarikh : 09 November 2012 (Jumaat)
Masa Latihan : 4.00 pm - 7.00pm
Tempat : PLN Kompleks Sukan MPSP SPU

Kehadiran
1. Jurulatih - JSM Yusof Omar
2. Atlet -  15 orang

Latihan
1. Atlet Pembangunan - cara berdiri d atas mat yg betul. 4 step (Grip,Stance,Delivery, Follow through)

2. Atlet Pelapis - Game (Long Distance)
3. Atlet Sukma - Game (Medium Distance)

Ujian
1. Akan adakan ujian kecergasan selepas 4 atlet selesai menduduki peperiksaan SPM.

Pertandingan

1. Bulan November tiada kejohanan luar tetapi akan adakan pertandingan dalaman,bersaing sesama sendiri (pembangunan/pelapis/sukma)

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Bowl,Jack & Mat masih boleh digunakan. Green juga masih boleh digunakan tetapi jika di naiktaraf adalah lebih baik.

Program Binaan
1.Akan menyertai kem bina semangat penghujung bulan November. Tempat akan dimaklumkan.

Ulasan
1. JSM datang latihan tepat pada waktu nya.
2. Kehadiran atlet (6 pembangunan / 6 pelapis /3 sukma).
3. JPM MSNegeri hadir jam sekitar jam 6.15pm,atas alasan kesesakan lalulintas.
4. Jam 6.40pm,cuaca hujan. Latihan terpaksa diberhentikan atas faktor keselamatan.
5. Mengambil kesempatan membuat perjumpaan bersama JSM & JPM. Menyerahkan elaun bulan September dan memberi baki duit kejohanan di Perlis selepas semua resit diterima daripada JSM. JPM maklumkan,akan merangka plan untuk pasukan sukma selepas kontrak diperbaharui (tamat disember 2012).
6. Telah memaklumkan kepada Jurulatih & atlet tentang program yang ditawarkan oleh IPTA (Politeknik Permatang Pauh) dan IPTS (AUCMS Kepala Batas) jika berminat menyambung pelajaran selepas tamat SPM.
7. Pemantauan dijalankan dari jam 4.50pm sehingga 7.10pm.

Shasha Tarmuzi







Read more...

Friday, November 9, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TAEKWONDO

Tarikh      :    7hb November 2012 (Khamis)  
Masa      :    7.15 malam hingga 10.30 malam
Tempat   :    Desa Mawar Community Hall, Bandar Baru Ayer Itam

Kehadiran :
1.   En. Rajendran A/L Rajoo - Jurulatih

2.   En. Maniam A/L Krishnan - Jurulatih
3.   Pn. Krishnavani A/P Govindasamy – Jurulatih

4.   Atlet  :   5 Lelaki, 4 Wanita (Pelapis)
5.   Atlet  :   30 Lelaki, 15 Wanita (Pembangunan)


Latihan
1.   Warming-up
2.   Speed & Fitness
3.   Jogging
4.   Target Kicking - Turning Kick and Chopping Kick
5.   Shadow Sparring
6.   Free Sparring (No contact)
7.   Warming-down

Ujian
Tiada


Pertandingan
1.   Kejohanan Taekwondo Kebangsaan Kali Ke 3 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 - 18 November 2012.
2.   Kejohanan Antara Kelab Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 15 - 16 Disember 2012.

Kecederaan
Tiada

Peralatan
1.   Body Vest (Blue & Red)
2.   Head Gear
3.   Arm Guard
4.   Shin Guard
5.   Groin Guard (Female)

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1.   Sukan Taekwondo telah diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri mulai Oktober 2012 dan saya telah di pertanggungjawabkan untuk menyelia Sukan Taekwondo. 

2.   Masa Latihan bermula dari 6.30 petang hingga 9.30 malam dan Jurulatih Maniam dari Program Pelapis Negeri telah dipertanggunjawabkan  untuk melatih Atlet Pelapis Negeri di Pusat Latihan di Ayer Itam, Pulau Pinang.

3.   Belajar mengenali jenis peralatan yang digunakan semasa latihan seperti gambar di lampiran dan jenis-jenis latihan yang dijalankan.  

4.   Kehadiran Atlet Pelapis Negeri dan Pembangunan amat memuaskan.

5.   Memaklumkan kepada Jurulatih  Kejohanan-Kejohanan yang telah di tetapkan oleh Pihak Cawangan Pelapis yang diberikan Bantuan Keewangan bagi tahun 2012.

6.   Perjumpaan Jurulatih Rajendran bersama atlet untuk menerangkan "Peraturan dan Undang-Undang Baru bagi Kejohanan di Peringkat Kebangsaan" 

7.   Di akhir pemantauan mengadakan perjumpaan bersama Jurulatih dan Atlet yang akan menyertai Kejohanan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk memaklumakan tarikh dan masa pergerakan ke Kuala Lumpur.  Pasukan Taekwondo akan menaiki Bas Express ke Kuala Lumpur pada 15hb November 2012.

8.   Sebelum meninggalkan Dewan Latihan telah berjumpa dengan beberapa ahli keluarga atlet yang hadir.

Fatimah Jamil






Read more...

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 07 November 2012 (Rabu)
Masa Latihan : 3.00 pm - 7.00pm
Tempat : PLN St. George, P.Pinang

Kehadiran :
1. Jurulatih - JPM Shamani Ganesen
2. Atlet -  10 orang

Latihan
1. Atlet Pembangunan - Free Shooting Jarak 25m.

Ujian
1. Sesi psikologi 'goal setting' bersama Pegawai Psikologi ISN P.Pinang.
2. Monthly Scoring untuk atlet Sukma & Pelapis Jarak 50m & 30m (Kat I&II).

Pertandingan
1.Telah menyertai Kejohanan Memanah Pembangunan MSSPP 2012 pada 19-20 Oktober 2012 di SK Residensi.
2. 3 atlet akan menyertai 'Sarawak Indoor Championship 2012' pada 16-18 November 2012 di Kuching Sarawak.
3. Akan menyertai Kejohanan Memanah Tertutup Bawah 17 Tahun 2012 pada 16-17 November 2012.

Kecederaan
1. Tiada


Peralatan
1. Kekurangan target butt. Bulan April 2012 telah terima 3 target butt dari Cawangan Pelapis. Akan mohon bantuan pembelian target butt pada MSNegeri.

Program Binaan
1. Akan menyertai Kem Atlet Pelapis 2012 pada 26-28 November 2012 di PLKN White Resort, Balik Pulau,Pulau Pinang. (Akan dimaklumkan jika ada pertukaran)
2. 6 atlet terpilih ke Kem Bakat Memanah Pelapis & Pemilihan Atlet YOG 2014 pada 18-25 November 2012 di Bukit Jalil, KL (Noor Aiman / Quak Ting Hua / Muhammad Adam / Meerosha / Syarfa Zulaikha / Hurunnain)

Ulasan
1. Latihan berjalan seperti biasa. Kehadiran 10 atlet (3 sukma / 3 pelapis / 4 pembangunan)
2. Berjumpa dengan atlet Sukma Compound& Recurve (Nur Ayuni Hasinah & Meerosha) tentang kehadiran yang merosot bulan lepas.
3. Cuaca ok.
4. Pemantauan dijalankan dari jam 3.30 pm - 4.40 pm bersama Pegawai. Psikologi ISN yang baru iaitu En. Kwan Yao Xuen.

Shasha Tarmuzi









Read more...

Tuesday, November 6, 2012

LAPORAN RINGKAS KEM BAKAT MENEMBAK PELAPIS NEGERI 2012, PENANG - 4th DAY

Tarikh : 4 November 2012 (Ahad)

Pergerakkan atlet adalah seperti biasa & diteruskan dengan aktiviti kecergasan senaman ringan diadakan di Botanical Garden.

Sesi berikutnya bermula pada jam 9.00 pagi, atlet diberi penerangan sebelum  latihan dimulakan. Kemudian atlet dibahagikan mengikut acara dan latihan hari ini diketuai jurulatih seperti berikut:

Acara Rifle

En Mohd Ivarn Syazwan – Rifle Lelaki
En. Subari Ariffin - Rifle Wanita

Acara Pistol

Pn. Galina Stefanova - Pistol Wanita
En. Lanahon Ambok Selepa – Pistol Lelaki

Jenis latihan dan ujian spesifik yang adakan ialah :

1. Trigering
2. Grouping
3. Shoot Without Target
4. Position
5. Focus
6. Breathing

Sesi seterusnya, atlet diberi penerangan undang-undang baru sukan menembak dan menonton video world champ shooting technique melalui laptop. Kesemua jurulatih telah berbincang untuk mengadakan kejohanan pada esok 5 /11/2012 dan hari akhir pada 6/11/2012 kejohanan akhir.

Ahmad Firdaus Yusoff












Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved