Wednesday, January 26, 2011

PERJUMPAAN WARDEN BARU BERSAMA ATLET & JURULATIH AKADEMI SERANTAU ZON UTARA

Satu perjumpaan ‘Salam Perkenalan’ di antara Warden ASZU yang baru bersama semua atlet & jurulatih ASZU telah diadakan baru-baru ini. Turut hadir, En. Suhaimi Salleh PT/O ASZU yang juga merupakan staff baru ASZU.

Dalam perjumpaan berkenaan Warden, En. Adnan memberi penerangan serta memperingatkan atlet-atlet tentang disiplin, kebersihan dan sebagainya yang dilihat perlu diperkemaskan di ASZU ini. Semua atlet & jurulatih juga diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada En. Adnan dalam menjalankan tugasnya sebagai Warden di ASZU ini.





Read more...

Monday, January 24, 2011

@ PUSAT LATIHAN MENAMBAK

Tarikh : 22 Januari 2011
Masa : 11.00 – 12.oo pm
Tempat : Penang Rifle Club

Seramai Lapan (8) atlet menjalani latihan hari ini dengan dibantu oleh Dua (2) orang jurulatih. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana adanya sesi persekolah di Pulau Pinang pada hari ini. Latihan berjalan baik & lancar.

Selain itu, perbincangan singkat juga dilakukan bersama Mr. Ooi, Setiausaha Kelab Menembak Pulau Pinang. Antaranya penyertaan atlet-atlet ini ke kejohanan-kejohanan 2011 dan lesen @ permit pembelian peluru walaupun bantuan daripada MSN untuk simpanan dan rekod pihak Kelab.











Read more...

NATIONAL EVALUATION 2011 - PENANG

Tarikh : 19 Januari 2010 [Rabu]
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes Prai, Penang.

Program Mencari Bakat Baru [TID] :

Masa :

5.30 pm - Pendaftaran pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah yang
dijemput.

6.00 - 7.00 pm - Roll Off.

7.00 – 7.30 pm - Mesyuarat bersama-sama pelajar yang tidak terpilih
ke "National Evaluation."

Peserta :

22 pelajar dari Sekolah Kebangsaan.
41 pelajar dari Sekolah Menengah.

Jumlah keseluruhan :

63 orang [38 lelaki dan 25 wanita]


Program Pembangunan Pelapis Negeri "National Evaluation 2011" :

Masa :

7.00 pm - Pendaftaran Atlet Pelapis Negeri dan Pelajar- Pelajar yang
dipilih dari Program TID.

7.30 - 8.30 pm - Roll Off.

8.35 - 9.30 pm - Mesyuarat bersama pihak MTBC, Jurulatih
Kebangsaan, JSM dan JLN.

Peserta :

22 dari Atlet Pelapis Negeri [14 lelaki dan 8 wanita]
32 dari pelajar yang di pilih [16 lelaki dan 16 wanita]

Nama 54 atlet yang dipilih untuk ke "National Evaluation" akan dihantar kepada pihak MTBC sebelum 27 Januari 2011 bersama-sama Borang Penilaian Nationalwide dari Jurulatih Kebangsaan, JSM Pelapis Negeri, JLN MSNPP dan PPN.

Terima kasih kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri atas sokongan yang di beri yang sudi menghadirkan diri pada sesi "National Evaluation 2011.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--

FATIMAH BINTI JAMIL












Read more...

KEJOHANAN BADMINTON INDIVIDU BAWAH 12, 14, 16 & 18 TAHUN - FINALE

Tarikh : 18 Januari 2010 [Rabu]
Masa : 7.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Dewan PBA, Bukit Dumbar, Penang.

Keputusan Kejohanan :

Perseorangan Wanita Bawah 12 tahun :
Goh Jin Wei - Juara
Lim Ming Hui - Naib Juara

Bergu Wanita Bawah 12 tahun :
Goh Jin Wei & Lee Shun Mei - Juara
Jaslyn Hooi Yue Han & Teng Yen Lin - Naib Juara


Perseorangan Lelaki Bawah 12 tahun :
Sim Fong Hau - Juara
Ng Eng Cheong - Naib Juara

Bergu Lelaki Bawah 12 tahun :
Lee Wei Hong & Sim Fong Hau - Juara
Ng Eng Cheong & Ng Yi Xun - Naib Juara


Perseorangan Wanita Bawah 14 tahun :
Lim Jee Lynn - Juara
Cheah Yee Chek

Perseorangan Lelaki Bawah 14 tahun :
Tan Jia Wei - Juara
Yeoh Seng Zoe - Naib Juara

Bergu Lelaki Bawah 14 tahun :
Ching Jackie & Kelvin Ng - Juara
Tan Jia Wei & Tee Yong Jie - Naib Juara

Perseorangan Wanita Bawah 16 tahun :
Chua Cheah Lin - Juara
Dhesnee Ganesan - Naib Juara

Bergu Wanita Bawah 16 tahun :
Lim Ru Shuang & Lim Shi Ming - Juara
Nurul Ain Syiffa & Sharmila Gopal - Naib Juara

Perseorangan Lelaki Bawah 16 tahun :
Teh Sheen Yale - Juara
Lim Ming Chuen - Naib Juara

Bergu Lelaki Bawah 16 tahun :
Lim Ming Chuen & Teh Sheen Yale - Juara
Ng Yi Hang & Ong Wei Khoon [Bukan Pelapis Negeri] - Naib Juara


Perseorangan Wanita Bawah 18 tahun :
Chew Huay Han - Juara
Eng Suk Chieng - Naib Juara

Perseorangan Lelaki Bawah 18 tahun :
Ooi Yi kit - Juara
Chuah Fu Sin [Bukan Pelapis Negeri] - Naib Juara

Bergu Lelaki Bawah 18 tahun :
Lee Teng Hau & Teoh Tze Terng [Bukan Pelapis Negeri] - Juara
Lee Yuen Kit & Ooi Yi Keat [Bukan Pelapis Negeri]- Naib Juara


Pada hari yang sama, pihak GOSEN telah memberikan Insentif kepada Pemain PBA yang berjaya dalam kejohanan sepanjang tahun 2010. Seramai 10 pemain dari Atlet Pelapis Negeri menerima Insentif tersebut.

Ucapan terima kasih kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri yang telah menghadirkan diri pada hari tersebut.

Kesempatan waktu diambil untuk berjumpa atlet dan keluarga atlet yang hadir pada hari tersebut untuk bertanyakan khabar. Mendapati JPM dan ketiga-tiga JSM bertugas pada hari tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL
















Read more...

Friday, January 21, 2011

LAWAT COACH HAZRIL @ HOSPITAL

Jurulatih sukan olahraga ASZU, En. Hazril Hassan telah dimasukkan ke Hospital Pantai, Pulau Pinang pada 19 Januari lalu kerana demam denggi. Ketika melawat beliau sebentar tadi keadaan beliau bertambah baik dan doktor maklumkan beliau akan ‘discharge’ sekiranya keadaan semakin baik. Di doakan semoga beliau cepat sembuh & kembali bertugas seperti sedia kala.




Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved