Sunday, December 5, 2010

Laporan Harian Kejohanan Sepaktakraw Pelapis 3/2010 - 2nd Day

Tarikh : 3 Disember 2010
Tempat : Temerloh (SMJKC KHEE CEE)
Hari Kedua Kejohanan 3 Disember 2010
Pasukan Sepaktakraw Pelapis Pulau Pinang telah Berjaya meneruskankemaraan ke peringkat suku akhir. Keputusan regu 21 tahun ke bawahperlawanan pertama tewas kepada pasukan Negeri Sembilan 1-2 danperlawanan kedua Pasukan Pulau Pinang berjaya menewaskan pasukan dariJohor Tangkak 2-1.
Regu 18 tahun berjaya dan layak untuk meneruskan perjuangakan keperingkat suku akhir. Perlawanan pertama telah berjaya menewaskan pasukan Pahang 2-0 dan perlawanan kedua juga PulauPinang telah berjaya menewaskan Pasukan Majlis Sukan Sekolah Pahang 2-0.
Regu double telah menunjukan peningkatan dengan berjaya menewaskanpasukan Selangor 2-0 dan perlawanan kedua pasukan Pulau Pinang berjayamenewaskan pasukan Sekolah Sukan Bandar Penawar B. Regu double juga telah berjaya untuk untuk bersaing ke peringkat separuh akhir.
Cabutan undi akan diadakan pada 4 Disember Jam 8.00 pagi untukmeneruskan saingan peringkat suku akhir. Dengan harapan pasukan PulauPinang akan berjaya meneruskan saing ke peringkat separuh akhir danseterusnya mara ke peringkat akhir.




Read more...

Friday, December 3, 2010

PEMANATAUAN PPN - PLN SILAT OLAHRAGA

TARIKH LAWATAN : 02 Disember 2010
TEMPAT : Pusat Latihan Negeri Silat Olahraga, Kompleks Silat Batu Uban
MASA : 5.00 Petang

ATLET : 35 atlet (20 lelaki dan 15 wanita)

JURULATIH : En. Shuhairi Bin Chin
KEHADIRAN
Kehadiran pada hari ini seramai 35 orang. Pecahan kehadiran adalah 20 lelaki dan 15 wanita. Sesi pada petang ini adalah untuk atlet-atlet baru hasil program mengenalpasti bakat yang dijalankan pada 18 hingga 23 Oktober yang lalu. 4 orang atlet dan bekas atlet Silat Olahraga Pulau Pinang membantu dalam sesi latihan ini.

LATIHAN
Atlet-atlet ini masih baru dan diberikan latihan asas Silat Olahraga seperti teknik tendangan, tumbukan dan sapuan.

DISIPLIN
Jurulatih memaklumkan tiada masalah disiplin dikalangan atlet.

ISU-ISU BERBANGKIT
Tiada

Hamidi Bin Lokman










Read more...

Laporan Harian Kejohanan Sepaktakraw Pelapis 3/2010 - 1st Day

Tarikh : 2 Disember 2010
Tempat : Temerloh (SMJKC KHEE CEE)
Jurulatih : Mokhtar Zainal Abidin dan Mohd Saufee
Atlet : 12 orang
Acara : Regu 21, Regu 18 dan Double

Hari Pertama 02 Disember 2010

Pasukan Sepaktakraw Pelapis Pulau Pinang memulakan perjalanan untuk ke Temerloh, Pahang jam 7.00 pagi dan sampai jam 3.45 petang. Kebanyakan atlet berkumpul di MSNPP dan menginap di Hotel Green Park.

Mesyuarat pengurus pasukan diadakan pada jam 8.30 malam bertempat di Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh. Pasukan Sepaktakraw Pelapis Pulau Pinang Regu 21 tahun ke bawah telah di undi berada dalam kumpulan B bersama pasukan Negeri Sembialn dan Johor. Regu 18 tahun ke bawah telah di undi dan berada di dalam kumpulan C bersama pasukan Pahang dan Majlis Sukan Sekolah Pahang. Regu Double telah di undi dan berada dalam kumpulan B bersama Pasukan Selangor dan Johor Sekolah Sukan Bandar Penawar.

Regu Double Pasukan Pulau Pinang dalam akan meneruskan perjuangan dengan menentang pasukan dari negeri Selangor pada perlawanan pertama jam 8.30 pagi. Untuk regu 21 dan 18 tahun ke bawah jadual kejohanan masih dalam rombakan dan akan dimaklumkan esok jam 8.00 pagi.

Sasaran untuk JSM untuk kejohanan in bagi Regu 21 tahun mara ke peringkat separuh akhir. Manakala sasaran untuk regu double mara peringkat suku akhir dan sasaran regu 18 tahun ke bawah untuk mara ke separuh akhir. Sekian, terima kasih
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff


































Read more...

Thursday, December 2, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN ATLET AKADEMI SERANTAU ZON UTARA

Tarikh : 29 Nov – 01 Dis 2010
Tempat : Akademi Serantau Zon Utara, B.Mertajam

Program Pendidikan ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai Unit Hal Ehwal Atlet (HEA) MSN yang diketuai oleh Cikgu Choo bersama Cik Aleeya dan En. Anuar.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang telah dilakukan dengan jayanya. Antara aktiviti yang dilakukan adalah sesi Kaunseling & Kerjaya, Motivasi Atlet dengan mempelbagaikan cara & corak latihan secara berkumpulan. Sesi gotong royong membersihkan kawasan sekitar asrama juga diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan atlet-atlet.

Secara keseluruhannya, program berjalan lancar & baik. Satu perbincangan telah diadakan bersama Unit HEA ini dimana program seumpama ini akan diteruskan dengan lebih kerap pada tahun hadapan.
















Read more...

Wednesday, December 1, 2010

LAPORAN KEJOHANAN LAWAN PEDANG PENANG CLOSE 2010

Tarikh : 27 hingga 28 November 2010
Venue : Dewan SRK Pyket

Penganjur :
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang dan
Persatuan Lawan Pedang Amatur Pulau Pinang

Kategori :
- Lelaki Foil, Epee dan Sabre
- Wanita Foil, Epee dan Sabre
- Lelaki 13 Tahun ke bawah Foil
- Wanita 13 Tahun ke bawah Foil

Penyertaan : 50 orang atlet


27 November 2010 hari pertama kejohanan

Kejohanan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang. Acara yang dipertandingkan foil,epee dan sabre bagi kategori wanita.


28 November 2010 Hari kedua kejohanan

Kejohanan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Acara yang dipertandingkan foil,epee dan sabre bagi kategori lelaki. Kategori 13 tahun ke bawah untuk acara foil lelaki dan wanita turut diadakan bagi mempertengahkan bakat baru.

Upacara Penyampai Hadiah

En. Lim Peng Jin Setiausaha Kehormat dan Wakil Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang Ahmad Firdaus Yusoff telah menyempurnakan majlis penyampai hadiah kepada pemenang-pemenang.

Ulasan Dan Cadangan

Pengajuran kejohanan ini dapat menilai prestasi atlet lawan pedang Pulau Pulau disamping mengajar atlet untuk mengetahui serba-serbi hal teknikal untuk mengendalikan kejohanan. Persatuan Lawan Pedang Amatur Pulau Pinang telah merancang untuk mengadakan beberapa program binaan dan pameran untuk mempromosikan sukan lawan pedang pada tahun 2011 bagi menarik minat dan perhatian pelajar untuk menjadi atlet lawan pedang pada masa akan datang.
Senarai Pemenang;
Foil Individu Lelaki
1. Kelvyn Kok Mancheng
2. Tan Ying Sheng
3. Sam C. Allen
Epee Individu Lelaki
1. Kelvyn Kok Mancheng
2. Chuah Zi How
3. Muhd Azwan bin Azman
Foil Individu Wanita
1. Ivy Cheah Hsiao Yong
2. Ng Pei Ling
3. Ooi Mei Chen
Epee Individu Wanita
1. Ng Pei Ling
2. Ivy Cheah Hsiao Yong
3. Nur Shamimi Hazirah
Sabre Individu Wanita
1. Ivy Cheah Hsiao Yong
2. Leong Chia Ti
3. Saw Sheue Ru
Foil Lelaki Junior
1. Brendon Ng Wai Leon
2. Sean Ng Wai Onn
3. Toong Jyh Yang
Foil Wanita Junior
1. Mak Chan Yun
2. Leong Whye Ye
3. Tan Ching Li
Atlet Harapan 2010
1. Muhd Azwan bin Az,man
2. Saw Sheue Ru
3. Gwendolyn Chuah Jie Yee

















































Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved