Tuesday, November 2, 2010

LAPORAN KEJOHANAN BERBASIKAL GP SIRI 3 TERENGGANU

Berikut adalah sedikit laporan kejohanan GP siri3 Terengganu pada 30 Oktober 2010

Jarak 175km berbentuk circuit race 35km / 1 laps dijalankan sebanyak 5 lap. Seramai 88 peserta mengambil bahagian. Manakala 3 atlet ASZU berjaya menepatkan diri dalam kedudukan mata GP iaitu

Muaz Abd Rahim ke 7 dan mendapat 6 mata serta wang tunai RM 150

Yazrul Hissham zulkiefli ke 11 mendapat 6 mata serta wang tunai RM 150

Abd Rashid Ibrahim ke 12 juga mendapat 6 mata serta wang tunai RM 100

Sedikit makluman semasa perjalanan pulang ke ASZU van yang dinaiki mengalami kerosakan di Genting Highlands.

Laporan Oleh : Coach Eddie, ASZU






Read more...

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS - TERJUN

Berikut adalah laporan ringkas sepanjang Karnival Pelapis Sirkit 02/2010 Negeri Sembilan bagi sukan terjun

Karnival sukan terjun telah diadakan di Pusat Akuatik Paroi, Negeri Sembilan Darul Khusus selama 3 hari. Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 28hb Oktober 2010 (Khamis) jam 5.00 petang di Bilik Mesyuarat Pusat Akuatik Paroi. Kejohanan berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 29hb sehingga 30hb Oktober 2010.

Seramai 9 pasukan/negeri yang mengambil bahagian pada karnival kali ini iaitu Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak, Perak, Perlis dan Pulau Pinang termasuk satu negara jemputan iaitu dari Korea. Sebanyak 6 acara dipertandingkan iaitu 3m Papan Anjal (L & W), Platform (L & W) dan 1m Papan Anjal (L & W). Pasukan Pulau Pinang hanya mengambil bahagian didalam acara 1m Papan Anjal Lelaki & Wanita sahaja. Kategori wanita perlu menjalani 7 terjunan dan lelaki 8 terjunan.Seramai 5 atlet yang layak melepasi acara yang dipertandingkan kali ini iaitu :

3 Atlet Wanita

Nama : Cheng Xin Ying
Acara : 1m Papan Anjal (W)


Dive No. DD
401B 1.50
201B 1.60
301B 1.70
101B 1.30
103B 1.70
202A 1.70
5211A 1.80

Nama : Loke Shin Hui
Acara : 1m Papan Anjal (W)


Dive No. DD
101B 1.30
301B 1.70
201B 1.60
401B 1.50
103B 1.70
5221D 1.70
202A 1.70

Nama : Teoh Wen Zhin
Acara : 1m Papan Anjal (W)


Dive No. DD
101B 1.30
301B 1.70
201B 1.60
401B 1.50
202A 1.70
103B 1.70
5221D 1.70

2 Atlet Lelaki

Nama : Kuek Pze Shiuan
Acara : 1m Papan Anjal (L)


Dive No. DD
101B 1.30
201A 1.70
301B 1.70
401B 1.50
103B 1.70
202A 1.70
302C 1.60
5211A 1.80

Nama : Teoh Yi Bhin
Acara : 1m Papan Anjal (L)


Dive No. DD
101B 1.30
201B 1.60
301C 1.60
401B 1.50
103C 1.60
202C 1.50
5211A 1.80
302C 1.60

Keseluruhannya, tiada pungutan pingat di kolam terjun pada karnival kali ini. Tahniah kepada atlet yang telah bertanding dengan bersungguh-sungguh walaupun dengan keadaan pusat latihan PISA yang masih didalam penambahbaikan. TQ dan jumpa lagi :-)

--

Shasha Tarmuzi












Read more...

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS - MEMANAH

Berikut adalah laporan ringkas Sukan Memanah Karnival Pelapis Sirkit 02/2010 Negeri Sembilan.

Karnival Pelapis Sirkit 02/2010 kali ini diadakan di Negeri Sembilan Darul Khusus dan ia bermula 27hb sehingga 31hb Oktober 2010. Sebanyak 8 sukan di pertandingkan iaitu sukan Angkat Berat, Olahraga, Memanah, Menembak, Tinju, Sepak Takraw, Terjun dan Gimrama. Kontigen Pulau Pinang telah menghantar 7 sukan untuk menyertai karnival kali ini (Semua sukan kecuali Gimrama).

Pertandingan sukan Memanah telah dijalankan di Institut Perguruan Raja Melewar. Pasukan Pulau Pinang telah mengambil bahagian didalam 2 (dua) kategori iaitu Kategori 1 dan Kategori 2. Berikut adalah senarai nama pasukan memanah yang menyertai karnival kali ini :

Pengurus Pasukan : Shasha Tarmuzi
Jurulatih Pelapis : Jaffery Low
Jurulatih MSNegeri : Shamani a/p Ganesen

Atlet Kategori 1
1. Chan Min Shou
2. Chan Min Xhao

Atlet Kategori 2
1. Ahmad Hadi Ahmad
2. Harith Suffi Hasnan
3. Quak Ting Hua
4. Noor Aiman Abdul Hamid
5. Tan Chin Hong
6. Mohd Sharimin Rashid
7. Meerosha Balakrisnan
8. Nur Naseha Rusli
9. Hurunnain Abd Aziz

Dua (2) atlet tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan mereka ialah :
1. Nik Muhammad Izzuan Mohamad - Suspek Denggi
2. Dennis Koay Ting Fan - Demam

Keseluruhannya, pasukan memanah telah membawa pulang 1 pingat perak & 2 pingat gangsa dalam acara berikut :

1. Meerosha Balakrisnan - Pingat Gangsa Acara 50m Kategori 2 (Wanita) / Skor 505
2. Nur Naseha Rusli - Pingat Gangsa Acara 30m Kategori 2 (Wanita) / Skor 596
3. Berpasukan Kategori 2 (Wanita) - Pingat Perak / Skor 2855

Tahniah kepada atlet yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, cuba lagi dimasa akan datang. Jumpa lagi.....TQ

--
Shasha Tarmuzi











Read more...

Monday, November 1, 2010

LAWATAN PELAJAR SK TITI TERAS KE MSN PULAU PINANG

Tarikh : 01 November 2010
Masa : 10.00 - 12.00 T/Hari

MSNegeri telah dikunjungi seramai 30 orang pelajar tahun enam (12 tahun) SK Titi Teras, Balik Pulau. Program dimulakan dengan taklimat oleh ISN Satelit Negeri. Kemudian para pelajar bersama guru pengiring dibawa sekitar MSNegeri dimana terletaknya pusat-pusat latihan atlet.
Seterusnya taklimat ringkas tentang Program Pelapis Negeri kepada pelajar-pelajar. Ini bagi memberi gambaran yang lebih jelas tentang Program & Pusat-Pusat Latihan yang ada di Balik Pulau sekiranya berminat.




Read more...

Saturday, October 30, 2010

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS - update

Sukan : Menembak
Venue : Lapangsasar Mantin

Pasukan bertolak ke lapang sasar Mantin pada jam 7.10 pg dan tiba pada jam 7.40 pg. Semua atlet bersarapan dilapang sasar dan pada hari ini cuaca amat baik sekali.Hari ini merupakan hari pertama kejohanandan acara yang dipertandingkan adalah 10M Air Rifle Wanita dan 10M Air Pistol Lelaki.

Air Rifle Wanita bermula tepat pada jam 9.00 pg dan 3 orang atlet kita iaitu Nur Dayana,Syaza Amirah dan Julia Syazana mengambil bahagian dalam acara individu dan berpasukan.Pada jam 12 tghari pula 2 orang atlet Ahmad Farez dan Leow Xu-En mengambil bahagian dalam acara 10M Air Pistol Lelaki.Dalam acara ini mereka hanya bertanding dalam kategori individu sahaja kerana kekurangan seorang lagi atlet untuk acara berpasukan.Kedua-dua acara ini berjalan lancar dengan bantuan jurulatih-jurulatih dari setiap negeri yang masing-masing menggalas tugas sebagai Jury,rsnge officer dan juga classification officer.
Keputusan pada hari ini amat memuaskan dimana pasukan Air Rifle Wanita kita telah merangkul pingat gangsa dengan pungutan 1080 mata dimana masing-masing membidik 374,363 dan 343 mata.Ini adalah kali pertama ketiga mereka meraih pingat dan kejohanan ini adalah yang kedua bagi mereka dimana mereka menyertai pertandingan pada kali pertamanya di Lapang Sasar Kebangsaan Subang pada bulan September yang lalu.

Bagi acara individu pula,atlet Nur Dayana telah layak ke pusingan akhir dan berada di kedudukan ke-5 daripada 25 penembak.Dalam saingan akhir ini,Nur Dayana telah membidik markah tertinggi diantara semua pesaing dan menaikkan ranking ke tempat ke-4.

Untuk makluman tuan,Nur Dayana merupakan pemembak paling muda yang memasuki peringkat akhir dalam acara ini.Bagi acara 10M Air Pistol Lelaki pula,Ahmad Farez telah membidik 497 mata dan Leow Xu-En pula membidik 433 mata,masing-masing berada ditempat yang ke-18 dan 29.Ini adalah kali pertama kedua-dua mereka mengambil bahagian dalam kejohanan.Pasukan meninggalkan lapang sasar pada jam 4.30 petang sebaik sahaja tamat acara pada hari ini.
Laporan Oleh : Ivarn Syazwan, JPM Menembak






Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved