Monday, September 20, 2010

MESYUARAT JURULATIH

Tarikh : 20 September 2010
Masa : 10.00 – 12.00 T/Hari
Tempat : Bilik Cemerlang, MSN Pulau Pinang

Sebagai persiapan menghadapi kejohanan – kejohanan jemputan dan persediaan awal SUKMA 2012, jurulatih-jurulatih sepenuhmasa masa MSNegeri bersama pegawai-pegawai MSNegeri, ISN & USPTN telah dipanggil untuk bermesyuarat bagi mengenalpasti masalah, kelemahan dan mengemukakan cadangan bagi mengembalikan kecemerlangan & kegemilangan untuk Negeri Pulau Pinang.

Diharap mesyuarat secara berkala ini akan dapat diteruskan bagi memastikan segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan baik & USPTN sentiasa akan memberi kerjasama dalam usaha membantu MSNegeri melahirkan atlet-atlet pelapis.






Read more...

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI ..

Kepada semua atlet, jurulatih, warga kerja, penggiat serta pencinta sukan di seluruh negara, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN dari kami warga USPTN Pulau Pinang ..




Read more...

Tuesday, September 7, 2010

PEMANTAUAN PLN - TENPIN BOWLING

Tarikh : 26 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 4.15 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.

Atlet : 28 orang (15 orang yang hadir)

Laporan / Ulasan

1. Perjumpaan bersama JSM Nooriani dan JLN Kim Eun Jung membincangkan latihan sepanjang bulan puasa. Makluman dari JSM dan JLN kehadiran atlet di sepanjang bulan puasa amat berkurangan dan kehadiran atlet pada hari Sabtu memuaskan.

2. Memantau atlet menjalani latihan balancing.

3. Berjumpa dengan beberapa keluarga atlet yang hadir

Sekian dimaklumkan, terima kasih

Laporan Oleh : Fatimah Jamil








Read more...

Monday, September 6, 2010

KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 04 September 2010
Masa : 8.30 – 10.30 Pagi
Tempat : Padang SRK Ramakrishna

Jurulatih : Mr. PLBS Payadesa
Peserta : 30 Orang

Objektif
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari bakat baru dan mengembangkan sukan olahraga di Pulau Pinang disamping membantu pasukan olahraga sekolah SRK Ramakrishna untuk kejohanan pada masa akan datang.

Latihan

Latihan diadakan secara selama 2 jam. . Beberapa kaedah aplikasi sains sukan yang telah diterapkan ialah flexsibiliti, speed, endurance dan pernafasan kardiovaskular.

Peralatan
Peralatan yang digunakan ialah bola, kon, palang lompat pagar. Semua peralatan tersebut disediakan oleh pihak sekolah.

Cadangan / Ulasan
Program ini merupakan projek amal untuk membantu pihak sekolah melahirkan altet yang cemerlang untuk negeri Pulau Pinang pada masa depan. JPM PLBS bercadang mengadakan latihan ini setiap minggu pada hari Sabtu, jam 8.30 hingga 10.30 secara percuma. Pihak sekolah sanggup menyediakan peralatan untuk latihan tersebut.










Read more...

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA MSN-PELAPIS SERANTAU 2010

Tarikh : 03 September 2010
Tempat : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban

Majlis berbuka puasa MSN-Pelapis Serantau Zon Utara diteruskan lagi tahun ini. Pada kali ini hadir sama memeriahkan majlis adalah En. Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Atlet MSN. Hadir sama En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis MSN serta pegawai-pegawai MSN.

Majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini juga turut dihadiri oleh wakil-wakil Persatuan Sukan Negeri, Jabatan Belia & Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri & IPTA untuk sama-sama meraikan, beramah mesra serta bertukar-tukar pandangan bersama semua jemputan yang terdiri daripada atlet-atlet dari Akademi Serantau Zon Utara & Pusat Latihan Serantau, Ipoh.

Selain keberkatan solat berjemaah bersama, sesi perjumpaan En. Shapawi bersama atlet-atlet di akhir majlis diharap dapat menyuntik semangat para atlet untuk terus berusaha dengan lebih gigh lagi. Kepada semua yang hadir & menjayakan majlis ini, jutaan terima kasih diucapkan.















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved