Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI ..

Kepada semua atlet, jurulatih, warga kerja, penggiat serta pencinta sukan di seluruh negara, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN dari kami warga USPTN Pulau Pinang ..




Read more...

Tuesday, September 7, 2010

PEMANTAUAN PLN - TENPIN BOWLING

Tarikh : 26 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 4.15 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.

Atlet : 28 orang (15 orang yang hadir)

Laporan / Ulasan

1. Perjumpaan bersama JSM Nooriani dan JLN Kim Eun Jung membincangkan latihan sepanjang bulan puasa. Makluman dari JSM dan JLN kehadiran atlet di sepanjang bulan puasa amat berkurangan dan kehadiran atlet pada hari Sabtu memuaskan.

2. Memantau atlet menjalani latihan balancing.

3. Berjumpa dengan beberapa keluarga atlet yang hadir

Sekian dimaklumkan, terima kasih

Laporan Oleh : Fatimah Jamil








Read more...

Monday, September 6, 2010

KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 04 September 2010
Masa : 8.30 – 10.30 Pagi
Tempat : Padang SRK Ramakrishna

Jurulatih : Mr. PLBS Payadesa
Peserta : 30 Orang

Objektif
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari bakat baru dan mengembangkan sukan olahraga di Pulau Pinang disamping membantu pasukan olahraga sekolah SRK Ramakrishna untuk kejohanan pada masa akan datang.

Latihan

Latihan diadakan secara selama 2 jam. . Beberapa kaedah aplikasi sains sukan yang telah diterapkan ialah flexsibiliti, speed, endurance dan pernafasan kardiovaskular.

Peralatan
Peralatan yang digunakan ialah bola, kon, palang lompat pagar. Semua peralatan tersebut disediakan oleh pihak sekolah.

Cadangan / Ulasan
Program ini merupakan projek amal untuk membantu pihak sekolah melahirkan altet yang cemerlang untuk negeri Pulau Pinang pada masa depan. JPM PLBS bercadang mengadakan latihan ini setiap minggu pada hari Sabtu, jam 8.30 hingga 10.30 secara percuma. Pihak sekolah sanggup menyediakan peralatan untuk latihan tersebut.










Read more...

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA MSN-PELAPIS SERANTAU 2010

Tarikh : 03 September 2010
Tempat : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban

Majlis berbuka puasa MSN-Pelapis Serantau Zon Utara diteruskan lagi tahun ini. Pada kali ini hadir sama memeriahkan majlis adalah En. Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Atlet MSN. Hadir sama En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis MSN serta pegawai-pegawai MSN.

Majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini juga turut dihadiri oleh wakil-wakil Persatuan Sukan Negeri, Jabatan Belia & Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri & IPTA untuk sama-sama meraikan, beramah mesra serta bertukar-tukar pandangan bersama semua jemputan yang terdiri daripada atlet-atlet dari Akademi Serantau Zon Utara & Pusat Latihan Serantau, Ipoh.

Selain keberkatan solat berjemaah bersama, sesi perjumpaan En. Shapawi bersama atlet-atlet di akhir majlis diharap dapat menyuntik semangat para atlet untuk terus berusaha dengan lebih gigh lagi. Kepada semua yang hadir & menjayakan majlis ini, jutaan terima kasih diucapkan.















Read more...

Wednesday, September 1, 2010

PUSAT SKUASY DENGAN NAMA & WAJAH YANG BARU

Nama : Nicol David International Skuay Centre

Dirasmikan : 5 Ogos 2010 oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang


Aktiviti yang dijalankan semasa pemantauan di pusat latihan skuasy :

Tarikh : 25hb Ogos 2010
Masa : 3.50 petang hingga 4.30 petang


1. Memantau atlet menjalani latihan di dua gelanggang yang berbeza. Gelanggang
pertama dikelolakan oleh JL MSNPP Aaron bersama enam orang atlet dan gelanggang
kedua oleh JPM Khoo Teng Hin bersama tiga orang atlet. Latihan dijalankan secara
berperingkat dari jam 3.00petang hingga 8.00 malam. JSM Mathew memulakan latihan
dari 5.00 petang hingga 7.00 malam.

2. Melihat-lihat suasana baru didalam dan luar kawasan Pusat Latihan.

3. Berjumpa dengan atlet yang berada di kawasan Pusat Latihan.

4. Berjumpa dengan JPM, JLN dan JSM. Tiada isu yang di maklumkan.

Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar wajah baru pusat latihan skuasy.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
--
Fatimah Jamil














Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved