Tarikh : 24 hingga 25 November 2018
Tempat : Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara
Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama
Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohahanan Gimnastik
Artistik Wanita Kebangsaan 2018 pada 24 hingga 25 November 2018 (Sabtu
hingga Ahad) bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia,
Bukit Jalil.
Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimnastik
Artistik dijalankan pada 23 November 2018 bermula jam 6.00 petang dan
pertandingan akan bermula pada 24 November 2018. Atlet pelapis gimnastik
artistic telah menjalani latihan rasmi bermula jam 5.00 petang hari ini. Pada
kejohanan ini hanya atlet wanita yang terlibat memandangkan tiada pertandingan
bagi MAG.
Sebanyak 7 negeri telah mengambil bahagian dalam
kejohanan ini iaitu Pulau Pinang, Sarawak, Perak, Melaka, Pahang, Sabah
dan Selangor.
Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau
Pinang telah mengambil bahagian kategori junior. Pendaftaran telah dilakukan
seramai 5 orang. Berikut merupakan keputusan kejohanan kebangsaan bagi atlet
pelapis Pulau Pinang pada 25 November 2018.
Kategori : JUNIOR
KITTY LIAM JIA XUAN
Senaman Lantai – 8.700 (13/16)
Melombol – 9.900 (13/16)
Palang Bertingkat – 7.167 (10/17)
Batang Titian – 7.800 (12/17)
Individu – 34.433 (10/17)
Berkumpulan – 144.800 (1/3)
ENG CHENG XIN
Senaman Lantai – 9.600 (8/16)
Melombol – 11.183 (4/16)
Palang Bertingkat – 7.333 (8/17)
Batang Titian – 8.400 (9/17)
Individu – 36.133 (8/17)
Berkumpulan – 144.800 (1/3)
JULIA LOKE CHEN NI
Senaman Lantai – 10.550 (5/16)
Melombol – 12.717 (1/16)
Palang Bertingkat – 6.833 (12/17)
Batang Titian – 6.750 (14/17)
Individu – 36.567 (7/17)
Berkumpulan – 144.800 (1/3)
RACHEL QUAH JIA YEE
Senaman Lantai – 9.900 (7/16)
Melombol – 11.133 (6/16)
Palang Bertingkat – 2.533 (17/17)
Batang Titian – 10.200 (4/17)
Individu – 33.467 (11/17)
Berkumpulan – 144.800 (1/3)
MARCIA TEOH YAN SHAN
Senaman Lantai – 8.800 (12/16)
Melombol – 9.933 (14/16)
Palang Bertingkat – 6.633 (13/17)
Batang Titian – 5.850 (16/17)
Individu – 30.417 (14/17)
Berkumpulan – 144.800 (1/3)
Akhir sekali untuk Kejohanan Gimnastik Artistik
Wanita Kebangsaan 2018 pasukan Pelapis Pulau Pinang Berjaya membawa pulang 2
Emas. Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang mengucapkan tahniah
dan teruskan usaha untuk ke peringkat seterusnya.
Sekian, terima kasih
Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat
Read more...