LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK (RENANG)
Tarikh : 27 September 2018 (Khamis)
Masa : 7.30 mlm – 9.00 mlm
Tempat : Chinese Swimming Club, Tanjung Bungah
KEHADIRAN
1. Lim
Jun Ting – JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN
ATLET
1. 10 orang
LATIHAN
1. Land Drill
2. Fly Swim
3. Pulling
4. Back Swim
UJIAN
1. Jurulatih baru selesai menjalankan Time Trial kepada semua
perenang-perenang pada pertengahan bulan September.
PERTANDINGAN
- Tiada-
KECEDERAAN
1. Tiada
PERALATAN
-Tiada-
PROGRAM BINAAN
1. Jurulatih bercadang untuk mengadakan sesi ceramah pemakanan dan
mental kepada semua atlet. PPN menyarankan agar surat daripada Persatuan dapat
dihantar untuk tindakan selanjutnya.
ULASAN RINGKAS
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa dan mengikut program yang
telah disusun oleh jurulatih. Jurulatih menambah waktu latihan pada sebelah
malam bermula 7.30 malam hingga 9.00 malam. Penambahan sesi ini kerana kehadiran
atlet lebih ramai berbanding waktu pagi.
2. Program Pencarian Bakat (TID) akan diadakan di beberapa buah sekolah
sekitar Pulau Pinang dan masih menunggu surat dari pihak persatuan.
3. Temasya Sukan Malaysia XIX, Perak 2018 melabuhkan tirai dengan
jayanya. Untuk makluman, pasukan Renang Pulau Pinang membawa balik pingat
sebanyak 6 Emas, 5 Perak & 3 Gangsa. Hanya seorang atlet di dalam program
menyumbangkan pingat gangsa bagi acara 400M Freesytle. Atlet yang selebihnya
terdiri dariapada program negeri.
Sekian, Terima Kasih.
Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
Read more...