Tarikh : 11 hingga 16
Jun 2018
Masa : 9.00 am hingga 3.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jurulatih : (1) Tay Hui Shing (2) Lee Xin Ee
(JSM)
- Puan Wong Chiew Lee
(Naib Presiden MJAPP)
- Puan Yeoh Beng Choo
(Penolong Setiausaha MJAPP)
- Puan Nursyafiqah Binti
Salamat (PPN)
Atlet : 22 orang
Bengkel
Gimrama Siri 2/2018 yang bakal dijalankan selama 6 hari dimana bermula daripada
11 Jun 2018 hingga 16 Jun 2018. Seramai 22 orang gimnas menghadiri bengkel kali
ini terdiri daripada gimnas skuad latihan negeri Pulau Pinang, pelapis negeri
Pulau Pinang serta kelab MJAPP yang telah dipilih oleh pihak persatuan untuk
berada di dalam bengkel ini.
Bengkel
ini telah dihadiri oleh Cik Tay Hui Shing yang merupakan Jurulatih Separuh Masa
USPTNPP, beliau mengambil inisiatif cuti sekolah untuk meningkatkan prestasi
gimnas Pulau Pinang. Jurulatih Sambilan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu
Lee Xin Ee turut bekerjasama dan menuntut ilmu daripada Cik Tay Hui Shing.
Selain itu, JSM USPTNPP juga mempunyai matlamat serta objektif yang ingin
dicapai pada kejohanan yang terdekat bagi gimnas yang beliau latih iaitu:
1) Kejohanan
Gimrama SportExcel Sirkit 1 yang akan berlangsung pada 29
hingga 30 Jun 2018 di Kuala Lumpur
2)
Kejohanan Gimrama Sirkit
Remaja Kebangsaan Siri 1 yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 Julai 2018 di
Kuala Lumpur
3)
Kejohanan Gimrama 2nd Vitrigo
International Cup Malaysia 2018 yang akan berlangsung pada 10 hingga 16 Julai
2018 di Stadium Juara, Bukit Kiara
Bengkel yang
dikendalikan ini dilihat bermanfaat bagi mereka gimnas skuad latihan yang akan
menghadapi SUKMA PERAK 2018 pada September ini. Selain itu, gimnas yang lain
dapat menambah ilmu pengetahuan dengan menghadiri latihan tambahan yang
dijalankan oleh jurulatih. Bermula pada hari ini beliau akan melihat rutin bagi
acara gelung dan belantan untuk gimnas Ong Wei Yee, dimana beliau telah memberi
penekanan yang tinggi kepada gimnas ini semasa bengkel 1/2018 mahupun dalam
latihan. Gimnas Pulau Pinang kebanyakan memberi usaha dan komitmen yang tinggi
dalam menjalani latihan bengkel ini, namun gimnas sendiri tidak mempunyai waktu
latihan yang mencukupi kerana hanya menjalani latihan secara separuh masa.
Terima kasih
diucapkan kepada Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu Encik
Frederick Tan Teck An yang memberi sokongan ynag tinggi kepada gimnas Pulau
Pinang serta Majlis Jimnastik Amatur Pulau Pinang dalam menjalankan bengkel
ini.
Sekian, Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat
Read more...