Thursday, August 25, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 24 Ogos 2016 (Rabu)
Masa : 5.00 hingga 7.00 petang
Tempat : Padang JBSNPP, Batu Uban.

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 5 orang

LATIHAN
1. Warming Up
2. Shooting Form
3. Short Distance Training
4. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Memohon beberapa peralatan seperti bow, arrow untuk atlet pembangunan.

PROGRAM BINAAN
- Masih diperingkat perbincangan bersama Majlis Sukan Daerah untuk mengadakan Pertandingan Memanah Antara Daerah Negeri Pulau Pinang Fasa 2/2016.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual jurulatih.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan berikutan beberapa atlet mengikuti program sekolah seperti kokurikulum.
3. Pencapaian atlet sepanjang Karnival Bakat Penang memperolehi 2 pingat emas daripada Nur Balqis Fathi.
4. PPN telah memaklumkan kepada jurulatih berkenaan senarai nama Kem Pemilihan Atlet Program Pelapis Majlis Sukan Negara 2016/2017. PPN masih menunggu maklumbalas daripada atlet tersebut untuk berbincang bersama keluarga berkenaan perkara tersebut.
5. Majlis Penyampaian Insentif kepada pemenang-pemenang pingat kontinjen negeri Pulau Pinang di Sukan Malaysia XVIII Sarawak 2016 akan diadakan pada 27 Ogos 2016 di Prangin Mall Pulau Pinang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, August 24, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 23 Ogos 2016 (Selasa)
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 35 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Latihan Suaian Fizikal di gym
3. Cooling down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Akan menyertai Kejohanan Remaja Kebangsaan PSM/MSN Sirkit 2016 - Sirkit Akhir pada 25 hingga 29 Ogos 2016 di Kompleks Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Pihak Unit telah menerima bola sebanyak 40 biji dan 4 net daripada Bahagian Atlet semasa Mesyuarat Ketua Unit Bil 3/2016 di Pulau Pinang.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jadual jurulatih.
2. Kehadiran atlet kurang berikutan beberapa atlet menghadapi peperiksaan PT3 dan percubaan.
3. Pencapaian atlet pada kejohanan Karnival Bakat di Pulau Pinang amat memuaskan. Atlet memperolehi 2 pingat perak dari regu 12 dan 14 tahun.
4. Jurulatih bercadang untuk mengadakan kejohanan dalaman antara daerah di Pulau Pinang. Cadangan masih di peringkat perbincangan bersama jurulatih dan persatuan.
5. Pihak Unit masih menunggu senarai terbaru lantikan jurulatih dibawah Pusat Latihan Daerah (PLD) daripada Persatuan Sukan Negeri.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Tuesday, August 23, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 22 Ogos 2016 (Isnin)
Masa : 7.00 pm - 8.20 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Zhang Ji Quan - JLN MSNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 4 Orang

LATIHAN
1. Strength
2. Mobility routine

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bumbung - Gimnasium yang mempunyai ruang udara yang terbuka dan beberapa kebocoran membuatkan air hujan mudah memasuki ke  dalam dewan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana hanya 4 orang atlet yang hadir manakala atlet lain tidak boleh datang hari ini disebabakan demam, kelas tambahan pada sebelah malam, dan masih ada yang bercuti. Hal ini akan dipanjangkan kepada ibu bapa berkenaan pembahagian masa atlet dari segi pembelajaran dan latihan mereka.
2. JLN MSNPP memaklumkan akan mengambil cuti selama 20 hari bermula 28 September 2016.
3. Jurulatih memaklumkan disebabkan kehadiran atlet yang kurang memuaskan beliau hanya melakukan strength and mobility training sahaja kepada atlet.
4. Gimnasium gimnastik masih menunggu peruntukan untuk penambahbaikan keadaan bumbung yang terbuka dan bocor

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BADMINTON

Tarikh : 21 Ogos 2016 (Ahad)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Dewan Badminton Buah Pala, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. En Cheow Kheng - JPM (Lantikan BAM)
2. En Razlan Rajan - JPM (Lantikan BAM)
3. En Lim Chin Loon - JPM (Lantikan MSNPP)
4. Cik Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 9 orang 

LATIHAN
1. Singles
2. Doubles
3. Mixed Doubles

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Kejohanan Badminton Celcom Axiata Sirkit Kebangsaan 2016 (Pusingan Kedua) pada 24 hingga 28 Ogos 2016 yang akan berlansung di Alor Setar, Kedah.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih memaklumkan Aston Stars Badminton Club daripada Birmingham, England ingin menjalankan perlawanan persahabatan secara mengejut sempena summer camp mereka pada hari Ahad. Walaubagaimanapun pihak persatuan tidak dapat menyampaikan hebahan segera kerana masa terlalu singkat.
2. Pihak Aston Stars Badminton Club membawa atlet seramai 9 orang untuk menjalani perlawanan persahabatan bersama pasukan pelapis Pulau Pinang. Jumlah keseluruhan atlet kelab dan pelapis yang hadir pada hari tersebut ialah 18 orang.
3. Secara keseluruhan, keputusan daripada perlawan persahabatan sangat memberangsangkan dimana pasukan pelapis Pulau Pinang banyak memenangi perlawanan persahabatan tersebut.
4. PPN, jurulatih dan kelab tersebut membincangkan bahawa program seperti ini sangat bagus dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada atlet. Namun notis pemberitahuan secara rasmi perlulah dimaklumkan awal bagi memudahkan proses hebahan kepada pusat latihan yang lain untuk memberi peluang kepada atlet.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, August 22, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN PELAYARAN

Tarikh : 21 Ogos 2016 (Ahad)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Ismail Bin Abd Ghani - JPM Negeri
2. Md Shah Bin Ismail - JSM
3. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 10 atlet

LATIHAN
1. Warm up
2. Boat Handling
3. Boat Balancing

UJIAN
-Memohon jurulatih untuk mengadakan ujian kecergasan bagi menilai tahap prestasi kecergasan setiap atlet.

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Perlu penambahan beberapa peralatan alat ganti seperti tali, center board dan tiang layar.
2. Layar optimist koyak.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan memandangkan setengah atlet masih bercuti bersama keluarga.
3. PPN masih menunggu tarikh daripada Persatuan Sukan Negeri untuk mengadakan Mesyuarat JKK Pelapis Bil 1/2016.
4. PPN juga bercadang untuk bersama jurulatih dan persatuan sukan negeri bagi mengadakan pencarian bakat baru untuk persiapan Sukma Perak 2018.
5. PPN masih menunggu senarai jawatankuasa baru Persatuan Perahu Layar Negeri Pulau Pinang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 19 Ogos 2016 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang - 7.00 petang
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Cheah Teik Tatt - JSM
2. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
3. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 25 orang

LATIHAN
1. Warm up & Streching
2. Pins 4-7
3. Pins 6-10
4. Simulation Games

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Atlet akan menyertai kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Masters - 4th Leg pada 20 Ogos 2016 (Sabtu) di Classic Bowl, Bukit Jambul, Pulau Pinang.
- Seramai 21 orang baru selesai menyertai Kejohanan MSSM 2016 yang berlangsung pada 12 hingga 18 Ogos 2016 di Ipoh Kinta City Bowl, Ipoh Perak.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan memandangkan setengah atlet baru balik dari menyertai kejohanan MSSM di Ipoh semalam.
3. PPN mengucapkan Selamat Datang kepada Encik Muzafar Hamdan kerana dilantik sebagai Pengurus Sukan Tenpin Bowling yang baru. 
4. Pasukan Pulau Pinang berjaya mengutip pingat sebanyak 1 emas, 4 perak & 3 gangsa pada kejohanan MSSM 2016.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Friday, August 12, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 11 Ogos 2016 (Khamis)
Masa : 4.00 petang - 7.00 petang
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Cheah Teik Tatt - JSM
2. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
3. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 35 orang

LATIHAN
1. Warm up & Streching
2. Full pins, Pocket & Sparring
3. Simulation Games

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan mengikut perancangan jadual latihan jurulatih.
2. Seramai 21 orang pelatih USPTN layak mewakili negeri Pulau Pinang ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung pada 12 hingga 19 Ogos 2016 di Ipoh Bowl Kinta City, Perak.
3. Atlet dibawah Skuad Sukma masih menjalani latihan berterusan di Penang Bowl, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang.
4. PPN juga memaklumkan bahawa pelarasan Perak Leg perlu dihantar pada minggu hadapan untuk semakan kewangan.
5. PPN memaklumkan bahawa kuota pertandingan bagi tahun 2016 hanya tinggal 1 sahaja. Kejohanan tersebut adalah Putrajaya Leg yang dijangka pada penghujung bulan Oktober.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved