Wednesday, July 29, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 28 Julai 2015 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 8.00 malam
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Cheah Teik Tatt - JSM
3. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. Randy Wong - JPM Negeri
5. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 28 lelaki & 16 wanita.

LATIHAN
1. Roll Off Fasa 1 untuk kejohanan Penang Closed 2015.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Atlet Pelapis akan menyertai Kejohanan Sportexcel NSC-MILO-MTBC Tenpin Bowling Junior Circuit 2015 - Johor Leg pada 30 Julai hingga 3 Ogos 2015 di Ampang Superbowl, Kluang, Johor.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet semasa pemantauan amat memuaskan.
2. Bermula Ogos ini sesi latihan skuad Pelapis akan bertukar venue latihan dari Mega Bowling Centre ke Penang Bowl Georgetown. Pertukaran ini adalah disebabkan permasalahan alat ganti mesin masih belum sampai dan banyak lanes yang dalam pembaikan.
3. Pihak Unit juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pihak Persatuan, Ibubapa, Jurulatih dan semua atlet Pelapis.
4. Roll Off Bulan Julai akan diadakan pada 29 Julai 2015 (Rabu) di Mega Bowling Centre, Seberang Perai.
5. Satu perjumpaan jurulatih bersama ibubapa telah dapat diadakan pada akhir sesi latihan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TENIS TERTUTUP PULAU PINANG 2015

Tarikh : 24 hingga 26 Julai 2015
Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Penang Sports Club Pulau Pinang

Pada 25 hingga 26 Julai 2015 Persatuan Tenis Pulau Pinang telah mengadakan Kejohanan Tenis Tertutup Pulau Pinang 2015 di Penang Sports Club. Acara yang dijalankan selama 3 hari itu hanya melibatkan 3 kategori sahaja iaitu Individu lelaki, individu wanita & Beregu lelaki. Seramai 30 peserta lelaki dan 10 atlet wanita menyertai kejohanan tersebut. Atlet dari program pelapis seramai 8 orang lelaki dan 6 orang wanita terlibat dengan kejohanan berkenaan. Hadiah disampaikan oleh Encik Hang Kok Long selaku Presiden Persatuan Tenis Pulau Pinang. Keputusan kejohanan seperti berikut :

Individu Lelaki
Johan           : Mohd Noordin
N.Johan        : Henry Ho (Pelapis Penang)

Individu Lelaki (Tier 2)
Johan           : Brian Lee (Pelapis Penang)
N.Johan        : Marcos Loo

Individu Wanita
Johan           : Michelle Khoo (Pelapis Penang)
N.Johan        : Natalie Loke (Pelapis Penang)

Individu Wanita (Tier 2)
Johan           : S Dheeva
N.Johan        : Yeoh Win Jun (Pelapis Penang)

Doubel Lelaki
Johan           :  Chung Chie Wen & Bryant Thor
N.Johan        : Henry Ho & Chan Kai Lun (Pelapis Penang) 

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Mohd Zainol Abidin

Read more...

Thursday, July 16, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN


Assamualaikum wbt..buat muslimin dan muslimat yg dirahmati,Dengan rendah diri pihak warga USPTNPP ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari, memohon sepenuh kemaafan sekiranya pernah terkhilaf bahasa, terkasar perbuatan dan menyinggung perasaan. Semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik dari sebelum ini. Pihak USPTNPP ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI..MAAF ZAHIR & BATIN.
'Taqabballalahu Minna Wa Minkum'(Smg Allah menerima amalan kami dan amalan kalian).

Read more...

Monday, July 13, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENIS

Tarikh : 9 Julai 2015 (Khamis)
Masa : 5.00 Petang hingga 7.00 Petang
Tempat : Gymnasium MSN Pulau Pinang & Gelanggang Tenis Jabatan Belia & Sukan (JBS) Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Francis Su Kok Eng - JSM
2. 10 Orang atlet Pelapis

LATIHAN
1. Latihan Suaian Fizikal di Gym
2. On Court Drills
3.Serve training
4. Match play

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Hak milik persendirian atlet.
2. Beberapa jaring sudah terkoyak, permohonan pembelian akan di majukan kepada Pihak MSNPP untuk bantuan pembelian peralatan.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan seperti biasa dimulakan dengan sesi gimnasium & latihan di gelanggang. 
2. Atlet muslim hanya menjalani sesi gym sahaja dan kemudian dibenarkan pulang ke rumah.
3. Beberapa atlet baru dari kelas private akan menyertai latihan selepas hari Raya Puasa.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved