Tarikh : 3 Julai 2014 (Khamis) dan 5 Julai 2014 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi hingga 5.00 Petang dan 11.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : SJK (C) Min Sin, SJK (C) Kwang Hwa, SJK (C) Shih Chung Cawangan, SRJK
(C) Keong Hoe dan Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Jurulatih : Ulitina Mariia
Pegawai : PPN Azira Binti Azizan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri
Pulau Pinang dan Jurulatih Sukan Gimrama telah menganjurkan Program Talent
Identification(TID) serta dibantu seorang wakil persatuan iaitu Puan Yeoh Beng
Choo (Majlis Gimnastik Amatur Pulau Pinang). Program ini dijalankan untuk
mencari bakat-bakat baru yang berminat dan berbakat untuk diserap masuk ke
dalam Program Pelapis Negeri 2014 bagi sukan Gimrama dan untuk menjadi pelapis
muda yang akan mewakili Negeri Pulau Pinang secara amnya atau ke peringkat yang
lebih tinggi.
Oleh yang demikian, Pihak Majlis
telah mengadakan sesi ujian mengenalpasti bakat Talent ID (TID) bagi sukan
Gimrama pada 3 Julai 2014. Jurulatih Ulitina Mariia mengadakan sesi pencarian
bakat baru (TID) di SJK (C) Min Sin, SJK (C) Kwang Hwa, SJK (C) Shih Chung
Cawangan dan SRJK (C) Keong Hoe.
Sambutan yang diberikan oleh para
pelajar sangat menggalakkan dan pihak sekolah juga memberi sepenuh kerjasama
dengan turun padang untuk membantu pihak USPTN supaya program yang dijalankan
berjalan dengan lancar.
Pelajar dikehendaki memanaskan
badan dahulu dan selepas itu barulah pelajar dikehendaki melakukan rutin yang
mudah dan ringkas seperti yang ditunjukkan oleh jurulatih. Selepas semua
pelajar melakukan rutin yang ditunjukkan barulah jurulatih memilih pelajar yang
dirasakan sesuai untuk menjalani sesi pemilihan peringkat kedua.
Hasil daripada sesi pemilihan yang
pertama ini, jurulatih telah memilih seramai 85 orang pelajar perempuan
daripada keempat-empat sekolah untuk menjalani sesi pemilihan peringkat kedua.
Program pencarian bakat baru (TID)
sukan Gimrama peringkat kedua telah dijalankan pada 5 Julai 2014 (Sabtu) jam
10.00 pagi hingga 1.00 petang di Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau
Pinang.
Sebanyak 20 orang pelajar telah
hadir untuk sesi pemilihan peringkat kedua. Program dimulakan dengan jurulatih
Mariia memberi taklimat berkenaan rutin Gimrama yang dijalankan pada hari
tersebut. Selepas selesai taklimat daripada jurulatih, para pelajar
melakukan beberapa rutin Gimrama yang ditunjukkan oleh jurulatih.
Setelah ujian selesai dijalankan,
jurulatih telah memilih 8 orang pelajar untuk menjalani latihan pada sesi pagi
dan 5 orang pelajar untuk menjalani latihan pada sesi petang.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan
Read more...