Sunday, December 9, 2012

PENANG POWIIS JUNIOR FENCING CHAMPIONSHIP 2012

Tarikh : 9 Disember 2012
Venue : Prince of Wales Island International School, Balik Pulau

Bagi memastikan Sukan Lawan Pedang ini tidak terus ketandusan atlet Pelapis, Persatuan Lawan Pedang Amatur Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri serta Prince of Wales Island International School telah telah menganjurkan Kejohanan Penang POWISS Junior Fencing 2012 pada 8 – 9 Disember 2012.

Kejohanan ini berjaya menarik minat kira-kira 60 orang atlet-atlet remaja dari Pulau Pinang serta Kelab dari Kuala Lumpur & Indonesia untuk mennyertainya. Secara keseluruhannya, kejohanan berlangsung baik & lancar dengan bantuan daripada Persatuan, jurulatih serta atlet-atlet senior negeri.

Diharap kejohanan dalaman seperti ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi memastikan barisan atlet Pelapis di negeri akan terus mampu menjadi pemangkin kepada atlet-atlet senior sedia ada. 








Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TAEKWONDO

Tarikh                :    6hb Disember 2012 (Khamis)
Masa Latihan     :    6.30 petang hingga 9.00 malam
Tempat              :    Desa Mawar Community Hall, Bandar Ayer Itam, Pulau Pinang

Kehadiran :
1.  En. Maniam A/L Krishnan - Jurulatih
2.  Cik Krishnavani A/L Krishnan - Jurulatih
3.  Atlet Pelapis - 6 Lelaki, 4 Wanita
4.  Atlet Pembangunan - 30 Lelaki, 9 Wanita

LATIHAN
1.   Warm up
2.   Stretching
3.   Basic Kicks (Front Kick, Turning Kick, Back Kick, Side Kick dan Chopping Kick)
4.   Step Sparring
5.   Technique Sparring for Tournament Players 
6.   Basic Movement
7.   Warm Down

Ujian
1.   Dimaklumkan oleh Jurulatih satu Ujian Pertukaran Tali Pinggang ‘grading’ akan diadakan pada tarikh berikut bertempat di Pusat Latihan tersebut di atas :
Tarikh   :   9hb Disember 2012 (Ahad)
Masa    :   9.00 pagi


Pertandingan
1.   Kejohanan taekwondo TM (WTF) - NSC - MILO Antara Kelab-Kelab Malaysia Kali Ke - 2, 2012 di Stadium Indera Muda, Ipoh, Perak pada 13 - 16 Disember 2012.
  
Kecederaan
Tiada

Peralatan
1.  Kepunyaan Kelab dan atlet sendiri.

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1.   Sampai di Pusat Latihan pukul 6.30 petang dan mendapati beberapa Atlet Pelapis dan Pembangunan telah hadir.  Latihan dimulakan pada 7.00 malam dan berakhir 9.00 malam.  Atlet-Atlet diminta hadir setengah jam sebelum latihan bermula dan akan mengadakan sesi pemanasan badan (warm up) yang di ketuai oleh Atlet Senior. 

2.   Mendapati kehadiran Atlet Pelapis dan Pembangunan amat memuaskan dan mereka menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.

3.   Mengadakan perjumpaan dan perbincanga bersama Jurulatih Maniam tentang kejohanan yang akan disertai dan mendapati semua pengurusan penginapan dan pengangkutan telah selesai diuruskan oleh pihak Kelab.  

4.   Sepanjang perbincangan bersama Jurulatih Maniam, sesi latihan dikelolakan oleh Jurulatih Krishnavani (Jurulatih Kelab Taekwondo Bravo).  Telah menyerahkan cek elaun bagi bulan November 2012.

5.   Sebelum meninggalkan Pusat Latihan telah berjumpa dengan Atlet-Atlet untuk memaklumkan "Program Jelajah Janji Ditepati" anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Perdana Menteri pada 8hb Disember 2012 di USM Pulau Pinang dan perjumpaan keluarga atlet yang hadir.

Fatimah Jamil







Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved