Sunday, February 28, 2010

Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 1st Leg ZON A - 2nd & 3rd Day

Selepas berakhirnya semua perlawanan pusingan pertama dan kedua pada 25hb, perlawanan peringkat seterusnya iaitu pusingan ketiga berlangsung pada 26hb. Pusingan suku dan separuh akhir berlangsung pada 27hb. Berikut adalah senarai atlet pelapis negeri dari Pulau Pinang yang berjaya ke pusingan akhir setelah berjaya melepasi halangan masing-masing pada hari ke-2 & ke-3 kejohanan. Perlawanan akhir akan berlangsung pada 28hb. Februari 2010.

Atlet dari Pelapis Negeri yang berjaya ke Perlawanan Akhir;

1. Perseorangan Wanita Bawah 12 Tahun
- Goh Jin Wei

2. Perseorangan Wanita Bawah 14 Tahun
- Chuah Cheah Lin

3. Perseorangan Wanita Bawah 16 Tahun
- Rasnith Kaur Grewal

4. Perseorangan Wanita Bawah 18 Tahun
- Chew Huay Han
- Eng Suk Cheng

5. Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun
- Tan Jia Wei

6. Perseorangan Lelaki Bawah 16 Tahun
- Teoh Khai Siang

7. Bergu Wanita Bawah 12 Tahun
- Kong Yi Jin dan Lim Ming Hui & Goh Jin Wei dan Ooi Shi Han

8. Bergu Wanita Bawah 14 Tahun
- Chuah Cheah Lin dan Loh Qi Yuan

9. Bergu Wanita Bawah 16 Tahun
- Angelina Low Min Nee dan Liu Jin Nee
- Chew Huay Han dan Eng Suk Cheng

10. Bergu Lelaki Bawah 14 tahun
- Cheam Jun Wei dan Tang Wei Sen
- Chin Jackie dan Tee Yong Jie

Laporan Oleh : Fatimah Jamil














Read more...

Friday, February 26, 2010

Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 1st Leg ZON A - 1st Day

Tarikh : 25 - 28 Februari 2010
Tempat : Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar

Negeri Pulau Pinang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan (Pusingan Pertama, Zon A). Kejohanan berlangsung di Dewan Badminton BPA, Bukit Dumbar dibahagi kepada empat (4) peringkat umur iaitu bawah 12, 14, 16 dan 18 tahun yang melibatkan atlet-atlet remaja dari Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur.
Semestinya objektif utama penganjuran ini adalah untuk memberi peluang kepada atlet-atlet remaja menunjukkan bakat meraka dan bakat-bakat baru dalat dicungkil yang kelak boleh dididik dan diasah untuk menjadi jaguh badminton negara dan dunia seperti yang dibuktikan oleh Dato’ Lee Chong Wei.
Laporan Oleh : KUN










Read more...

Monday, February 22, 2010

Perjumpaan Jurulatih & Atlet ASZU

Pada sebelah malamnya pula diadakan mesyuarat ringkas bersama warden, dan jurulatih-jurulatih di ASZU. Banyak perkara dibincangkan dan keputusan yang difikirkan baik telah diputuskan dengan percambahan pendapat dan pandangan semua yang hadir pada perbincangan ini. Perkara-perkara yang memerlukan kelulusan, akan dibawa oleh En. Nor Izuwan ke mesyuarat perinkat Cawangan. Selepas itu, diadakan pula perjumpaan bersama atlet-atlet ASZU. Nasihat, teguran serta amaran telah diberikan kepada semua atlet yang melanggar peraturan di akademi.

Hala tuju program .. KU(PS) semasa sesi perbincangan bersama jurulatih

Taklimat & amanat dari En. Izuwan

Atlet ..

Atlet ..




Read more...

Lawatan Kerja Cawangan Pelapis (PS) ke Akademi Serantau Zon Utara

Pada 11hb Februari lalu, Unit Pelapis Serantau, Cawangan Pelapis MSN telah melakukan lawatan kerja ke Akademi Serantau Zon Utara (ASZU). Lawatan ini diketuai oleh En. Mohd Nor Izuwan Hj. Arifin dan hadir sama En. Abd. Jalil Setapar, Pn. Norishah Sabidi. Turut hadir Cik Sahasliza Sahid Abdullah, dari Unit Pemakan MSN bagi memantau menú yang dihidangkan kepada atlet-atet di akademi.

Program pertama pada lawatan ini adalah mesyuarat bersama agensi pelaksana program di zon utara iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Bahagian Perumahan PSUK. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah status bayaran tertunggak, perjanjian penggunaan tahun 2010 dan penambahbaikan di stadium olahraga.

Selain itu, program diteruskan dengan perjumpaan bersama Penolong Kanan (PK) SMK Bukit Mertajam, untuk bertanyakan tentang hal ehwal serta prestasi pembelajaran atlet-atlet ASZU yang bersekolah disana. Pada sebelah petangnya pula diadakan mesyuarat bersama pihak pengurusan Kompleks Rakan Muda di Jawi, Seberang Perai Selatan bagi membincangkan penggunaan kemudahan di sana untuk masa-masa akan datang.



Mesyuarat bersama MPSP & Perumahan PSUK

Pemakanan..perbincangan Cik Sahasliza bersama atlet


Bersama Cikgu Azam, Pen. Kanan SMKBM

Mesyuarat bersama Kompleks Rakan Muda, Jawi








Read more...

Wednesday, February 17, 2010

Klinik Sukan Olahraga - Pecutan

Tarikh : 06 Februari 2010
Tempat : Stadium Olahraga USM

Bertempat di Stadium Olahraga USM, Minden Pulau Pinang, satu Klinik Pembangunan bagi sukan Olahraga telah diadakan dengan kerjasama MSNegeri / POAPP / Unit Sukan USM / USPTN. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh saudara Nazmizam Mohamad, bekas atlet pecut negara yang dijemput khas untuk membantu menjayakan program ini. Segala berjalan lancar dengan kehadiran kira-kira 50 orang atlet muda / pelajar bersama guru dari sekolah masing-masing sekitar negeri Pulau Pinang.
Program ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Mohd Junid Mohd Nor, Naib Presiden POAPP yang turut merasmikannya. Hadir sama memberi sokongan Dr. G. Doraisamy AJK Mesyuarat J/Kuasa Pengurus MSNegeri yang menyempurnakan majlis penutup pada petang tersebut. Adalah menjadi harapan agar perogram seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang & kepada semua yang hadir pada program ini gunakanlah ilmu yang diturunkan sebaik mungkin agar objektif penganjuran klinik ini tercapai. Kepada semua yang terlibat & membantu terima kasih diucapkan.
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff














Read more...

Monday, February 8, 2010

TID Sukan Terjun - SRJKC Keong Hoe, PP


Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pihak saya telah menjalani TID Terjun di SRJKC Keong Hoe, P.Pinang pada 05hb Feb 2010 (Jumaat). Program ini telah berjalan dengan jayanya dan telah terima dengan tangan yang terbuka oleh Guru Besar sekolah iaitu En. Ch'ng Lean Kin dan telah mendapat kebenaran JPNegeri dan Unit Sukan JPNegeri.


Sasaran adalah untuk pelajar darjah satu (umur 7 tahun). Program ini dijalankan dengan memasuki ke satu kelas ke satu kelas yang lain. Untuk darjah 1, ada 7 buah kelas dengan jumlah muridnya seramai 250 pelajar. Setelah dikenalpasti dengan beberapa kriteria yang ditetapkan oleh jurulatih, seramai 25 orang pelajar telah berjaya untuk dijemput ke sessi talent scouting yang dibuat pada 7hb Feb 2010 (Ahad).


Program bermula jam 2.30 dan tamat jam 4.15 petang. Sessi kali ini disertai oleh En.Xu Ji (JLN), Pn. Shasha Tarmuzi (SDO), Pn. Lee Siew Siew (Persatuan) dan Adik Cheng Xin Ying (Atlet).Dilampirkan bersama beberapa gambar ketika program dijalankan.


Sekian dari saya melaporkan utk USPTN Pulau Pinang.


Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi


demo dari atlet senior ..




coach Xu Ji sedang mengenalpasti pelajar-pelajar..




lentur..antara yang di uji oleh coach ..



angkat betul2..



tahniah..antara yang terpilih





Read more...

Thursday, February 4, 2010

TID Sukan Terjun - SRJKC Jelutong

Tarikh : 04 Februari 2010
Tempat : SRJKC Jelutong, P.Pinang
Satu TID sukan Terjun telah diadakan di SRJKC Jelutong, Pulau Pinang. TID ini mendapat kerjasama penuh dari sekolah tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar sekolah Pn. Yeam Ean Hong yang memberi sokongan padu terhadap program pembangunan sukan khasnya sukan terjun ini. Ia bermula pada jam 2.15 petang dan tamat jam 3.30 petang. Pemilihan TID ini dilakukan oleh JLN Terjun Pulau Pinang, En.Xu Ji dan dibantu oleh atlet terjun adik Cheng Xin Ying bersama wakil Persatuan Negeri (PASA) Pn. Lee Siew Sze.

Sasaran umur adalah pelajar yang berumur 7 tahun (darjah 1). Di sekolah ini terdapat 5 kelas untuk pelajar darjah 1 dan jumlah keseluruhan pelajar darjah 1 adalah seramai 158 pelajar. Pemilihan diadakan dengan membawa satu kelas ke satu kelas ke dewan sekolah dan diiringi guru kelas masing2. Setelah TID dilakukan, seramai 21 pelajar terpilih dengan 10 wanita dan 11 lelaki.

21 pelajar telah dimaklumkan dan dijemput untuk menghadirkan diri ke pemilihan kedua yang dinamakan Talent Scouting di Pusat Akuatik PISA pada 7hb Februari 2010 (Ahad) jam 3.00 petang. Setelah talent scouting dijalankan, satu taklimat ringkas mengenai program sukan terjun akan diberikan kepada pelajar yang terpilih dan kepada ibubapa yang terlibat.

Esok hari (5/2/2010), kami akan memulakan pencarian ke SRJKC Keong Hoe bagi mendapatkan bakat-bakat baru didalam siri TID Terjun yang kedua. Sekian dari saya melaporkan untuk USPTN Pulau Pinang.

"Ke Arah Kecemerlangan Sukan Prestasi Tinggi"
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi













Read more...

Tuesday, February 2, 2010

Ujian Kecergasan - Skuasy

Ujian diatas diadakan selama dua hari dan ujian yang dijalankan seperti berikut.

HARI PERTAMA
Tarikh : 22hb Januari 2010 (Jumaat)
Masa : 4.30ptg ~ 6.30ptg
ISNPP : En. Cheah Boon Choong, En. Sheikh Omar Bin Ibrahim, Cik Lim Shin Nee dan Cik
Nur Diana Binti Abu Hassan.
Jurulatih : En. Khoo Teng Hin, En. Jesmond Low
MSNPP : Cik Mastura Binti Shaharin
Atlet CP : 21 (Lelaki - 11, Wanita - 10)

UJIAN YANG DIJALANKAN
1. Weight and Height
2. Yo-yo endurance
3. Standing broad jump dan vertical jump
4. Flexibility - modified sit and reach
5. Max push up

PPN/SDO tidak dapat menghadirikan diri kerana menghadiri Mesyuarat Pentadbiran, Bil : 1/2010 dari 4.30ptg ~ 5.00ptg di Bilik Mesyuarat MSNPP dan seterusnya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Akedemi Skuasy Pulau Pinang dari 5.30ptg ~ 7.30mlm di Pusat Skuasy Antarabangsa Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

HARI KEDUA
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 3.30ptg ~ 5.15ptg
Pihak ISN : En. Cheah Boon Choong, Cik Lim Shin Nee dan Cik Nur Diana Binti Abu Hassan.
JPM CP : En. Khoo Teng Hin
USPTN : PPN/SDO (Cik Fatimah Binti Jamil)
Atlet CP : 18 (Lelaki - 10, Wanita - 8)

Sebab ketidakhadiran : Seorang atlet lelaki atas sebab kesihatan dan dua orang atlet wanita sebab menghadiri aktivit sekolah.

UJIAN YANG DIJALANKAN
1. 10 meter sprint
2. Court Run

Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar yang sempat diambil. Bagi pihak USPTNPP saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak ISNPP atas kerjasama yang diberi untuk menjayakan program ini dan juga tidak lupa kepada JPM Cawangan Pelapis, JL MSNPP, Penyelaras Sukan MSNPP dan atlet atas sokongan yang diberikan. Keputusan dan lapuran yang sepenuhnya dari pihak ISNPP akan menyusuli kemudian.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil

taking waight & height ..

push up ..

10 meters run ..

court run ..

cooling down ..




Read more...

Monday, February 1, 2010

Lawatan Kerja Pembaikan Pusat Latihan Angkat Berat, Bukit Mertajam.

Tarikh :29 Januari 2009 (Jumaat)
Masa :11.00 Pagi

Lawatan kerja ini telah dihadiri oleh Tn. Hj. Mohamed Akbar Mustapha, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang beserta pegawai, Cik Salmah Bee bt. Abd Majid Timbalan Pengarah (Sektorial) Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), beserta pegawai dan Pegawai dari Jabatan Kerja Raya pada 29 Januari yang lalu.

Ianya bertujuan bagi meninjau keadaan semasa pusat latihan berkenaan yang agak uzur dan agak terbiar. Pusat latihan ini juga merupakan tempat bagi atlet-atlet dari Program Pelapis Serantau Zon Utara menjalani latihan. Beberapa kerosakan telah dikenalpasti antaranya bumbung yang bocor, pintu dan tingkap yang pecah, pendawaian elektrik yang tidak sempurna serta proses penceriaan tempat berkenaan perlu dilakukan.

Platform latihan yang pecah juga telah dilihat sendiri semasa lawatan kerja ini. Secara dasarnya Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan sokongan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bersetuju untuk membiayai kos kerja-kerja pembaikan pusat latihan berkenaan yang akan dilakukan oleh pihak JKR dalam masa terdekat. Diharap dengan penambah baikan pusat latihan ini atlet-atlet dari Program Majlis Sukan Negeri dan Pelapis Serantau akan terus giat menjalani latihan.

Laporan oleh : KUN













Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved