Friday, January 27, 2012

LAWATAN KUN KE PUSAT LATIHAN MENEMBAK

Tarikh : 27 Januari 2012
Masa : 12.00 T/Hari
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Sedikit masa diluangkan untuk meninjau latihan atlet-atlet menembak sempena cuti sekolah sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Ketika pemantauan kelihatan 10 orang atlet ( 5 org rifle & 5 org pistol) sedang menjalani latihan dibawah pengawasan jurulatih En. Ivarn Shazwan. Latihan hari ini bermula pada jam 9.30 pagi & berakhir pada jam 12.45 t/hari.

Hasil perbincangan ringkas bersama jurulatih, keseluruhannya beliau sangat berpuas hati dengan tahap disiplin serta kehadiran atlet-atlet muda ini. Atlet-atlet sedia ada ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi latihan yang dijalankan.

Jurulatih juga memaklumkan tentang kekurangan alatan seperti jaket, kasut, glove serta kelengkapan lain seperti sight, sling, slight adjuster serta hook. Ketika pemantauan juga didapati ada beberapa unit jaket lama (sejak SUKMA 2000) yang telah tidak digunakan diasingkan untuk dilupus. Secara keseluruhannya, sesi latihan berjalan dengan sangat baik.




















Read more...

Thursday, January 26, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN PELAYARAN - TANJUNG BUNGAH

Tarikh : 21 Januari 2011
Masa : 2.30 petang
Tempat : PKSA Tanjung Bunga
Jurulatih : En. Muhammad Shah Bin Ismail
Atlet : 12 Orang Atlet Pelapis

Pada 21 Januari 2012 pemantauan sukan perahu layar diadakan untukberbincang mengenai jadual latihan, prestasi atlet serta kejohananyang bakal disertai pada tahun 2012.Seramai 12 orang atlet telah hadir untuk menjalani latihan. JSM turutmenitik beratkan aspek keselamatan ketika berada di laut.

Program latihan yang diadakan ialah capsizing iaitu cara untuk mengapungkandiri ketika bot terbalik. Teknik lining dan overtaking iaitu untukmemintas pihak lawan juga diperaktikan oleh atlet semasa latihan.Para atlet telah diterangkan supaya tidak melanggar bot sesama sendiridan pihak oponen ianya boleh menyebabkan penalti. Atlet yang melanggarbot tersebut perlu membuat pusingan 360 untuk meneruskan perlumbaan.

Pada tahun ini prestasi atlet akan di nilai mengikut sistem ranking. Atlet baru juga diberi peluang untuk menyertai kejohanan tetapi perluberdisiplin dan kehadiran memuaskan.

Ahmad Firdaus















Read more...

Wednesday, January 25, 2012

TALENT SCOUTING SUKAN ANGKAT BERAT 2012

Tarikh : 16 Januari 2011
Masa : 5.30 petang
Tempat : SMK Permatang Tok Labu
Jurulatih : En. Jamil B. Hashim
Atlet : 5 Orang Atlet Pelapis (20 Orang Pelajar)

Pada bulan Januari 2012 SMK Permatang Tok Labu dengan rasminya menjadi PLN Sukan Angkat Berat Pulau Pinang. Sesi talent scouting ini diadakanbagi pemilihan atlet baru untuk Program Pelapis bagi tahun 2012.Para pelajar yang hadir telah diperkenalkan teknik snatch danclean&jerk.

Selain daripada bentuk fizikal, teknik dan posturkedudukan badan juga memainkan peranan penting dalam pemilihan atlet.Beberapa pelajar yang berpontensi telah dikesan melalui program ini.Pihak SMK Tok Labu juga amat bermurah hati setelah memberi satu bilikuntuk dijadikan tempat latihan.Untuk makluman latihan akan jalankan pada hari Isnin hingga Khamis jam5.00 petang hingga 7.00 malam. Sekian, terima kasih.

Ahmad Firdaus Yusoff




















Read more...

Thursday, January 19, 2012

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET DAN PROGRAM TID STATE EVALUATION - SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 17hb Januari 2012 (Selasa)
Masa : 4.45 petang hingga 8.30 malam
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes, Seberang Perai.

Kehadiran Pegawai Bertugas : Albert Yeoh Seng Poh (JSM Pelapis Negeri/Wakil PTBPP), Cik Kim Eun Jung (JLN MSN) dan Cik Fatimah Binti Jamil (PPN USPTN).

LAPORAN RINGKAS :PEMANTAUAN LATIHAN ATLET SKUAD LATIHAN SUKAN MALAYSIA XV 2012, PAHANG

4.45 petang telah sampai di Pusat Latihan dan mendapati atlet telah bersedia untuk melakukan latihan pemanasan badan sebelum memulakan latihan skill yang telah ditetapkan oleh Jurulatih. Kehadiran atlet amat memuaskan iaitu seramai 14/15 orang atlet. Sebelum memulakan Program TID "STATE EVALUATION" 2012 yang akan bermula dari 6.00 petang, kesempatan waktu diambil untuk memantau latihan Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang. Latihan bermula dari 5.30 petang hingga 8.30 malam.

PROGRAM TID "STATE EVALUATION" :
Masa : 6.00 petang hingga 8.00 malam
Kehadiran : 40 orang murid (SK - 16 murid) dan (SMK - 24 murid)

Seramai 40 orang murid menjalani Program TID "State Evaluation" yang dinilai oleh Jurulatih Pelapis Negeri JSM Albert Yeoh Seng Poh dan JLN MSN Kim Eun Jung. Seramai 23 orang murid terpilih untuk menjalani "National Evaluation 2012" yang akan berlangsung pada 18hb Januari 2012 (Rabu) di Pusat Boling Premium Lanes, Bayan Baru, Pulau Pinang dari 5.00 petang.Disasarkan seramai 57 orang murid yang akan menjalani sesi "National Evaluation 2012"iaitu 23 orang murid yang dipilih dari Program TID "State Evaluation" dan 35 orang murid yang sediada didalam Program Pelapis Negeri Tahun 2011.

Program "National Evaluation" akan di nilai oleh Jurulatih-Jurulatih Persatuan Kebangsaan dan atlet yang dipilih akan di serapkan ke dalam Program Pelapis Negeri tahun 2012. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :
1. Pendaftaran
2. Senaman pemanasan badan
3. Roll-Off
4. Pengumuman pemilihan murid ke peringkat seterusnya " NATIONAL EVALUATION"
5. Sesi taklimat bersama murid-murid yang terpilih.
6. Bersurai

Mengadakan perjumpaan bersama JLN MSN Kim Eun Jung untuk membincangkan latihan yang dijalankan sebelum dan selepas Cuti Tahun Baru Cina sebelum meninggalkan Pusat Latihan.

Fatimah Jamil



























Read more...

ZIARAH..

Tarikh : 16hb Januari 2011 (Isnin)
Masa Lawatan : 6.35 petang hingga 7.10 malam
Tempat : Hospital KPJ Bandar Perda, Seberang Perai Tengah

Mr. Matthew Martin Pereira, bapa kepada Atlet Skuasy Clara Ann Pereira (Pelapis Negeri) telah dimasukkan ke Hospital KPJ Bandar Perda, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada 11hb Januari 2012 (Rabu) kerana kemalangan.Berita ini disampaikan oleh Pn. Fazilah, isteri JSM Mohd Jalil yang hadir ke Pejabat USPTN pada 16hb Januari 2012 untuk mendapatkan Cek Elaun JSM Mohd Jalil.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Fazilah atas berita tersebut diatas.Bertolak dari Pejabat pukul 5.10 petang untuk menziarahi Mr. Matthew Martin Pereira dan sampai di Hospital pukul 6.30 petang. Beliau beransur sehat dan mendapati kecerderaan di bahagian peha sebelah kiri.Sebelum pulang, selaku PPN telah memberikan kata-kata semangat dan berharap supaya beliau cepat sembuh dan pulih dari kecerderaan.

Fatimah Jamil









Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 13 Januari 2012
Masa : 6.00 - 7.00 pm
Tempat : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban

Pemantauan ini merupakan sesi pemantauan kali pertama untuk sukan memanah pada tahun 2012. Semasa pemantauan dijalankan,seramai 7 atlet sedang menjalani latihan. Latihan hari ini adalah free shooting jarak 30m,40m dan 60m. Jurulatih juga maklumkan tentang latihan fizikal akan diadakan pada setiap rabu dan sabtu setiap minggu di pln batu uban.Saya di fahamkan, beberapa atlet tidak dapat hadir kerana terlibat dengan tuisyen dan ada yang hadir latihan awal iaitu pukul 3 petang dan ada yang latihan di waktu pagi kerana sekolah di sesi petang.

Shasha Tarmuzi
























Read more...

Monday, January 16, 2012

MESYUARAT KUN 1/2012

Pelaksanaan Program Pelapis 2012 diteruskan lagi dengan Mesyuarat Ketua Unit Negeri 1/2012 yang akan berlangsung pada 16 - 18 Januari ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis MSN & Pegawai - Pegawai Cawangan, semua Ketua Unit Negeri hadir bersama seorang wakil Pegawai Pembangunan Negeri. Selain membincangkan tentang pelaksanaan program 2012, semua Ketua Unit Negeri juga akan membentangkan KPI / Pelaksanaan Program yang lalu (2011).

Read more...

Wednesday, January 4, 2012

KEJOHANAN TINJU PESTA & FESKOM 2011 - FINALE

Tarikh : 30 Disember 2011 (Jumaat)
Tempat : Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang
Masa Pemantauan : 8.00 malam hingga 11.45 malam

Laporan ringkas :

Hari ini merupakan hari terakhir kejohanan tersebut diatas, sebanyak 9 bouts dipertandingkan hanya empat katogeri yang melibatkan Atlet Pulau Pinang bertanding.

Kategori 46kgMohd Amirul Asraf (PP) vs Mohd Mul Yazie (KL) - PP Menang

Kategori 60kgRafa'el Mika'el (PP) vs Mohd Rizal Pardede (Riau) - PP Menang

Kategori 69kgVuthaya Babu (PP) bertemu Khir Akyazlan (KEL) - KEL Menang

Kategori 75kgKubendhran (PP) bertemu Mohd Hanafi (NS) - NS Menang

Pingat yang diperolehi Negeri Pulau Pinang : 1 - EMAS, 2 - PERAK dan 2 - GANGSA

Fatimah Jamil























Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved