Thursday, March 31, 2011

JKK 1/2011 - SOKONGAN BAIK DARI PERSATUAN

Tarikh : 31 Mac 2010

Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Siri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di teruskan lagi dengan perbincangan bersama Persatuan Berbasikal, Menembak & Gimnastik pada hari ini. Hadir sama memberi sokongan adalah Unit Sukan JPN, ISN Satelit, Penyelaras Sukan MSNegeri serta Jurulatih.

Perancangan Program dibentang dan masalah serta kesulitan sebelum ini dibentang & dibincangkan dengan cara yang baik. Terima kasih kepada semua yang hadir & di harap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. TQ ..

JKK Menembak




JKK Gimnastik






Read more...

'ROAD SHOW' TID SUKAN TINJU

Tarikh : 30hb Mac 2011 [Rabu]

Masa : 8.15 pagi - 10.15 pagi

Tempat : SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad, Gelugor, Pulau Pinang.

Kehadiran Murid : 52 orang [37 - berminat dan 15 - tidak berminat]

Kehadiran Pegawai :

Setiausaha Kehormat PSN [En. Arujunan] JLN MSNPP [En. Jhonny Kasiran] Penyelaras Sukan Tinju MSNPP [En. Hj. Ahmad Khosaini] Pegawai Pembangunan Negeri [PPN Cik Fatimah Jamil]

Kehadiran Guru-guru :

Cikgu Mohd Arif Abdullah [PK HEM] Cikgu Pethaperumal [PK KOKO] Cikgu K. Surendran Cikgu Ribdzuan

Aturcara Program :

1. Sesi memperkenalkan diri pegawai-pegawai kepada murid-murid.

2. Sesi Taklimat Sukan Tinju oleh Penyelaras Sukan MSNPP

3. Sesi memperkenalkan Peralatan Tinju oleh JLN MSNPP

4. Pembentangan "Slide" mengenai Program/Aktiviti Tinju oleh PPN

5. Sesi Demonterasi Meninju dari atlet [pelajar sekolah tersebut] oleh Setiausaha PSN

6. Sesi Pendaftaran murid-murid.

7. Jamuan pagi yang disediakan oleh pihak sekolah.

8. Perjumpaan dan perbincangan bersama Pengetua [Pn. Noraihan]

Tindakan susulan kepada 37 orang murid yang berminat akan dibuat selepas sebulan. Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Memaklumkan kepada Pengetua Sekolah bahawasanya peninju yang berjaya kebanyakannya adalah dari SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Pengetua Sekolah, Guru-Guru, Murid-Murid dan Unit Sukan JPN atas kerjasama dan layanan yang diberi kepada pihak USPTNPP, MSNPP dan PSN untuk menjayakan program yang telah dirancang. Semoga perhubungan yang baik ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.


Laporan Oleh ; Fatimah Jamil












Read more...

LATIHAN SPARRING & PEMILIHAN ATLET KE KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2011

Latihan Sparing

Tarikh : 25hb Mac 2011 [Jumaat] Masa : 5.30 petang hingga 6.30 petang Kehadiran : PLN Titi Mukim - 2 atlet, PL MSNPP - 6 dan Kelab India Star - 5 atlet.

Latihan Sparing berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan dibantu oleh Jurulatih ATM.

Hasil dari Perbincangan Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 1/2011 di Kelantan

Tarikh : 25hb Mac 2011 [Jumaat] Masa : 6.45 petang hingga 7.15 malam Kehadiran : Setiausaha Kehormat PSN dan Jurulatih-jurulatih

1. Menentukan atlet untuk ke Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 1/2011 di Kelantan untuk penyedian bajet.

2. Membincangkan "Perancangan Program/Aktiviti Sukan Tinju" seperti dilampiran.

3. Hal-hal lain.

Perbinacangan berjalan dengan lancar.







Read more...

Wednesday, March 30, 2011

LAWAT KEADAAN & KEROSAKAN GYM ANGKAT BERAT

Tarikh : 30 Mac 2011

Lawatan ini adalah bagi memberi gambaran yang jelas kepada pihak Persatuan Sukan Negeri selepas beberapa masalah kerosakan pada PLN ini dibentangkan dalam Mesyuarat JKK yang dijalankan pada awal pagi tadi. Turut hadir dalam sesi lawatan ini adalah SU Persatuan, Pegawai Unit Sukan JPN, ISN Satelit serta MSNegeri sendiri. Diharap ada sumbangan serta bantuan daripada pihak PAWA selepas ini demi kemajuan sukan Angkat Berat di Pulau Pinang & tidak terlalu bergantung kepada bantuan MSNegeri.


Read more...

Thursday, March 24, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TINJU

Tarikh : 23hb Mac 2011 [Rabu]
Masa : 5.10 petang hingga 7.15 malam
Tempat : PLN Tinju, Komplek Sukan Titi Mukim, SPT
Kehadiran : 4 Atlet Lelaki dan JSM Zainuddin

Dalam perjalanan untuk ke PLN Tinju hujan turun dengan lebat sekali. Mendapati empat orang atlet yang hadir untuk menjalani latihan. Kekurangan atlet dari menjalani latihan yang dimaklumkan oleh JSM kerana ada yang mengikuti Program PLKN dan memberi tumpuan kepada pelajaran untuk persedian peperiksaan PMR dan SPM. Jumlah atlet yang akan menduduki peperiksaan PMR - 7 dan SPM - 2 pada tahun 2011 dari PLN Tinju Titi Mukim.

Tindakan PPN - akan menghubungi atlet dan membicangkan hari-hari yang mereka boleh menghadirkan diri untuk menjalani latihan.

Perbincangan bersama JSM Zainuddin.

1. JSM - Menunjukan Besi Sokongan Lantai Gelanggang Tinju yang patah dan hilang itu diganti dengan kayu oleh beliau untuk sementara waktu. Persoalan beliau sampai bila kayu itu akan bertahan?

PPN - Memaklumkan bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak Persatuan Negeri dan MSNPP dan kini masih menunggu keputusan.

PPN- Meminta JSM Zainuddin dan Atlet membersihkan dibawah kawasan Gelanggang Tinju dan di persekitaran tempat latihan.

JSM - Memaklumkan kerja-kerja pembersihan dijalankan sekali seminggu.

2. JSM - Memohon untuk mengganti dan memperbaiki Getah Pergelangan Glove seperti yang berwarna merah yang telah rosak kepada glove berwarna biru (contoh gambar seperti lampiran).

PPN - Meminta JSM mendapatkan jumlah glove yang rosak dan sebut harga untuk memperbaiki untuk setiap pasang dan akan membincangkan dengan pihak MSNPP.

3. PPN - Memaklumkan "Pengumpulan Profile Atlet Tahun 2011" bagi Sukan Tinju dan meminta nama atlet yang dirasakan mempunyai potensi di masa hadapan di peringkat negeri. Beliau telah memberikan tiga nama dari PLN Titi Mukim dan menyerahkan borang soal selidik untuk diisi oleh atlet tersebut.


4. PPN - Menyerahkan Perancangan Program/Aktiviti Sukan Tinju Tahun 2011 seperti dilampiran dan memaklumkan kepada JSM sebarang perubahan tarikh dan program/aktiviti akan dimaklumkan.

Diakhir pemantauan telah mengadakan perjumpaan bersama Atlet dan JSM dan mengucapkan terima kasih atas komitment yang telah ditunjukkan oleh atlet dan berharap agar atlet meneruskan menjalani latihan dari masa ke masa.
Laporan Oleh ; Fatimah Jamil














Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON

Tarikh : 23hb Mac 2011 [Rabu]
Masa : 3.10 petang hingga 4.40 petang
Tempat : PLN Badminton, Dewan PBA Bukit Dumbar, Penang.
Kehadiran : 5 Atlet Lelaki, 2 Atlet Perempuan dan JSM Tony Tan.

Mendapati atlet menjalani latihan bersunguh-sunguh bersama JSM Tony Tan. Latihan yang dijalankan seperti :

1. Multi Shuttle [menggunakan 20 bulu tangkis sebanyak 6 kali setiap atlet]
2. 1 Vs 2
3. 1 Vs 3
4. 2 Vs 2

JPM Razlan tidak menjalankan latihan pada hari tersebut kerana cuti sakit. PPN mengambil kesempatan waktu beramah mesra bersama atlet dan keluarga atlet yang hadir.

PPN telah melawat JSM Loh Bok Seang kebetulan berada di Kedai Peralatan Sukan yang terletak di dalam Dewan PBA dan memaklumkan kepada beliau untuk menghantar lapuran bulanan tidak lewat dari 3hb pada setiap bulan.

JSM Loh Bok Seang memaklumkan untuk berhenti dari JSM Pelapis Negeri kerana sibuk dengan urusan pekerjaannya.

PPN - memaklumkan supaya beliau berbincang dengan Pihak Persatuan Negeri.

Perbincangan bersama JSM Tony Tan.

PPN - Berbincang dengan JSM Tony Tan tentang "Pengumpulan Profile Atlet Tahun 2011" bagi Sukan Badminton dan meminta lima nama atlet yang dirasakan mempunyai potensi di masa hadapan di peringkat negeri. Perkara ini dipanjangkan perbincangan bersama JPM Razlan pada pagi 24hb Mac 2011 di Pejabat USPTN.

Pukul 4.40 petang telah berangkat ke PLN Tinju di Titi Mukim, Seberang Perai Tengah.












Read more...

Tuesday, March 22, 2011

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1/2011

Tarikh :21 – 25 Mac 2011
Venue : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Untuk makluman semua, kini sedang berlangsung Kursus Sains Sukan Tahap 1 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seramai 24 peserta telah mendaftar dan mengikuti Kursus yang dianjurkan ini. Selamat Berkursus ..










Read more...

Monday, March 21, 2011

SEMINAR SUKMA 2011 / 2012 "NURTURING TALENT FROM CRADLE TO INTERNATIONAL PERFORMANCE"

Tarikh : 19 – 20 Mac 2010
Venue : Naza Hotel Tanjung Bungah, Png

Sebagai persiapan awal menghadapi SUKMA 2011/2012, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan seminar Sukan Malaysia (SUKMA) pada 19 – 20 Mac yang lalu.

Semua Persatuan Sukan Negeri, Pengurus Pasukan, Jurulatih dijemput hadir & dianggarkan seramai 120 peserta telah hadir pada seminar ini. Antara penceramah yang dijemput hadir adalah En. Ahmad Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Atlet MSN, Tn. Hj. Ab. Jalil Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan, En. Jefri Ngadirin Pengarah Cawangan Pelapis MSN serta beberapa lagi nama-nama besar dijemput untuk memberi ceramah mereka dalam seminar ini.

Di harap penganjuran seminar ini dapat memberi suntikan semangat kepada semua peserta dalam usaha melahirkan lebih ramai jaguh serta kembali menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai kuasa besar sukan di Malaysia.






















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved